Search This Blog

Monday, April 27, 2009

Sejuta harapan dalam kenangan

Hati kecil ini berkata..
Saya sayu melihat kaum orang asal kuala krau walaupun sangat peramah dan sentiasa tersenyum tetapi kehidupan mereka lebih kais makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan mereka sangat daif sekali. Walaupun menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti menanam padi tetapi semangat survival menyedarkan saya yang mempunyai sedikit pendidikan tentang survival ini. misalnya Pak Long (Itai) sepupu daripada mak saya iaitu Itai Najim atau Kin bin Kasim kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum walaupun perjuangan beliau mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
Semasa saya bercuti semester lepas saya sempat mengunjungi beliau untuk meneramah tentang tesis saya namun saya terkejut terdapat Hamba Allah datang terus marah-marah Itai Najim depan saya. Kaget saya melihat peristiwa tidak terhingga ini dan tidak menyangka berlaku peristiwa tersebut. Perselisihan faham dan bermula episod bertikam lidah antara kedua pihak namun itai najim masih sempat senyum dan malas untuk melayan orang yang datang itu. Hamba Allah tersebut menggugut untuk melaporkan kepada pihak polis namun dijawab dengan tenang oleh Itai Kasim. Begini gaya bahasanya menjawab “silalah report polis saya tak takut sebab saya tidak buat salah”. Pada waktu masih terkejut itu, saya lihat Itai Kasim sempat menerangkan bahawa Hamba Allah tersebut merupakan seorang ahli PKR yang dilucut keahlian oleh pihak PKR Kuala Krau.
Peristiwa tersebut menyebabkan saya terlalu menghormati beliau kerana berhati waja dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Kin Kasim merupakan seorang Pengerusi PKR cawangan Kg. Penderas dan mempunyai pendidikan sekolah tinggi Cliffort Kuala Lipis sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1960an. kehidupan beliau sangat boleh katakan cukup makan sahaja dan beliau tidak pernah bekerja dengan pihak kerajaan. Keistimewaan, beliau sangat fasih berbahasa Inggeris dan sangat menghormati Haji Suhaimi Said ketua PKR Kuala Krau, merangkap Setiausaha PKR Pahang. Jangan terkejut remaja masa kini bahawa Itai Kasim lebih fasih bahasa Inggeris daripada kalian.
Diakhir temuramah, saya sempat dipelawa oleh Mak Long makan tengah hari, apa lagi pucuk dicita ulam mendatang perut lapar sangat saya pun makan bersama dengan Itai Najim. Walaupun saya seorang muslim tetapi saya tidak berasa prejudice makan dirumah keluarga Itai Kasim kerana saya yakin makanan tersebut halal. Sedap makan lauk sayur pucuk paku dengan gulai ikan air tawar. Pesan Ustaz Tabligh kepada saya menjaga makanan dan minum namun saya kurang mengendahkan kerana saya mempunyai keyakinan diri untuk mendakwah dengan cara sendiri. Niat saya cuma berdakwah dengan cara sendiri kepada mereka dengan membuat Rapport terlebih dahulu. Namun, hati saya terkejut kepada adik-adik sepupu kenapa tidak makan sama. Rupa-rupanya mereka tidak makan bersama kerana menghormati orang tua untuk makan terlebih dahulu. Sungguh unik adapt resam masyarakat Jahut. Dalam perjalanan pulang saya mula berfikir tentang masyarakat Jahut walaupun keadaan kehidupan sangat daif tapi sangat peramah dan sangat menghormati orang lain. Akhirnya saya mendapat jawapan, saya bertekad untuk membantu masyarakat Jahut kerana siapa lagi yang sudi kalau bukan daripada masyarakat sendiri. Saya berazam saya berjuang sehingga ke akhir hayat untuk masyarakat Jahut, negara dan yang penting demi Agama Islam yang tercinta.

No comments:

Post a Comment