Search This Blog

Thursday, April 30, 2009

HANCURNYA KAUM JAHUT

Dalam tulisan Haji Suhaimi Said, seorang ketua PKR Kuala Krau mengatakan bahawa pihak United Malays National Organization telah mengadakan Program Gerak Gempur pada 24 dan 25 April lalu untuk menarik balik ahli-ahlinya yang telah keluar daripada parti tersebut. Saya tidak mahu mengulas secara sebelah pihak tetapi bersikap lebih neutral dalam hal tersebut. Namun saya ingin focus untuk mengulaskan tentang bentuk-bentuk program yang telah dianjurkan oleh parti pemerintah tersebut.
Walaupun saya menulis tentang Orang Asal Kuala Krau namun saya tidak mengetahui dengan jelas kerana saya sekarang berada di seberang laut. Politik dan isu-isu sosial terkini saya perolehi daripada sumber internet dan saudara mara di Kuala Krau. Bentuk-bentuk program yang dianjurkan seperti karaoke, minuman keras dan tari-menari adalah perbuatan yang tidak bermoral. Perbuatan mengadakan majlis seperti itu telah membelakangkan nilai-nilai agama Islam dan norma-norma sosial masyarakat Jahut. Nampaknya pihak tertentu semakin terdesak dan sanggup membuat apa-apa sahaja untuk mempertahankan kuasa. Sebenarnya, masyarakat Jahut telah hancur dari segi moralnya semenjak dari dulu lagi. Kadang-kadang saya sedih melihat kaum saya hancur akhlaknya kerana eksploitasi oleh pihak luar ini.
Tari-menari ialah merupakan budaya luar mempengaruhi kehidupan masyarakat Jahut semenjak tahun 1960an lagi iaitu era Pop Yeh-Yeh, zaman Rock Kapak dan zaman Aternatif Rock. Masyarakat Jahut tidak mempunyai WARISAN seperti tari menari ataupun dikenali sebagai joget lambak pada masa kini. Masyarakat jahut adalah masyarakat bersatu-padu dan mempunyai semangat berderau tetapi budaya luar semakin kuat merobek budaya masyarakat ini. Tidak hairan penjualan minuman keras semakin berleluasa di perkampungan Jahut malahan tidak keterlaluan dikatakan bahawa orang yang mengaku Islam telah menjual arak kepada masyarakat Jahut. Kenapa jadi begini? Kenapa orang-orang ini tidak mempunyai sikap berdakwah kepada masyarakat Jahut? Ada pula pihak yang hanya pandai menuding jari meletak 100% Orang Asli tidak mahu menerima islam? Jawapannya adalah sikap kita…
Tinjauan yang dibuat, saya mendapati orang-orang luar lah yang membawa bahan terlarang seperti dadah, ganja dan minuman keras untuk melalaikan masyarakat Jahut bukan membangunkan masyarakat dari siasah dan modal insan. Parti politik pemerintah juga hanya mementingkan kedudukan dan kuasa, persepsi pihak tersebut adalah seperti “lantak Orang Asli Jahut, mereka bodoh, senang sekali kita pujuk nanti, kita bagi lah RM150 duit kopi, ah diorang penyokong setia masa pilihan raya kita anjurlah karaoke dan joget lambak”. Apa semua ini? inikah yang dikatakan seoarang muslim sebenar?
Kin bin Kasim, seorang ketua PKR Kg. Penderas pernah kecewa yang melampau dengan kehancuran kedua-dua anak lelaki yang disayangi kerana tidak menamatkan pelajaran tingkatn 5 dan beliau mengatakan budaya minuman arak jika tidak dibendung akan menyebabakan Orang Asli tidak maju. Ahmad Bin Ter, pengerusi TSB kampung Lubuk Wong juga melahirkan kebimbangan dengan penularan budaya hedonisme yang menjadi senjata pihak tertentu untuk meraih undi Orang Asli pada masa akan datang.
Kesimpulannya, reformasi sosial perlu untuk masyarakat Orang Asli Jahut dan masyarakat tersebut perlu mempunyai pedoman hidup seperti agama Islam. Untuk merealisasikan ini, memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pihak kerajaan, NGO, dan parti politik. Juga, masyarakat jahut memerlukan seorang pemimpin mempunyai karismatik dan berkaliber dan bukan seorang ketua lebih berorientasikan tugas dan menuntutkan elaun bulanan daripada JHEOA.

Monday, April 27, 2009

Sejuta harapan dalam kenangan

Hati kecil ini berkata..
Saya sayu melihat kaum orang asal kuala krau walaupun sangat peramah dan sentiasa tersenyum tetapi kehidupan mereka lebih kais makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan mereka sangat daif sekali. Walaupun menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti menanam padi tetapi semangat survival menyedarkan saya yang mempunyai sedikit pendidikan tentang survival ini. misalnya Pak Long (Itai) sepupu daripada mak saya iaitu Itai Najim atau Kin bin Kasim kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum walaupun perjuangan beliau mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
Semasa saya bercuti semester lepas saya sempat mengunjungi beliau untuk meneramah tentang tesis saya namun saya terkejut terdapat Hamba Allah datang terus marah-marah Itai Najim depan saya. Kaget saya melihat peristiwa tidak terhingga ini dan tidak menyangka berlaku peristiwa tersebut. Perselisihan faham dan bermula episod bertikam lidah antara kedua pihak namun itai najim masih sempat senyum dan malas untuk melayan orang yang datang itu. Hamba Allah tersebut menggugut untuk melaporkan kepada pihak polis namun dijawab dengan tenang oleh Itai Kasim. Begini gaya bahasanya menjawab “silalah report polis saya tak takut sebab saya tidak buat salah”. Pada waktu masih terkejut itu, saya lihat Itai Kasim sempat menerangkan bahawa Hamba Allah tersebut merupakan seorang ahli PKR yang dilucut keahlian oleh pihak PKR Kuala Krau.
Peristiwa tersebut menyebabkan saya terlalu menghormati beliau kerana berhati waja dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Kin Kasim merupakan seorang Pengerusi PKR cawangan Kg. Penderas dan mempunyai pendidikan sekolah tinggi Cliffort Kuala Lipis sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1960an. kehidupan beliau sangat boleh katakan cukup makan sahaja dan beliau tidak pernah bekerja dengan pihak kerajaan. Keistimewaan, beliau sangat fasih berbahasa Inggeris dan sangat menghormati Haji Suhaimi Said ketua PKR Kuala Krau, merangkap Setiausaha PKR Pahang. Jangan terkejut remaja masa kini bahawa Itai Kasim lebih fasih bahasa Inggeris daripada kalian.
Diakhir temuramah, saya sempat dipelawa oleh Mak Long makan tengah hari, apa lagi pucuk dicita ulam mendatang perut lapar sangat saya pun makan bersama dengan Itai Najim. Walaupun saya seorang muslim tetapi saya tidak berasa prejudice makan dirumah keluarga Itai Kasim kerana saya yakin makanan tersebut halal. Sedap makan lauk sayur pucuk paku dengan gulai ikan air tawar. Pesan Ustaz Tabligh kepada saya menjaga makanan dan minum namun saya kurang mengendahkan kerana saya mempunyai keyakinan diri untuk mendakwah dengan cara sendiri. Niat saya cuma berdakwah dengan cara sendiri kepada mereka dengan membuat Rapport terlebih dahulu. Namun, hati saya terkejut kepada adik-adik sepupu kenapa tidak makan sama. Rupa-rupanya mereka tidak makan bersama kerana menghormati orang tua untuk makan terlebih dahulu. Sungguh unik adapt resam masyarakat Jahut. Dalam perjalanan pulang saya mula berfikir tentang masyarakat Jahut walaupun keadaan kehidupan sangat daif tapi sangat peramah dan sangat menghormati orang lain. Akhirnya saya mendapat jawapan, saya bertekad untuk membantu masyarakat Jahut kerana siapa lagi yang sudi kalau bukan daripada masyarakat sendiri. Saya berazam saya berjuang sehingga ke akhir hayat untuk masyarakat Jahut, negara dan yang penting demi Agama Islam yang tercinta.

Pembangunan politik 2

ISU-ISU POLITIK

Kuala Krau 27 April 2009, persoalan yang ditimbul dalam penglibatan politik masyarakat Orang Asal ialah masa depan komuniti menghadapi cabaran yang kian menghimpit kehidupan mereka. Akhir ini suasana yang tidak menentu telah menghantui suasana selesa kehidupan masyarakat Jahut. Pelbagai isu timbul pada dekat ini terutamanya isu tanah Orang Asal dan kemiskinan Orang Asal. Orang asal dibiarkan sendiri menghadapi suasana yang panik tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang berpentingan dalam hal ehwal Orang Asal. Selagi masyarakat Orang Asli tidak mempunyai parti politik sendiri, selagi itulah kehidupan Orang Asli akan dieksploitasi dan didiskrimasi oleh pihak yang berselindung disebalik pembangunan negara.
Sorotan pembabitan politik masyarakat politik Orang Asli bermula pada tahun 1957 selepas kemerdekaan namun pembabitan kaum ini terhad sekali kerana sikap bergantung pada kerajaan masih menebal dan pekat sekali. Wujudnya hubungan patron-client antara masyarakat Orang Asal dengan pihak pemerintah. Era 2000, kesedaran politik Orang Asal semakin berkembang terutamanya di perkampungan Kuala Krau ini. Ramai penyokong setia parti pemerintah iaitu UMNO telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai parti alternatif iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pergerakan perubahan ini merupakan satu pradigma baru politik orang asal Kuala Krau. Hal ini berlaku kerana kesedaran masyarakat Orang Asli semakin bercambah ekoran rasa KECEWA pada parti terdahulu yang tidak mengambil berat tentang pandangan akar umbi mereka. Kebanyakan ahli parti pemerintah dahulu lebih bersifat Pak Angguk kerana mereka terlalu taksub kepada parti kerana kepentingan diri sendiri bukannya kepentingan bangsa. Lantaran itu, sebahagian ahli yang jujur untuk membangun masyarakat Orang Asal telah keluar daripada parti pemerintah ini.
Muncul pula pandangan baru terhadap anggota UMNO yang keluar sebagai penderhaka, manusia yang tidak mengenang budi dan anak yang lupakan ibu yang memberi susu. Pandangan tersebut sengaja dibuat untuk menutup kelemahan diri sendiri dan merupakan satu serangan psychology kepada masyarakat Orang Asal. Serangan ini dibuat kerana pihak terbabit mengetahui kelemahan masyarakat yang sedikit mudah dipujuk dan mempunyai setia buta kepada pihak pemerintah. Namun semua ini tidak berlaku lagi kerana masyarakat Orang Asal yang berumur 40 tahun tidak lagi terpengaruh langsung dengan pendekatan yang digunakan oleh parti pihak dominan ini. Mereka lebih suka berdiri sendiri untuk mencari tempat bergantung yang benar-benar ikhlas membantu mereka. Kesedaran berpolitik merupakan satu kemajuan dalam masyarakat orang asal. Berpolitik merupakan satu hak asasi orang asal dalam negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Tiada istilah setia tidak bertempat ini lagi.
Harapan muncul dalam jiwa masyarakat Orang Asal yang berhijrah kepada parti pembangkang di Negeri Pahang untuk membela nasib anak-anak buah meraka pada masa akan datang. Persoalannya terdapat kekaburan dan ketikpastian tentang parti baru ini. Benarkah parti ini ikhlas untuk membangunkan masyarakat Orang Asli? Adakah sekadar untuk menggunakan Orang Asal untuk kepentingan diri? Persoalan ini muncul kerana parti pembangkang bukanlah parti pemerintah yang berkuasa daripada kuasa rakyat. Namun, melihat rakan-rakan di Perak semasa kerajaan Pakatan Rakyat masih mempunyai kuasa undang-undang dan kuasa daripada rakyat yang memberi geran tanah masyarakat Orang Asal membuah sedikit harapan. Namun sekarang terdapat dua kerajaan Perak dan keadaan tidak menentu ini menghancur harapan masyarakat Orang Asal perak dan masyarakat harapan Orang Asal di kuala krau ini. Masyarakat orang asal perlu bersabar dan meneruskan perjuangan bangsa kerana politik itu terlaku kotor. Apa-apa sahaja boleh berlaku kerana manusia mempunyai pelbagai sifat SEMULAJADI yang tidak boleh dikawal.
Kesimpulannya masyarakat Orang Asal perlu mempunyai parti politik sendiri atau menyertai mana-mana parti untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan hak masyarakat Orang Asal. Masyarakat Orang Asal sekarang mempunyai kepada negara kerana walaupun dari segi popolusi memang amat kecil tetapi kita melihat masyarakat lain mislnya Melanau di Sarawak mampu menguasai pemerintah walaupun masyarakat Iban populasinya lebih tinggi. Kaum Yahudi juga walaupun jumlahnya kecil tetapi mampu menguasi dunia dan dasar luar Amerika Syarikat. Jesteru, kunci kepada kekuatan ialah kemajuan pendidikan dan kemajuan ekonomi.

Sunday, April 26, 2009

Isu Semasa 2: Status Pembangunan Ekonomi


Gambar 1 rumah trasional masyarakat Jahut di Malaysia mempunyai persamaan dengan rumah trasional masyarakat Orang Rimba di Jambi, Indonesia di gambar 2.

PERANGKAP KEHIDUPAN

Apabila menyebut sahaja pembangunan ekonomi, tidak ada lain yang ada pemikiran ialah projek pembangunan tanah. Pembangunan yang dimaksudkan ini pembangunan tanah perkampungan Orang Asli Kuala Krau, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Perkampungan ini merupakan perkampungan suku kaum orang asal yang disebut masyarakat Jahut. Sungguh unik kerana masyarakat ini hanya terdapat di Pahang sahaja. Namun, terdapat saudara rumpun Jahut yang terdapat di Jambi, Indonesia walaupun tidak dikenalpasti tentang persamaan bahasa mereka sekarang tetapi golongan yang agak berusia di perkampungan Jahut percaya nenek moyang mereka berasal dari Indonesia.

Hal ini, semacam kena pada temapatnya kerana di jampi juga terdapat suku orang asal yang dikenali sebagai Orang Rimba dan suku anak dalam oleh pemerintah repulik Indonesia.Kita tinggalkan bicara tentang asal-usul Jahut namun kita berbicara tentang persamaan ekonomi masyarakat suku Orang Rimba di Indonesia dan Masyarakat Jahut di Malaysia.

Suku anak dalam (SAD) juga telah menghadapi soal yang sama dengan masyarakat jahut di Malaysia. Masyarakat SAD menghadapi kekurangan tanah dan juga soal tanah akibat projek kelapa sawit yang dilakukan di penempatan mereka.

Masyarakat jahut di kuala krau juga menghadapi masalah yang sama namun pola dan situasi masalah adalah berbeza kerana masyarakat Jahut dibawah perlindungan Akta 134 yang tidak pernah menguntungkan mereka. Dibawah akta 134 ini termaktud tentang Tanah Rezab kawasan Orang Asli namun Orang asli Kuala Krau tidak pernah di wartakan tanah mereka sebagai kawasan Rezab Orang Asli. Mereka menghadapi kesukaran untuk melakukan pelbagai aktiviti pertanian kerana akta 134 dan tidak ada kesungguhan pihak kerajaan negeri untuk mewartakan tanah mereka.

Jesteru, masyarakat Jahut telah terperangkap dibawah Akta 134, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (PERHILITAN) di sebelah barat, Kawasan Rizab Hutan (Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) sebelah timur dan pencerobahan kawasan oleh masyarakat jiran di utara (sempadan Jerantut) dan selatan (kawasan Temerloh). Masyarakat sekarang berada dalam ketidakpastian hidup dan keadaan panik dalam menjalankan kehidupan mereka. Mereka tiada tempat bergantung untuk menjalankan kehidupan mereka.

Lebih malang tanah untuk pertanian sekarang diserahkan kepada pihak seperti Risda dan Felcra. Walaupun langkah masyarakat ini untuk menerima pembangunan dilihat positif tetapi implikasinya mereka kehilangan tanah adat turun temurun mereka. Maka dalam hal ini wujud kemiskinan baru dimana kawasan yang dimajukan oleh Risda dan Felcra langsung tidak meningkatkan ekonomi mereka. SIstem saham sebanyak RM1000 setahun bukanlah banyak mana untuk menampung kehidupan mereka.

Secara rumusannya, masyarakat Jahut walaupun bersedia untuk menerima perubahan tetapi implikasi perubahan tersebut memerangkap kehidupan mereka ke dalam bentuk kemiskinan kapItalis yang baru. Sungguh kasihan Orang Asli melarat dibumi sendiri.

Sebutir Kata Penuh Makna.

Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua orang asal dan kepada semua peminat orang asal di Malaysia.

Saya Mohd Ramli Iskandar Abdullah @ Pendekar Jahut menyeru kepada kalian semua, jika terdapat sebarang isu atau masalah berhubung dengan hak orang asal. Sila hantar artikel, pendapat, isu-isu dan masalah tersebut kepada laman blog saya dan juga kepada emel saya ramlilugan@yahoo.com.my atau kepada blog sahabat saya “Orang Asal” denaizal.blogspot.com.my. Terima kasih kepada saudara orang asal dan peminat yang menjenguk blog saya walaupun sekadar untuk membaca sahaja. Sokonglah blog ini untuk kebaikan orang asal.

Warna rasmi blog ini warna hijau sengaja saya pilih untuk menggambarkan suasuana hijau penempatan orang asal. Kawasan indah dan permai kerana terdapat sawah padi dan kawasan padi bukit dan alam semulajadi yang menghijau dan menenangkan jiwa.

Tujuan adalah untuk berkongsi segala masalah orang asal dan memberi maklumat kepada masyarakat civil dan masyarakat ciber tentang masalah dan kehidupan orang asal di semenanjung Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Saturday, April 25, 2009

isu semasa : isu tanah Orang Asal

sebahagian kandungan memorandum tentang isu tanah..

SUDAH 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA NAMUN,

1. Tanah-tanah adat dan perkampunggan kami tidak diiktiraf oleh kerajaan sebagai milik kami secara hitam putih. Malah sehingga saat ini kebanyakan masyarakat Orang Asli tidak tahu apakah status tanah yang sedang kami duduki (gazet/geran/rezab/kawasan simpan???). disebabkan perkara ini.

1.1 ketiadaan perlindungan ke atas tanah kami telah membawa banyak kemudaratan kepada kami. Kami sering kehilangan tanah kepada pihak lain, termasuk yang berkepentingan peribadi tetapi menggunakan alasan ‘demi negara’.

1.2 Apabila tanah kami diambil, kami bukan sahaja kehilangan tanah tetapi segala usaha yang telah kami jalankan ke atas tanah tersebut. Akibatnya kami kehilangan punca saraan hidup, jesteru memudaratkan lagi kedudukan kami yang rata-rata sememangnya daif jika dibandingkan masyarakat perdana di Negara ini.

1.3 Selain itu, tanah-tanah adat dan perkampungan Orang Asli sering bertukar status, samada dipindah milik atau dijual berbagai pihak berkepentingan tanpa sebarang makluman, perbincangan atau perundingan dengan kami terlebih dahulu seperti yang terjadi dalam kes tanah di Kampung Terbol, Kampung Pian, Kampung Lubuk Wong dan Kampung Pasu.

1.4 Kehilangan tanah juga menjejaskan adat resam serta budaya kami kerana aspek kehidupan kami ini amat berkait rapat dengan tanah kami.

1.5 Ketiadaan status tanah juga menjejaskan usaha membangunkan tanah kami bagi tujuan mempertingkatkan kedudukan ekonomi kami. Akibatnya, kami terus berdepan dengan masalah kemiskinan. Segala tindakan sedemikian menggambarkan bahawa pihak-pihak berkenaan tidak pernah memikirkan atau perihatin terhadap keperluan dan kesusahan masyarakat Orang Asli secara ikhlas dan serius.

2. Masyarakat Orang Asli sering dinafikan hak asasi sebagai rakyat Malaysia untuk mendapat pembelaan sewajarnya. Antaranya hak untuk mendapat pengagihan sumber ekonomi secara adil. Taraf ekonomi masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat perdana yang lain. Rata-rata pendapatan bulanan masyarakat adalah dibawah RM350. Ini bermakna sumber ekonomi MOA masih dikategorikan dalam kelompok miskin tegar.

2.2 Jesteru, kami masyarakat Orang Asli Jahut di Kuala Krau membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman terhadap Esah Bte Wek (KP 610630-06-5083) dengan No. saman 87-585 tahun 2008 yang beralamat di Kampong Pasu, Kuala Krau dalam daerah Temerloh. Mengikut pertuduhan kes, bahawa beliau pada tarikh 30.08.2007 jam 3.00 petang didapati menanam getah di dalam kawasan Rizab Krau. Dengan itu, beliau dituduh menyalahi undang-undang masuk ke kawasan rizab hidupan liar tanpa permit dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76 tahun 1972 (seksyen 82).

2.3 Kami membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman mahkamah terhadap Esah Bte Wek di atas rasional yang munasabah seperti di bawah:

2.31 Beliau ialah seorang keturunan Orang Asli suku kaum Jahut. Jesteru beliau adalah dibawah perlindungan Akta 134 1954, Akta Orang Asli. Dalam fasal 14 akta 134 Orang Asli, Kawasan Orang Asli adalah kawasan larangan bagi orang luar termasuk pihak PERHILITAN. Disamping itu, Akta 134 1954 wujud lebih awal daripada Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972. Ini bermakna Orang Asli Jahut tidak menyedari tentang kewujudan Akta Perlindungan Hidupan Liar ini wujud dalam kawasan Kampung Pasu ini.

2.32 Disamping itu, dalam Akta 134 1954 fasal 8(1) menyentuh tentang hak menduduki kawasan Orang Asli. Kandungan ini menyatakan Orang asli bebas daripada membayar sewa atau tertakluk kepada apa-apa sewa yang dikenakan. Ini bermakna saman mahkamah terhadap beliau yang dituduh adalah tidak berasas. Juga dalam Akta 134 1954 fasal 8(3) mengizinkan tanah diberi secara peribadi kepada Orang Asli dengan syarat tidak seorang Orang Asli boleh memindah milik, memajak, menggadai, menjual, memindah hak, menyerah hak, menggadai janji atau dengan cara yang lain melepas tanah kecuali dengan persetujuan Pesuruh Jaya Orang Asli. Sebarang transaksi yang dibuat tanpa persetujuan pesuruh jaya adalah tidak sah. Ini bermakna beliau yang dituduh tidak bersalah kerana menggunakan tanah bukan untuk tujuan menjualnya kepada pihak orang lain tetapi menggunakan tanah adat tersebut untuk keperluan diri sendiri.

2.33 Selain daripada Akta 134 1954, Orang Asli juga mempunyai hak terhadap tanah adat turun temurun. Dimana dalam hal ini, sebelum kewujudan Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972, Orang Asli terlebih dahulu meneroka tanah tersebut untuk tujuan menaman padi (sara diri) dan seterusnya menanam tanaman kekal seperti getah (swidden). Ini bermakna beliau tidak menceroboh atau memasuki kawasan Rizab Krau kerana kawasan perlidungan ini wujud tanpa persetujuan dan pengetahuan masyarakat Orang Asli Jahut keseluruhannya.(grassroot).

2.34 Masyarakat umum mengetahui 80% daripada masyarakat Orang Asli masih berada di bawah paras kemiskinan tegar. Jesteru dalam kes ini beliau yang dituduh mempunyai hak untuk mengusahakan tanah adat mereka tanpa halangan daripada pihak tertentu termasuk Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972 (PERHILITAN). Beliau mengusahakan tanah untuk ikhtiar hidup (survival) untuk keperluan diri dan keluarga beliau. Hal ini berasas kerana tanah di Kampung Pasu semakin terhad berpunca Projek TSK Risda kelapa sawit yang telah dibangunkan. Akibat daripda Projek TSK Risda, Orang Asli bertambah miskin kerana kehilangan pendapatan bulanan mereka. Projek TSK ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian penduduk kerana sistem saham yang memberi komisen sebanyak RM 1000 LEBIH setiap tahun langsung tidak membasmi kemiskinan tegar Orang Asli. RM1000 SETAHUN BUKAN RM 1000 SEBULAN. Nilai RM 1OOO setahun ini adalah tidak mencukupi untuk masyarakat Orang Asli mendapatkan keperluan mereka. Kesimpulannya, mereka masih memerlukan tanah adat di seberang Sungai Krau untuk menampung keperluan hidup mereka.

KESIMPULANNYA

Kami masyarakat Oang Asli Jahut Kuala Krau yang meliputi Kampung Terbol, Pian, Lubuk Wong dan Kampung Pasu membantahkan tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman mahkamah terhadap Esah Bte Wek seorang berketurunan Orang Asli Jahut Kampung Pasu kerana:
1. Beliau keturunan Orang Asli dibawah perlindungan Akta 134 1954, Akta Orang Asli. Dimana dalam hal ini, pihak PERHILITAN tidak berhak untuk mengemukan saman terhadap penduduk orang asal.
2. Beliau juga menanam getah di kawasan tanah adat temurun orang asal yang dahulu kawasan penanaman padi bukit (sara diri) untuk keperluan diri sendiri sebelum di tanaman dengan tanaman kekal seperti getah.
3. Beliau mempunyai hak untuk mengusahakan tanaman getah diatas tanah adat turun temurun untuk menampung dan memenuhi keperluan hidup kerana kekurangan tanah untuk bercucuk tanam (sara diri). Hal ini terjadi kerana beliau tidak mempunyai tanah adat turun temurun setelah berlakunya Projek TSK Risda di Kampung Pasu.

Dengan ini kami masyarakat Orang Asli di Kuala Krau menuntut jasa baik dan keprihatinan YAB MB dan seluruh agensi kerajaan yang terbabit untuk memenuhi tuntutan kami demi keselamatan, kemajuan, dan pembangunan kami sebagai satu kaum pribumi Malaysia dan juga rakyat Malaysia.

Sekian terima kasih.

DEMI INSAN DAN MANUSIA

Jaringan Orang Asal Kuala Krau

Thursday, April 9, 2009

Pembangunan politik 1

Kuala Krau, 10 April. Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi perlembagaan. Demokrasi bermaksud rakyat negara ini bebas memlih pemimpin mereka sendiri. Disinilah apa yang dikatakan hak sebenar rakyat. Persoalannya benarkah rakyat berkuasa?. Gambaran ini saya sorotan untuk melihat penglibatan politik dikalangan masyarakat minoriti iaitu Orang Asli di Malaysia. persoalannya benarkah masyarakat tidak memberi manfaat kepada kepentingan politik negara? jawapan yang kita sering kita dengar ialah masyarakat Orang Asli tidak memberi sumbangan dalam politik Malaysia. Jawapan ini memang boleh kita terima kerana kita mempunyai pemimpin politik dalam Dewan Rakyat ATAU ADUN namun sebenarnya apabila masyarakat itu layak untuk mengudi dalam pilihanraya, maka masyarakat Orang Asli juga berpengaruh dalam politik Malaysia. Persepsi bahawa Orang Asli tidak berpengaruh adalah pradigma top down pihak atasan supaya masyarakat ini menerima bulat-bulat apa yang sesetengah pihak itu kata. Tinjauan yang di masyarakat Jahut di kuala krau mendapati kesedaran berpolitik dikalangan orang kita semakin berkembang dimana mereka menglibatkan diri dalam parti politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Kepada masyarakat Orang Asli yang masih berpeluk tubuh patutlah mempunyai pendirian untuk menyertai mana-mana parti politik kerana politik hak rakyat untuk menyampaikan rasa tidak puas hati. Hak untuk mendapat hak asasi yang sewajarnya. Menurut, Kin Bin Kasim pengerusi PKR cawangan Kg. Penderas mengatakan bahawa perjuangan politik untuk hak masa depan genarasi akan datang. Masyarakat Orang Asli tidak perlu selesa dengan kehidupan sekarang tetapi perlulah mempunyai pemikiran yang kritikal terhadap hak-hak Orang Asli. kita jangan lupa bahawa Orang Asli juga menghantar wakil semasa perhimpunan kemerdekaan 1957. Maka Orang Asli juga berperanan dalam kemerdekaan negara tetapi dilupakan begitu sahaja oleh pihak yang dominan. Rumusannya Orang Asli haruslah mempunyai sifat futuristik terhadap perkembangan politik terkini dan berani membuat pilihan parti mana yang boleh membantu masyarakat PINGGIRAN ini dalam ekonomi, sosial dan politik. Berpolitik adalah HAK RAKYAT tetapi realitinya rakyat berkuasa hanya semasa pilihan raya yang kuasa adalah wakil kapada rakyat.

Wednesday, April 8, 2009

Perpecahan Orang Asli di Malaysia.

Orang Asli dan Perubahan Agama.

Pendahaluan

Orang asal terdiri daripada kaum pribumi sabah juga dikenali Anak Negeri, kaum Dayak
atau Orang Ulu dan Orang Asli di Semenajung Malaysia.

Konsep perubahan sosial
Segala perubahan pada struktur sosial yang boleh mempengaruhi sistem sosial, nilai-nilai sosial dan tingkahlaku masyarakat.

Satu transformation yang berlaku dalam masyarakat secara perlahan-lahan dan membentuk struktur masyarakat yang baru. Ia juga melibatkan autoration dalam struktur masyarakat tersebut.

Teori perubahan agama

Simon (1971), tindakan menukarkan agama akan mengubah bentuk ikatan seseorang daripada satu set simbol yang dianggap suci kepada symbol suci yang lain. Tindakan ini akan mengubah perlakuan, perasaan, pemikirannya dan simbol baru yang dianggap suci.

Perubahan agama dikalangan masyarakat Orang Asli

1. Animisme

- Kepercayaan kepada kuasa-kuasa objek-objek atau benda yang terdapat pada alam sekeliling yang mempengaruhi kehidupan mereka. Teori Animisme ini telah dikemukan oleh Edward B. Taylor menyatakan benda atau makluk yang terdapat pada alam ini mempunyai roh atau semangat yang pelu dihormati.

- Sistem kepercayaan Orang Asli mempunyai mempunyai unsur-unsur kewujudan super being iaitu Nabi Adam dan Siti Hawa serta super being lain iaitu Karei dan Tuan Puteri. Pada masa ini Agama orang asli telah berubah daripada animisme kepada polytheisme dan monotheisme.

2. Agama Islam.

- Agama yang terawal dan mempengaruhi kehidupan Orang Asli.
- Penyebaran agama ini agak lewat selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
- Jakim dan Jabatan Jslam Negeri dengan kerjsama JHEOA.
- penyebaran agama ini kurang berkesan kepada kepada Orang Asli.

3. Agama Kristian

- katolik, Methodist dan SIB.
- Mendapat sambutan
- Penyebaran yang agak berkesan dan cekap.


Punca-punca perubahan agama

1. Persekitaran

- pendidikan.
- mempengaruhi jiwa anak-anak muda.
- Pergaulan dengan kawan-kawan Muslim.

2. Pengaruh masyarakat luar

- orang Melayu/ masyarakat Kristian
- persahabatan
- perdagangan
- Pengaruh globalisasi dan ICT

3. Penyebaran budaya
- kebaikan setiap agama baru
- tingkah laku penganut agama baru

4. Penyebaran ideologi

- peranan badan-badan keagamaan seperti JAKIM dan mubaligh Kristian.
- Peranan yang aktif.

Kesan-kesan positif

1. Perubahan sikap
- mementingkan pendidikan dan kebersihan
- mempunyai moral dan akhlak yang baik

2. Membentuk kesedaran kolektif
- menyedari kepentingan pendidikan
- kesedaran untuk berpolitik dan meningkatkan ekonomi.
- Menyedari tentang hak-hak Orang Asal

Kesimpulan.

Pandangan mengatakan masyarakat Orang Asli sukar untuk menerima pembangunan adalah tidak tepat pada masa ini. Alasan ini semata-mata untuk menutup kelemahan pihak-pihak tertentu. Hal ini kerana Karl Marx menyatakan perubahan material menyababkan perubahan minda seseorang dan Hegel pula menyatakan pembangunan mental adalah pokok kepada pembangunan manusia dan material. Kedua-dua pandangan ini sesuai digambarkan dalam konteks masyarakat Orang Asli untuk melihatkan perubahan institusi pendidikan dan institusi agama mendorong perubahan beragama dan pembangunan material mereka.

Rujukan

Hasan Mat Nor. 2001. Salib Dalam Komuniti Pinggiran, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia
Sabah.

Amran Kasimin. 1993, Agama dan Perubahan Dikalangan Penduduk Asli Di SemenanjungTanah Melayu,
Terjamahan Padilah Haji Ali. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.