Search This Blog

Saturday, April 25, 2009

isu semasa : isu tanah Orang Asal

sebahagian kandungan memorandum tentang isu tanah..

SUDAH 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA NAMUN,

1. Tanah-tanah adat dan perkampunggan kami tidak diiktiraf oleh kerajaan sebagai milik kami secara hitam putih. Malah sehingga saat ini kebanyakan masyarakat Orang Asli tidak tahu apakah status tanah yang sedang kami duduki (gazet/geran/rezab/kawasan simpan???). disebabkan perkara ini.

1.1 ketiadaan perlindungan ke atas tanah kami telah membawa banyak kemudaratan kepada kami. Kami sering kehilangan tanah kepada pihak lain, termasuk yang berkepentingan peribadi tetapi menggunakan alasan ‘demi negara’.

1.2 Apabila tanah kami diambil, kami bukan sahaja kehilangan tanah tetapi segala usaha yang telah kami jalankan ke atas tanah tersebut. Akibatnya kami kehilangan punca saraan hidup, jesteru memudaratkan lagi kedudukan kami yang rata-rata sememangnya daif jika dibandingkan masyarakat perdana di Negara ini.

1.3 Selain itu, tanah-tanah adat dan perkampungan Orang Asli sering bertukar status, samada dipindah milik atau dijual berbagai pihak berkepentingan tanpa sebarang makluman, perbincangan atau perundingan dengan kami terlebih dahulu seperti yang terjadi dalam kes tanah di Kampung Terbol, Kampung Pian, Kampung Lubuk Wong dan Kampung Pasu.

1.4 Kehilangan tanah juga menjejaskan adat resam serta budaya kami kerana aspek kehidupan kami ini amat berkait rapat dengan tanah kami.

1.5 Ketiadaan status tanah juga menjejaskan usaha membangunkan tanah kami bagi tujuan mempertingkatkan kedudukan ekonomi kami. Akibatnya, kami terus berdepan dengan masalah kemiskinan. Segala tindakan sedemikian menggambarkan bahawa pihak-pihak berkenaan tidak pernah memikirkan atau perihatin terhadap keperluan dan kesusahan masyarakat Orang Asli secara ikhlas dan serius.

2. Masyarakat Orang Asli sering dinafikan hak asasi sebagai rakyat Malaysia untuk mendapat pembelaan sewajarnya. Antaranya hak untuk mendapat pengagihan sumber ekonomi secara adil. Taraf ekonomi masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat perdana yang lain. Rata-rata pendapatan bulanan masyarakat adalah dibawah RM350. Ini bermakna sumber ekonomi MOA masih dikategorikan dalam kelompok miskin tegar.

2.2 Jesteru, kami masyarakat Orang Asli Jahut di Kuala Krau membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman terhadap Esah Bte Wek (KP 610630-06-5083) dengan No. saman 87-585 tahun 2008 yang beralamat di Kampong Pasu, Kuala Krau dalam daerah Temerloh. Mengikut pertuduhan kes, bahawa beliau pada tarikh 30.08.2007 jam 3.00 petang didapati menanam getah di dalam kawasan Rizab Krau. Dengan itu, beliau dituduh menyalahi undang-undang masuk ke kawasan rizab hidupan liar tanpa permit dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76 tahun 1972 (seksyen 82).

2.3 Kami membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman mahkamah terhadap Esah Bte Wek di atas rasional yang munasabah seperti di bawah:

2.31 Beliau ialah seorang keturunan Orang Asli suku kaum Jahut. Jesteru beliau adalah dibawah perlindungan Akta 134 1954, Akta Orang Asli. Dalam fasal 14 akta 134 Orang Asli, Kawasan Orang Asli adalah kawasan larangan bagi orang luar termasuk pihak PERHILITAN. Disamping itu, Akta 134 1954 wujud lebih awal daripada Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972. Ini bermakna Orang Asli Jahut tidak menyedari tentang kewujudan Akta Perlindungan Hidupan Liar ini wujud dalam kawasan Kampung Pasu ini.

2.32 Disamping itu, dalam Akta 134 1954 fasal 8(1) menyentuh tentang hak menduduki kawasan Orang Asli. Kandungan ini menyatakan Orang asli bebas daripada membayar sewa atau tertakluk kepada apa-apa sewa yang dikenakan. Ini bermakna saman mahkamah terhadap beliau yang dituduh adalah tidak berasas. Juga dalam Akta 134 1954 fasal 8(3) mengizinkan tanah diberi secara peribadi kepada Orang Asli dengan syarat tidak seorang Orang Asli boleh memindah milik, memajak, menggadai, menjual, memindah hak, menyerah hak, menggadai janji atau dengan cara yang lain melepas tanah kecuali dengan persetujuan Pesuruh Jaya Orang Asli. Sebarang transaksi yang dibuat tanpa persetujuan pesuruh jaya adalah tidak sah. Ini bermakna beliau yang dituduh tidak bersalah kerana menggunakan tanah bukan untuk tujuan menjualnya kepada pihak orang lain tetapi menggunakan tanah adat tersebut untuk keperluan diri sendiri.

2.33 Selain daripada Akta 134 1954, Orang Asli juga mempunyai hak terhadap tanah adat turun temurun. Dimana dalam hal ini, sebelum kewujudan Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972, Orang Asli terlebih dahulu meneroka tanah tersebut untuk tujuan menaman padi (sara diri) dan seterusnya menanam tanaman kekal seperti getah (swidden). Ini bermakna beliau tidak menceroboh atau memasuki kawasan Rizab Krau kerana kawasan perlidungan ini wujud tanpa persetujuan dan pengetahuan masyarakat Orang Asli Jahut keseluruhannya.(grassroot).

2.34 Masyarakat umum mengetahui 80% daripada masyarakat Orang Asli masih berada di bawah paras kemiskinan tegar. Jesteru dalam kes ini beliau yang dituduh mempunyai hak untuk mengusahakan tanah adat mereka tanpa halangan daripada pihak tertentu termasuk Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972 (PERHILITAN). Beliau mengusahakan tanah untuk ikhtiar hidup (survival) untuk keperluan diri dan keluarga beliau. Hal ini berasas kerana tanah di Kampung Pasu semakin terhad berpunca Projek TSK Risda kelapa sawit yang telah dibangunkan. Akibat daripda Projek TSK Risda, Orang Asli bertambah miskin kerana kehilangan pendapatan bulanan mereka. Projek TSK ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian penduduk kerana sistem saham yang memberi komisen sebanyak RM 1000 LEBIH setiap tahun langsung tidak membasmi kemiskinan tegar Orang Asli. RM1000 SETAHUN BUKAN RM 1000 SEBULAN. Nilai RM 1OOO setahun ini adalah tidak mencukupi untuk masyarakat Orang Asli mendapatkan keperluan mereka. Kesimpulannya, mereka masih memerlukan tanah adat di seberang Sungai Krau untuk menampung keperluan hidup mereka.

KESIMPULANNYA

Kami masyarakat Oang Asli Jahut Kuala Krau yang meliputi Kampung Terbol, Pian, Lubuk Wong dan Kampung Pasu membantahkan tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman mahkamah terhadap Esah Bte Wek seorang berketurunan Orang Asli Jahut Kampung Pasu kerana:
1. Beliau keturunan Orang Asli dibawah perlindungan Akta 134 1954, Akta Orang Asli. Dimana dalam hal ini, pihak PERHILITAN tidak berhak untuk mengemukan saman terhadap penduduk orang asal.
2. Beliau juga menanam getah di kawasan tanah adat temurun orang asal yang dahulu kawasan penanaman padi bukit (sara diri) untuk keperluan diri sendiri sebelum di tanaman dengan tanaman kekal seperti getah.
3. Beliau mempunyai hak untuk mengusahakan tanaman getah diatas tanah adat turun temurun untuk menampung dan memenuhi keperluan hidup kerana kekurangan tanah untuk bercucuk tanam (sara diri). Hal ini terjadi kerana beliau tidak mempunyai tanah adat turun temurun setelah berlakunya Projek TSK Risda di Kampung Pasu.

Dengan ini kami masyarakat Orang Asli di Kuala Krau menuntut jasa baik dan keprihatinan YAB MB dan seluruh agensi kerajaan yang terbabit untuk memenuhi tuntutan kami demi keselamatan, kemajuan, dan pembangunan kami sebagai satu kaum pribumi Malaysia dan juga rakyat Malaysia.

Sekian terima kasih.

DEMI INSAN DAN MANUSIA

Jaringan Orang Asal Kuala Krau

1 comment:

  1. selamat petang..
    perjuangan kamu tu nampak bagus sebab ia sememangnya sehaluan dengan saya cuma saya kurang faham tentang penglibatan parti pembangkang dalam perjuangan kita(masyarakat Jahut). kalau dapat jangan parti politik, gunakan saluran yang betul. kamu bijak berkata-kata tentang akta 134 akta orang Asli tetapi sedarlah bahawa kamu bukan lagi orang Asli jika diteliti pada Akta 134 fasal 3(1) dan (2). jadi untuk berjuang secara jihat nibanyak benda yang harus difikirkan. jangan hanya syok sendiri dengan blog yang hanya ingin glamor dan berpijaklah di bumi yang nyata.
    sekian.

    ReplyDelete