Search This Blog

Wednesday, December 16, 2009

PERALATKAN AGAMA

TERPINGGIR DALAM BANTUAN KEAGAMAAN

Sewaktu saya menziarahi saudara muslim Orang Asal di Kuala Krau semasa aidilfitri yang lalu, saya terasa terlalu sedih kerana ada diantara mereka yang tidak dapat menyambutnya kerana kesempitan hidup dan kemiskinan yang melanda. Mereka juga berasa malu kepada masyarakat. Hari Raya pada mereka sama sahaja dengan kehidupan harian mereka kerana tiada siapa yang mengambil prihatin kepada kehidupan mereka. Pihak Jabatan Agama Islam dan Adat Resam Pahang (JAIP) hanya member sumbangan fakir miskin sebanyak RM200.OO selepas 3 minggu hari mulia tersebut berlangsung. Persoalanya kenapa semuan ini terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Sedangkan anak kucing tepi jalan kita bawa balik rumah dan peliharanya dengan baik dan inikan pula manusia. Adakah saudara muslim Orang Asal tidak penting. Rakan-rakan saya dari Jemaah Tabligh tidak lagi dating menziarahi kerana kekangan pihak tertentu.

Selain daripada itu, semasa Hari raya korban yang lalu, saya mendapati saudara muslim juga tidak dipandang dan diberi perhatian kerana daging korban tidak diagihkan secara samarata. Hari Raya tidak member makna kepada mereka. Pemerhatian yang dibuat daging korban hanya diberikan kepada saudara muslim yang taat kepada Umno. Adakah pihak ini sengaja menyerang secara psycologi untuk melemahkan masyarakat Orang Asal. Adakah pihak ini tidak takut DOSA kepada tuhan. Mereka mempolitikan bantuan demi parti politik sedangkan wang untuk membeli seekor lembu daripada wang zakat orang ramai.

ZALIM

PERHILITAN MENANGKAP ORANG ASAL
Kuala Krau, pada 28 November yang lalu pihak PERHILITAN melalui 4 orang pegawainya bertindak ganas ala-ala samseng terhadap seorang penduduk orang asal di Kampong Terbol di sini kira-kira jam 11 pagi. Menurut penduduk tersebut ketika kejadian beliau bersama isteri dan anaknya sedang memotong kayu berhampiran ladang padi bukitnya. Kedudukan ladang padi tersebut didakwa berada dalam kawasan PERHILITAN menyebabkan pihak terbabit telah menangkap beliau dan merampas sebuah mesin pemotong kayu iaitu chain saw dan dua bilah parang yang kotot. Tindakan merampas harta peribadi merupakan satu kesalahan dan telah mencabul hak asasi seseorang. Sepatutnya pihak mestilah menggunaka pendekatan yang bijak dalam mengurus hutan dan tidak menjejas kepentingan masyarakat Orang Asal. Tindakan tersebut seperti cuba menakutkan masyarakat orang asal berdasar persepsi pentafsiran undang-undang yang salah.
Pihak-pihak seperti Jaringan Orang Asal Se-Malaysia dan Jaringan Orang Asal Pahang serta Parti Keadilan Rakyat membantah tindakan yang tidak bijak tersebut. Parti Keadilan Rakyat melalui Ketua cabang Kuala Krau, Haji Suhaimi Said menganggap tindakan tersebut tidak menghormati hak masyarakat Orang Asal di Kuala Krau. Manakala wakil POASM, Yusri Ahon pula tindakan tersebut mendatangkan kemarahan masyarakat Orang Asal secara keseluruhnya. Beliau bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman dalam masa yang terdekat.

Ranting Kg.lubok Wong.

Penubuhan ranting Kg. Lubuk Wong ialah pada 26 Disember 2009 bertempat di perkarangan rumah saudara Alias Bin Abdullah. Masa yang telah ditetapkan ialah jam 4.00 petang. Diharapkan saudara-saudara datang lebih awal. Saya mencadangkan selepas solat asar dan jam 6 petang akan diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara Pasukan AJK cabang Kuala Krau dengan pasukan remaja dan AMK dari Kg. Penderas. Diharapkan ketua cabang Haji Suhaimi dapat menyertainya walaupun dalam masa 10 minit. Masa perlawanan hanya 30 minit. (15 minit masa pertama). Perlawanan tamat sebelum maghrib.
PERSIDANGAN ISU TANAH DI PARLIMEN

Persidangan tanah akan diadakan di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2009 oleh beberapa wakil masyarakat Orang Asal Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Persidangan tersebut dibuat ala-ala Demonstrasi untuk membantah pindaan Undang-Undang 134 Akta Orang Asli.

Akta 134 telah dipindahkan tanpa perbincangan dan penglibatan suara masyarakat Orang Asal semenanjung secara keseluruhannya. Akta tersebut telah dipinda sesuka oleh pihak penindas masyarakat Orang Asal. Pihak Penindas tersebut hanya berbincang dengan Pak Turut dan Pak Angguk masyarakat Orang Asal. Pak Turut dan Pak Angguk dan angguk hanya bersetuju sahaja kerana not-not yang mempunyai potret Yang Di Pertuan Agong.
Pihak Penindas masyarakat Orang Asal telah terlebih dahulu meminda Seksyen 6 dan 7 akta tersebut tanpa bacaan di Dewan Rakyat. Seandainya kedua-dua seksyen tersebut telah dipinda akan menyebabkan Orang Asli lebih akan tertindas kerana kedua-dua Akta ini telah memberi kemenangan dalam kes Sagong Tasi dan Adong Kuwau.
Antara kandungan memorandum bantahan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat ialah:

1. isu tanah
` – mewartakan wilayah tanah adat
- memberi geran kepada tanah yang berdekatan jalan raya, kawasan temapat tinggal dan ladang-ladang komersial.

2. mendesak seksyen 6 dan 7 dalam Akta 134 mestilah dikekalkan tetapi seksyen 7(3) mestilah dipindakan mengikut kehendak dan kepentingan masyarakat Orang Asal

3. mengikhirafkan United Nation for declaration right indigenous peoples sebagai sebahagian undang-undang Malaysia.

P/s. Saya dapat menyertai kerana masalah JEMPUTAN saudara Shafie Dris telah menjemputnya. Saya mengucapkan selamat Berjaya kepada seluruh Orang Asal yang menyertainya.

TIDAK JUJUR

KERAJAAN TIDAK TULUS DAN ADA MUSLIHAT TERHADAP ORANG ASLI

Pada persidangan tanah yang diadakan pada 14.12.2009 yang lalu, pihak wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak jujur untuk membantu masyarakat Orang Asli kerana tidak menghantar wakilnya daripada UMNO untuk berjumpa dengan wakil masyarakat Orang Asli daripada JOAS yang diketuai oleh Cik Tijah Yok Chopil, Yusri Ahon, Shafie Dris dan July Lanchong. Sikap wakil pihak BN yang hanya menghantar Datuk Maijol Mahap daripada UPKO menyebabkan beberapa wakil Orang Asli tidak berpuas hati dengan sikap tidak prihatin mereka.

Pertemuan tersebut telah diadakan di Bilik Jawatankuasa1 Parlimen dan beberapa wakil Orang Asli telah membentangkan permasalahan masyarakat tersebut. Cik Tijah Yok Chopil dengan tajuk Masyarakat Orang Asli dan wilayah tanah Adat, Juli Lanchong dengan permasalahan Kemusnahan wilayah tanah adat oleh pembalakan dan kuari. Simpan Suda dengan karya kebaikan Taskforce Selangor dan Yusri Ahon membentangkan Adat Resam dan Tanah adat.
Pembentangan tersebut hanya dihadiri 6 wakil Pakatan Rakyat dan seorang wakil BN. Hal ini membolehkan membolehkan PR menang 6-1 memenangi hati masyarakat Orang Asli. Antara Komen YB.PR :
Datuk Johari Abdul Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR)
Beliau bertanya adakah kerajaan ikhlas untuk mengrezabkan tanah adat masyarakat Orang Asli secara memberi TITLE yang sah jangan memberi janji kosong kerana tiada surat hitam putih? Jangan memberi Rezab Orang Asli melalui Hebahan mulut tetapi member pelan yang sebenar yang telah digezet yan dipersetui masyarakat Orang Asli.
YB. Fauziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan (PKR)
Beliau menyatakan bahawa dinegeri pahang sahaja melibatkan hamper dalam 60 000 orang masyarakat orang asli dan melahirkan kebimbangan terhadap kerosakan 42 000 ekar di Negeri Pahang melibatkan tanah adat masyarakat Orang Asli. Beliau juga berkata jika masyarakat Orang Asli bersatu daripada seluruh Malaysia beliau bersedia menjadi wakil untuk menuntut hak masyarakat Orang Asli.
YB. N.Gobala Khrisnan Ahli Parlimen Padang Serai (PKR)
Beliau menyatakan kerajaan mestilah lebih demokrasi dalam memberi hak tanah adat terhadap masyarakat Orang Asli dan menuntut satu sistem infrastruktur yang baik dan persetujuan bersama dalam menyelesaikan masalah Orang Asli.
YB. Jayakumar Ahli Parlimen Sg. Siput (PSM)
Menyeru Orang Asli percayakan diri sendiri untuk mempertahankan Hak Tanah Adat. Juga, beliau mahu masyarakat Orang Asli meluahkan rasa tidak puas hati melalui tandatangan 50 000 masyarakat Orang Asli daripada akar umbi. YB. Jayakumar menyatakan bahawa pakatan pembangkang tidak cukup kuasa untuk menuntutnya tetapi memerlukan GERAKAN DARI BAWAH untuk mendesak kerajaan.
P/S Antara YB lain yang hadir ialah Siti Mariah Mahmud MP Kota Raja (PAS) dan Haji Mohsin MP Bagan Serai (PKR). Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Jayakumar kerana membelanjakan kami jamuan tengah hari dengan wang sendiri walaupun ada yang tidak cukup berbanding dengan YB-YB. BN kedekut walaupun hanya untuk makan tengah hari walaupun kaya-raya dengan projek kerajaan. Syabas PR kerana Berjaya menonjol imej yang baik.

bantahan dasar pemberimilikan tanah

BANTAHAN DASAR PEMBERIMILIKAN TANAH

Jaringan Orang Asal Se-Malaysia(JOAS) yang meliputi wakil dari negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang diketuai Oleh Cik Tijah Yok Chopil membantah Dasar Pemberimilikan Tanah terhadap Orang Asli kerana tanpa melibat masyarakat Orang Asli akar umbi dan dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam.

Dasar Pemberimilikan Tanah yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara seperti ada tangan ghaib yang telah mengarahkan supaya dasar ini diperkenalkan kerana kemenangan kes Sagong Tasi di Mahkamah Tinggi pada 2001.

Dasar ini ialah satu dasar yang zalim terhadap masyarakat orang asli sepanjang 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan menekan masyarakat tersebut dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Dasar ini telah mencabuli hak asasi manusia Orang Asli sebagai masyarakat asal Malaysia. Dasar yang tanpa jiwa dan mengambilkira sosio-budaya masyarakat Orang Asli dan juga telah melanggari perjanjian Antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia pada 2007 iaitu UN-DRIP.

Antara kandungan dasar zalim tersebut:

1. memberi ladang seluas 2 hingga 6 ekar mengikut kemampuan negeri dan

2. tapak rumah seluas 5000 kaki persegi hingga ¼ ekar

(bahagian 3d (1) (2))

3. sekiranya terdapat lebihan tanah setelah ditolak bahagian KIR Orang Asli di sesuatu kawasan yang layak diberikan milik tanah, maka lebihan tanah tersebut boleh dipertimbangan pemberimilikan kepada Orang Asli di kawasan lain.

4. sekiranya keluasan tanah tidak mencukupi mengikut nisbah keluasan yang dicadangkan untuk diberi milikan kepada KIR Orang Asli seperti di perenggan 19 (d), pemberimilikan tanah adalah mengikut nisbah keluasan yang lebih kecil, kecuali mereka bersedia untuk berpindah ke kawasan Orang Asli lain yang dipilih oleh kerajaan negeri.

5. setiap KIR Orang Asli hanya akan mendapat hak milik sekali sahaja di bawah Dasar ini dan tidak boleh menuntut hak milik :

Bagi tanah lain dalam kawasan Orang Asli yang sama dan kawasan yang lain.

Bagi mana-mana petempatan baru yang dibuka oleh KIR yang sama yang telahpun diberi hak milik sebelum ini di bawah Dasar ini.

6. KIR Orang Asli yang mendapat faedah dari Dasar ini, tidak boleh menuntut apa-apa pampas an, ganti rugi atau membawa sebarang tuntutan ke mahkamah ke atas tanah yang dinamakan kawasan rayau/saka.

7. sekiranya berlaku kematian setelah hak milik didaftarkan, tanah tersebut akan diturunkan milik (transmission) dan setiap pemilik baru hendaklah menandatangani perjanjian dengan pemaju pembangunan.

Kesimpulannya Orang Asli seperti ayam hutan liar yang tidak faham apa-apa hanya pihak luar seperti JHEOA sahaja berkuasa penuh bermula daripada kelahiran dan kematian masyarakat Orang Asli.