Search This Blog

Saturday, March 14, 2009

Pembangunan Sosial

Kuala Krau 15 March, tahukah anda apakah makna perkataan Jahut? Perkataan Jahut ialah berasal daripada dua patah perkatan iaitu JAH dan HUT. Perkataan JAH bererti manusia dan Hut ialah berbeza. Makna penggabungan perkataan tersebut dapat difahami sebagai orang yang berbeza, berbeza daripada segi adat resam dan sosio-ekonomi dan cara hidup. Namun pada masa ini masyarakat Jahut tidak ada bezanya dengan masyarakat lain di Malaysia. masyarakat ini juga mempunyai hak yang sama rata sebagai kaum pribumi dan orang asal di Malaysia. Masyarakat ini penting kepada Malaysia dalam aspek POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI. Pembangunan sosial perlu dalam masyarakat Orang Asal dimana mereka perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam pembangunan. masyarakat Orang Asal pada masa ini bukanlah masyarakat yang statik tetapi masyarakat sudah bersedia menerima pembangunan dan amat dahagakan sebarang kemujuan di Kuala Krau ini. Kesediaan masyarakat ini untuk menerima perubahan dan pembangunan merupakan satu paradigma untuk kerajaan untuk membangunkan masyarakat JAHUT khususnya dan Orang Asal di Malaysia. Sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar untuk membangunkan masyarakat Orang Asal jika memahami budaya dan menjenguk sedikit tentang kehidupan mereka. kesukaran untuk membangunkan masyarakat Jahut adalah satu alasan pihak tertentu untuk menutup kelemahan diri sendiri. kaedah seperti DEB ialah sesuai untuk masyarakat Orang Asal. dimana bantuan yang diberikan amat menyeluruh dan seimbang baik dalam aspek pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi yang rata. Ketiga-tiga elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain. Peningkatan taraf pendidikan masyarakat Orang Asal berkaitan dengan soal pembanguan ekonomi. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan sesuai membolehkan pendidikan anak-anak berterusan sehingga ke peringkat terting tinggi. Soal kesihatan mempengaruhi ekonomi dan pendidikan. kesihatan yang baik dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan pendidikan dengan selesa tanpa seberang masalah.


Monday, March 9, 2009

Sebut sahaja tentang Orang Asli, ada segelintir masyarakat Malaysia tidak menyedari tentang kewujudan masyarakat minoriti ini. Walaupun terdapat segelintir daripada masyarakat perdana menyedarinya tetapi tidak mengambil kisah tentang kehidupan komuniti ini. Gambaran ini menunjukan masyarakat luar kurang memberi perhatian kepada masyarakat asal ini. Menurut Hasan Mat Nor (2000), mengistilahkan masyarakat ini sebagai masyarakat ‘Pinggiran’. Ini bermakna, masyarakat Orang Asli adalah satu masyarakat yang masih mundur dan terpinggir dalam pelbagai aspek kehidupan. Disamping itu, pihak kerajaan juga walaupun cuba membantu membangunkan masyarakat ini namun pembagunan yang dilakukan begitu lembab dan kurang berkesan untuk membasmi tahap kemiskinan dalam masyarakat ini. Hal ini terjadi kerana tumpuan yang tidak menyeluruh dan menganggap masyarakat ini tidak penting kepada keperluan pembagunan negara dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, masyarakat Orang Asal telah diberikan pelbagai gelaran seperti Sakai, Orang Darat dan Semang. Menurut Hasan Mat Nor (2001), masyarakat Malaysia lain menggelarkan masyrakat Orang Asli berbagai-bagai nama antaranya Semang, Sakai, Semang dan Pangan. Kesemua gelaran membawa konotasi yang tidak baik dan prejudice terhadap komuniti ini. Gelaran ini telah diberikan kerana pelbagai sebab diantaranya ialah kerana kedudukan dan penempatan masyarakat ini terletak di kawasan hutan dan terpisah daripada dunia luar. Walaubagaimanapun, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, masyarakat orang asal ini merupakan rakyat dibawah naugan pemerintahan kesultanan Melayu Melaka. Dimana pada masa ini, terdapat hubungan yang agak rapat diantara Orang Asli dengan orang Melayu. Pengasingan masyarakat asal ini berterusan malalui penggubalan Akta 134 (Akta Orang Asli 1954) dalam perlembagaan Malaysia . Dimana dalam fasal 14 dalam akta ini, menyatakan kawasan Orang asli adalah kawasan larangan. Dalam fasal ini orang luar tidak dibenarkan masuk dan perintah keluar daripada kawasan Orang Asli atau akan didakwa dan akan didenda tidak melebihi daripada satu ribu ringgit.Pada masa kini, perlembagaan atau perundangan tentang masyarakat Orang Asli tidak pernah berubah atau dilakukan adaptasi dengan keadaan semasa. Dewasa ini kita melihat tiada perubahan yang ketara berlaku dalam pembangunan masyarakat Orang Asli. Terutamanya, tahap kemiskinan komuniti Orang Asli masih lagi dibawah tahap kemiskinan tegar. Walaupun kehidupan Orang Asli masih agak terasing dengan dunia luar namun jarak perhubungan masyarakat ini dengan masyarakat luar sudah terbuka dan tiada lagi sempadan yang menghalang komuniti ini terhadap kedatangan orang luar. Orang Asli sudah mempunyai pemikiran yang positif dan bersedia untuk menerima kedatangan orang luar sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau orang persendirian. Kedatangan orang luar ini mempunyai kuasa-kuasa tertentu yang boleh merubah kehidupan Orang Asli. Secara langsung atau tidak langsung kedatangan kuasa-kuasa luar ini telah mempengaruhi dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam kehidupan komuniti ini kepada tahap kehidupan yang baru.