Search This Blog

Thursday, July 30, 2009

ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA

Baru-baru ini akhbar arus perdana sengaja membangkitkan isu perkauman. Persoalanya relevankah isu tersebut sengaja dibangkitkan?. Malaysia telah mencapai kemerdekaan sudah 50 tahun. Kenapa isu tersebut dibangkitkan? Isu tersebut sengaja dibangkitkan untuk mengadu domba rakyat malaysia. malysia sebuah negara hampir berusia 50 tahun, bayangkan seorang bapa berumur 50 tahun telah mempunyai beberapa orang anak dan beberapa orang cucu. Pada tahap ini bapa tersebut sudah berada pada tahap matang dan menyedari asam garam kehidupan
begitulah perumpamaan untuk malaysia. Jesteru isu-isu perkauman tidak wajar dibangkit untuk mempertahankan kekuasaan. Rakyat Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan pelbagai etnik. Adalah tidak relevan lagi parti perkauaman bertakta di hati rakyat. Dalam hal ini media tidak harus menjajah pemikiran rakyat terutamanya yang tinggal di pedalaman. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah berkerjasama dan bersatu sebelum slogan satu malaysia, rakyat diutamakan. Slogan ini bertentang dengan isu yang dibangkitkan oleh media kawalan mereka. Dalam hal ini rakyat semakin terkeliru dengan padangan top down pemerintah.
Jesteru parti politik berbilang kaum adalah amat sesuai untuk dijadikan wadah menyampaikan suarak rakyat bukannya parti yang dibelenggu kepompong perkauaman. Malaysia tidak bergerak hadapan jika halangan perkauman tidak diatasi dan hanya mementingkan satu kaum. Realiti dan bukannya fastasi malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
Pandangan hanya BN sehaja yang boleh memerintah haruslah dibuang kerana parti lain juga layak untuk memerintah Malaysia kerana parti lain juga terdiri daripada manusia bukanya robot. Manusia mempunyai fikiran yang waras. Lepasi kepompong perkauman untuk menjadi warga malaysia yang prihatin. Kaum bumiputera jangan risau selagi ada perlembagaan hak rakyat tetap dipelihara. Contohi amerika syaraikat terdapat dua sistem parti dalm pemerintahan mereka. Demikrasi mereka lebih tulen daripada malaysia.

Hak-hak orang asal

Resolusi Badan Peguam Malaysia berkenaan hak-hak Orang Asli..

Resolusi Badan Peguam Malaysia berkenaan hak-hak Orang Asli, mendapat sokongan sebulat suara di Mesyuarat Agung Badan Peguam Malaysia yang diadakan pada 14 Mac 2009 di Kuala Lumpur. [Bilangan ahli terkini adalah lebih kurang 13,000 peguam]

Badan Peguam Malaysia,

mengambil perhatian bahawa Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu wajib mempertahankan nilai-nilai yang mendasari undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa seperti yang termaktub, antara lainnya, dalam Perisytiharan Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik 1966 dan Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya 1966;

mengambil perhatian bahawa Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979 dan Konvensyen Terhadap Hak-Hak Kanak-Kanak 1989, dan telah menandatangani Konvensyen Terhadap Hak-Hak Orang Kurang Upaya 2006 yang mana, antara lainnya, memberikan perlindungan kepada golongan yang mudah terjejas seperti wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya di Malaysia;

mengambil perhatian bahawa Malaysia telah mengundi, di Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menerimapakai Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007 yang, antara lainnya, mengulangi hak-hak Orang Asli dalam menentukan nasib mereka sendiri;

didorong oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kerajaan Negeri Selangor & Ors v Sagong Tasi & Ors [2005] 4 CLJ 169 yang mengiktiraf hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di bawah undang-undang lazim;

didorong oleh perkembangan terbaru pengenalan dan penubuhan “Badan Bertindak Mengenai Hak-Hak Tanah Orang Asli” oleh Kerajaan Negeri Perak (di bawah Pakatan Rakyat);

amat prihatin bahawa tanah adat Orang Asli menerima ancaman berterusan yang dilakukan atas nama “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli);

amat prihatin bahawa sungguhpun Kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli namun sebaliknya Orang Asli sering dipaksa melepaskan tanah adat mereka kepada syarikat berkaitan Kerajaan atau swasta, atau atas alasan usahasama;

amat prihatin bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah gagal memenuhi tanggungjawab fidusiarinya untuk memperkasa dan membantu kebajikan Orang Asli, malah terlibat sama dalam perlanggaran hak-hak Orang Asli;

amat prihatin bahawa sesungguhnya implementasi polisi-polisi integrasi telah mengakibatkan penempatan semula Orang Asli secara paksa, memisahkan mereka daripada sumber mata pencarian untuk hidup mereka, cara hidup dari segi fizikal dan rohaniah mereka dan warisan ekonomi, sosial dan budaya mereka yang telah diamalkan dan dikembangkan sejak berabad-abad lamanya;

amat prihatin bahawa majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka oleh kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan;

amat prihatin bahawa dalam usaha menjustifikasikan polisi “pembangunan” serta tindakan menempatkan semula dan mengintegrasikan Orang Asli, pihak berkuasa cuba menggambarkan Orang Asli sebagai menentang perubahan-perubahan yang dikatakan untuk kebaikan Orang Asli sendiri;

amat prihatin bahawa walaupun permintaan dan rayuan seringkali dibuat kepada pihak berkuasa, tanah adat Orang Asli masih belum diiktiraf dan dilindungi dengan sepenuhnya;

mengambil perhatian bahawa sesungguhnya tiada penyelesaian mudah atau satu penyelesaian sahaja kepada pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli kerana masalah-masalah yang dihadapi bergantung kepada tempat dan komuniti berkenaan;

mengambil perhatian bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan sedia ada bagi pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli bergantung kepada keperluan-keperluan masyarakat Orang Asli yang berkenaan, antara lainnya:
(a) pemberian hakmilik tanah secara individu kepada setiap keluarga Orang Asli;

(b) pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri yang berkenaan, di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara;

(c) pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal di bawah Akta Orang Asli 1954 dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian-bahagian tanah komunal yang telah diwartakan; dan

(d) dalam kes-kes berkecuali iaitu yang berhubungkait dengan masyarakat Orang Asli yang hidup secara separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas, peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi pendidikan dan bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka);

amat prihatin bahawa kebanyakan komuniti Orang Asli tinggal tanpa kemudahan asas, ameniti-ameniti dan infrastruktur

mengiktiraf bahawa Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai tetapi mudah terjejas, dan kehidupan, kebudayaan dan tanah adat mereka berhak mendapat perlindungan kita;
1. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta supaya menghormati hak-hak Orang Asli sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak tersebut.

2. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, melalui perundingan dan kerjasama dengan Orang Asli, supaya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, termasuk melalui aspek perundangan, dalam usaha mencapai maksud dan tujuan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007.

3. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta menghentikan apa jua bentuk “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli), pembersihan hutan dan aktiviti-aktiviti pembalakan di atas tanah adat Orang Asli sehingga proses perundingan dengan masyarakat yang terjejas dijalankan, dan kebenaran bebas, yang natijah dan maklumat-maklumatnya dijelaskan terlebih dahulu, serta kerjasama diperolehi daripada masyarakat yang terbabit.

4. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dan mewartakan tanah-tanah adat sebagai kawasan simpanan Orang Asli, dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai. Dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan keraguan, pemetaan yang dilakukan dengan rundingan dan kerjasama dari masyarakat Orang Asli hendaklah dilaksanakan.

5. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mengadakan dan menjadi penganjur kepada sesi perundingan kebangsaan dengan masyarakat Orang Asli, badan-badan yang berkenaan dan pihak-pihak yang terbabit untuk membincangkan, mereka dan menerimapakai satu rangka kerja yang menyeluruh untuk dilaksanakan bagi menambahbaik kehidupan masyarakat Orang Asli termasuk memberikan setiap individu Orang Asli keseluruhan hak-hak yang dijamin di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa.

6. Dengan lantangnya menyeru supaya sebuah “Badan Bertindak Peringkat Tertinggi Berkaitan Hal Ehwal Orang Asli” yang bebas ditubuhkan dengan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat Orang Asli, Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Peguam Negara, badan-badan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan hak-hak asasi manusia dan Majlis Peguam, antara lainnya, untuk mempertimbangkan pindaan-pindaan yang perlu ke atas Akta Orang Asli 1954 konsisten dengan undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa, dan untuk merumuskan polisi-polisi serta menyelaraskan inisiatif-inisiatif yang disasarkan untuk memperbaiki tahap perlindungan hak-hak masyarakat Orang Asli di negara ini.

7. Memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk mengambil dan meneruskan langkah-langkah yang sesuai dan perlu bagi mengimplementasi, membantu dan memperkasakan masyarakat Orang Asli dalam perjuangan mereka mengangkat martabat dan melindungi hak-hak mereka di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa.
OLEH : FAIZAL MUHARAM

Sunday, July 26, 2009

Kampung yang Terpinggir..

Kuala Krau, 27 Julai 2009. Sebut sahaja perkampungan Orang Asal Kuala Krau masih ramai yang tidak mengetahuinya. Sebenarnya di Kuala Krau merupakan pusat rumpun Orang Asal suku kaum Jahut. Jumlah sebenarnya masyarakat Jahut ialah sebanyak 8000 Orang jiwa. Statistik yang dikeluarkan oleh JHEOA , 2003 menghampiri 6000 orang jiwa. Di Kuala Krau terdapat 9 buah perkampungan Orang Asli dan 2 buah kampung terdapat di Jerantut.
Di antara banyak kampung tersebut, kampung Lubok Wong adalah yang terpinggir kerana perkampungan tersebut tidak mempunyai ketua atau batin. Saya sebagai setiuasaha yang dilantik oleh penduduk kampung telah 2 kali menghantar surat permohonan mewujudkan batin tetapi sampai sekarang masih tidak seberang jawapan daripada pihak terbabit.
Banyak kali penduduk kampung tersebut bertanyakan hal tersebut namun sampai sekarang saya pun tidak tahu menjawabnya. Sebenarnya kampung Lubok Wong termasuk dalam Kampung Pian, jesteru, terdapat campur tangan pihak ketiga yang cuba menghalang permohonan tersebut. Pihak terbabit takut elaun yang diterimanya secara bulanan akan berkurangan setelah kampung Lubok Wong mempunyai batin sendiri.
Banyak faedahnya kampung Lubok Wong mempunyai seorang batin sendiri, dimana seorang batin boleh merangka pembangunan kampung, mentadbir kampung dan menyelesaikan permasalahan kampung. Hal ini terjadi kerana hanya Kampung Pian sahaja yang menerima pemabungunan misalnya rumah PPRT namun dan segala urusan pembanguan penduduk kampung pian yang menerima faedah. Walaupun pembanguan ekonomi Kampung Lubok Wong bolehlah dikatakan meningkat sedikit namun pembangunan lain masih terpinggir. Kepada pihak yang berkenan tolong percepatkan permohonan pihak kami.

Wednesday, July 22, 2009

Tabik Hormat.."BOS"

Kuala Krau, 23 Julai 2009. Baru-baru ini saya berjumpa dengan saudara Yusri bin ahon di kuala Krau. Saya tabik tanda hormat kepada beliau kerana mengagumi keberanian dan kejujuaran beliau dalam memperjuangkan nasib Orang Asli. Beliau boleh dikatakan sebahai pejuang yang sejati dan "Pahlawan Jahut".
Beliau adalah perjuang sejati kerana sanggup berjuang untuk mendapatkan hak dengan mengorbankan teaga, masa dan wang ringgit yang banyak.
Syabas saya ucapkan kepada saudara Yusri bin Hon. Teruskan perjuangan sampai titisan darah yang terakhir.

Tuesday, July 21, 2009

"AKU JAHUT" EPISOD 3

Aku, Yon, Khai, Amli, Amin, Naz dan Anuar adalah pelajar tingkatan 6 atas ekonomi ABS adalah sahabat karib dulu sehingga kini. Aku dan Yon tinggal di Kuala Krau. Khai tinggal di Kampung Bangau Tanjung, Naz tinggal di Kampung Lipat Kajang, Amli di Kampung Batu 11, Anuar di kampung Paya Keladan dan Amin tinggal di Kampung Lubuk Kawah.
ABS sebuah sekolah yang meninggalkan sweet memory kat aku dengan team-team aku. Cikgu-cikgu baik, best dan paling supporting. Masa tu aku tidak belajar sangat, aku banyak relax-relax dengan team-team aku. Study biar lepak result biar gembak konon. Pendek kata kat ABS aku langsung tidak ada tekanan untuk menghadapi STPM.
Masa yang paling lucu aku dan member-member masuk futsal ABS. Si Yon sebagai ketua pasukan beriya-iya ingin masuk kejohanan tersebut. Alamak !! semua member-member aku semuanya kaki bangku kecuali aku dengan Yon yang pernah mewakli sekolah.
Bila tiba time main, hanya aku dengan yon sahaja yang bertindak sebagai pemain tengah dan penyerang. Member-member lain hanya berkubu di depan gawang sendiri. Oleh kerana kitaorang hanya menggunakan taktik bertahan menyebabkan pasukan 6 Atas Kemanusiaan, 6 Atas sastera dan Pasukan Futsal ABS berasa tidak puas hati. Pernah sekali pasukan Futsal ABS yang barisi pasukan sekolah hampir-hampir mencetuskan pergaduhan. Namun, nasib baik ada cikgu Zamzuri yang bijak dan bertindak pantas.
Team aku menang sebagai naib juara kalah kepada 6 Atas Sastera dengan jarangan 0-1. kesimpulannya, walaupun team tidak pandai main tetapi taktik dan semangat berpasukan menyebabkan kejayaan kami. Begitulah juga Orang Asal kena bijak dan bersatu hati dalam perjuangan,

Analisis politik terkini dalam perkampungan Jahut

Kuala Krau, 22 Julai 2009. Jika awal tahun 1980-an sehingga 1990-an perkampungan masyarakat Orang Asli jahut terkenal sebagai kubu kuar BN. Pihak pembangkang sukar memasuki dan menyakinkan masyarakat Jahut di kuala krau. Setiap kali pilihanraya DUN Jenderak berjaya mempertahankan kerusinanya. Faktor kemenangan DUN Jenderak kerana sokongan 100% masyarakat Jahut terhadap BN.
Namun, entah apa silapnya sokongan masyarakat Jahut telah berpecah dua kepada BN dan PR pada PRU yang lalu. Pihak BN bingung kenapa tiba-tiba undi masyarakat Jahut telah berubah. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Perubahan undi masyarakat Jahut juga hampir-hampir membawa PKR di bawah pimpinan Haji Suhaimi Said memperolehi kemenangan cuma dipisahkan oleh majoriti 1000 perbezaan undi.
Faktor perubahan undi masyarakat Jahut adalah kerana tidak percaya lagi dengan janji kosong kerajaan dalam membantu masyarakat Jahut. Malahan dalam setiap konflik yang berlaku misalnya soal saman PERHILITAN terhadap masyarakat Jahut, pihak JHEOA tidak menyokong malahan menyalahkan pihak Jahut.
Sebenarnya, Orang Asli suku kaum Jahut juga perlukan sokongan moral dan perhatian daripada kerajaan untuk membantu mereka setiap masa bukan hanya tiba musim pilihanraya. Walaupun JHEOA juga memberi bantuan kepada Orang Asli tetapi tidak ikhlas dan menyatakan masyarakat tersebut dibelakang dengan ungkapan " masyarakat yang beruntung". Tetapi jangan lupa masyarakat Orang Asli juga boleh menilai keikhlasan pemberian bantuan tersebut. Masyarakat Jahut perlukan "talian jiwa" iaitu kasih dan sayang. Dalam hal ini masyarakat tersebut perlukan sokongan moral dan tempat perlindungan. Dalam hal ini Hj. suhaimi Said dan saudara Yusri Ahon perlu mendekati masyarakat tersebut setiap masa. Masyarakat tersebut perlukan hubungan berbentuk hubungan kekeluargaan yang erat. Misalnya sama-sama duduk berbincang diberanda rumah denagn kata lain "tiada double standart". Makan sama-sama bersila dengan penduduk kampung bukanya melayan pemimpin di tempat yang special.

Friday, July 17, 2009

I'm back...

Asalamuailaikum dan salam sejahera... saya mengucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat baru yang berjaya menjadi pengukut blog saya yang tidak cantik ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya telah kembali. I'm back. saya akan kembali dengan isu-isu yang baru dan bernas untuk tetapan umum. Ramai yang bertanya kepada saya senyap?
Bukan ada apa-apa saya berehat sekejap dan menolong keluarga serta membuat pemerhatian di perkampungan masyarakat orang Jahut di Kuala Krau. Cerita baru yang saya dapat, saya dimarahi oleh seorang pak cik sebab kenapa senyap begitu lama. Saya tidak melenting sangat kerana ini bermakna kehadiran saya mula diterima oleh masyarakat GOLONGAN TUA dalam masyarakat Jahut. TERIMA KASIH kepada sahabat-sahabat baru iaitu cik Lislas, Nur_ oyuki dan Mas. Berjuanglah demi Orang Asal. sekian Wasalam.