Search This Blog

Thursday, July 30, 2009

ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA

Baru-baru ini akhbar arus perdana sengaja membangkitkan isu perkauman. Persoalanya relevankah isu tersebut sengaja dibangkitkan?. Malaysia telah mencapai kemerdekaan sudah 50 tahun. Kenapa isu tersebut dibangkitkan? Isu tersebut sengaja dibangkitkan untuk mengadu domba rakyat malaysia. malysia sebuah negara hampir berusia 50 tahun, bayangkan seorang bapa berumur 50 tahun telah mempunyai beberapa orang anak dan beberapa orang cucu. Pada tahap ini bapa tersebut sudah berada pada tahap matang dan menyedari asam garam kehidupan
begitulah perumpamaan untuk malaysia. Jesteru isu-isu perkauman tidak wajar dibangkit untuk mempertahankan kekuasaan. Rakyat Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan pelbagai etnik. Adalah tidak relevan lagi parti perkauaman bertakta di hati rakyat. Dalam hal ini media tidak harus menjajah pemikiran rakyat terutamanya yang tinggal di pedalaman. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah berkerjasama dan bersatu sebelum slogan satu malaysia, rakyat diutamakan. Slogan ini bertentang dengan isu yang dibangkitkan oleh media kawalan mereka. Dalam hal ini rakyat semakin terkeliru dengan padangan top down pemerintah.
Jesteru parti politik berbilang kaum adalah amat sesuai untuk dijadikan wadah menyampaikan suarak rakyat bukannya parti yang dibelenggu kepompong perkauaman. Malaysia tidak bergerak hadapan jika halangan perkauman tidak diatasi dan hanya mementingkan satu kaum. Realiti dan bukannya fastasi malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
Pandangan hanya BN sehaja yang boleh memerintah haruslah dibuang kerana parti lain juga layak untuk memerintah Malaysia kerana parti lain juga terdiri daripada manusia bukanya robot. Manusia mempunyai fikiran yang waras. Lepasi kepompong perkauman untuk menjadi warga malaysia yang prihatin. Kaum bumiputera jangan risau selagi ada perlembagaan hak rakyat tetap dipelihara. Contohi amerika syaraikat terdapat dua sistem parti dalm pemerintahan mereka. Demikrasi mereka lebih tulen daripada malaysia.

2 comments:

  1. Selamat petang..
    Saya setuju dengan saudara, memang sistem politik Malaysia amat memerlukan penglibatan parti daripada golongan pelbagai kaum. Saya cuma kurang bersetuju dengan ungkapan hanya BN sahaja yang dapat memerintah, BN adalah diumpamakan sebuah kapal yang nakhodanya perlu terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Setiap bangsa dan kaum harus bersatu padu didalamnya. Jika tidak kapal ini akan tiada hala tuju dan akhirnya tenggelam. Mana parti politik OA Jahut? kenapa mesti diberikan pada satu-satu etnik atau bangsa sahaja? BN bukan beerti UMNO atau Melayu. BN juga boleh jadi dengan penglibatan orang Jahut. Kalau kita asyik menentang dan bergaduh sesama sendiri disebabkan perbezaan fahaman politik, maka tiada bezanya kita dengan apa yang kamu ungkapkan sebagai asyobiah semasa zaman jahiliah dahulu. jadi berfikirlah sewarasnya..

    ReplyDelete
  2. bn terdiri daripada umno-melayu,mca-cina, mic- india dan lain-lain.

    ReplyDelete