Search This Blog

Monday, March 22, 2010

Orang Asal Tiada hak dalam politik?

Kerap Kali Special Branch menasihati Orang Asal apabila berjuang menuntut hak jangan melibatkan dengan politik. why? Tiada jawapan yang konkrit. Penyokong Umno TEGAR juga berpandangan yang sama. Namun, apabila sekumpulan Umno Penderas membuat laporan polis terhadap Dato' Nik Aziz pula dibolehkan. why? Jawapan kumpulan ini, orang asal mempunyai Hak untuk dasar pemilikan tanah yang adil. Saya menjawab, kalaulah Orang Asal ada Hak terhadap tanah kenapa tidak ada hak pula dalam politik. Dalam Perlembagaan Malaysia dan UN-DRIP juga menyatakan bahawa Orang Asli ada Hak untuk menyertai politik. Jelaslah ada pihak yang cuba menafikan hak berpolitik dan cuba memperbodohkan Orang Asal.
saya pula dicopkan bukan Orang Asal. WHY? Because i am a muslim. I do not understand. Yes, i am a muslim but not a malay. Saya seorang seorang sarjana yang mempunyai Ijazah dalam bidang ANTROPOLOGI dan SOSIOLOGI. Saya juga boleh kirakan pakar dalam kedua-dua bidang tersebut. Namun saya tidak setanding dengan Dr. Syed Hussin Ali, Hasan Mat Nor dan Dr. Collin Nicolas tetapi pakar dalam adat dan budaya Orang Asli. Tesis saya yang berjudul PERUBAHAN DAN IMPAK SOSIAL DIKALANGAN ORANG ASAL telah diberikan markah A dan melayakan saya menerima ijazah. Saya juga hairan ada pihak yang mengatakan saya bukan Orang Asal. Pada hal di Universiti definisi Orang Asli adalah permainan tidur saya sahaja. Ada pihak memperkecil kebolehan saya. Maklumlah umur baru mencecah 24 tahun. Mereka cakap BUDAK MENTAH. Tetapi bila berjumpa mengelak dan menghilangkan diri secepat mungkin. Takut nak berdebat rupanya hanya pandai lempar batu sembunyai tangan.
kenapa SB dan penyokong tegar menghalang Orang Asal untuk menyertai politik terutmanya pembangkang?. Jawapannya, takut segala rahsia dan keburukan mereka diketahui dan disedarkan. kerapa apa? Politik adalah berkaitan dengan DASAR. Kekeliruan ini bukan sahaja kepada Orang Asal bahkan masyarakat Orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung. Disini, saya sertakan buktinya bahawa politik berkaitan dengan dasar kerajaan. Misalnya, Dasar pemberimilikan yang dirancangkan langsung menjahanamkan dan menghapuskan identiti Orang ASAL. Dalam dasar tersebut telah dinyatakan Orang ASAL HANYA boleh memiliki tanah 2-6 ekar sahaja. Jika keluasa tanah sedikit hanya dapat 2 ekar sahaja untuk KIR. Jika sesuatu kawasan mempunyai ramai pendudduk tetapi tanah adalah tidak cukup maka akan dipindahkan sesuka hati dan yang menyebabkan Orang Asal tiada Hak ialah dibawah DASAR TERSEBUT ORANG ASLI TIDAK BOLEH MENUTUT PAMPASAN DAN MEMBAWA KE MAHKAMAH.
Persoalanya siapakah yang membuat Dasar tersebut? Jawapannya adalah pihak kerajaan. Siapa pula kerajaan? Kerajaan terbentuk daripada parti pemerintah? Siapa ? JAWAPANNYA adalah Barisan Nasional (BN). Kerajaan BN Telah membuat Dasar tanpa melibatkan perbincangan dengan masyarakat akar umbi Orang Asal. Bandingkan pula dengan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor telah mengutamakan rakyat kemahuan rakyat. Buktinya dalam KEMENANGAN Kes SAGONG TASI di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerajaan Selangor sanggup menarik kes tersebut daripada disambung di Mahkamah Rayuan. Walaupun Kerajaan Persekutuan daripada BN membantah tindakan kerajaan Selangor malahan Kerajaan PKR Selangor menuntut pusat membayar pampasan segera kepada masyarakat Orang Asal Bukit Tampoi. SYABAS PKR !

PM perlu mintak maaf

Sejak akhir-akhir ini berita tentang isu kaum Jakun menjadi isu besar dan serius dalam negeri Pahang. Isu ini telah menjadi perdana setelah peranan pihak polis, media dan Umno yang memanipulasikan keadaan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Saya selaku ketua Penerangan Biro Orang Asal Keadilan Negeri Pahang berasa amat kesal perkara tersebut telah berlaku namun berita penggunaan perkataan Jakun tersebut merupakan satu berita salah faham antara pemimpin tertinggi parti sahabat PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap makna Jakun. Selain daripada itu, saudara Hj Mohamed Sabu juga sering menggunakan perkataan yang sama semasa berceramah. Kekesalan PKR Negeri Pahang terhadap perkara sensitif ini telah menyebabkan pihak MPN telah mengutus surat penjelasan dan berharap perkara tersebut tidak berlaku kemudian hari.
kekesalan kedua adalah tentang rancangan pihak polis, media dan Umno ini untuk kepentingan politik mereka. Di Paya Mengkuang pihak polis telah menggunakan Orang Asal suku kaum Jahut untuk menjayakan tipu muslihat mereka. Mereka telah menggunakan Batin Indris on, saudara Roman Achai, Man Ninggeh dan seorang kawan lagi untuk menjadi alat atau sampel supaya isu tersebut keluar media. Menurut Man dan Roman mereka telah dibawa oleh pihak polis untuk satu program yang dirahsiakan. Mereka telah dibawa oleh pihak tersebut dari rumah ke balai polis Temerloh. Disana telah tersedia report dan statement percuma. Roman dan kawan-kawan cuma pegang dan gambar diambil oleh Utusan Malaysia. Saya kesal kerana permainan kotor pihak terbabit.
Jika benar pihak ini betul-betul mahu membantu masyarakat Orang Asal mereka juga perlu mengajak kumpulan Pak Turut Orang Asal Kg. Penderas yang begitu bangga memperjuangkan isu kaum Jakun yang telah tersiar di Sinar Harian bangkit membuat laporan Polis terhadap Perdana Menteri Malaysia kerana menghina Orang Asal dengan panggilan SAKAI. Perkataan SAKAI membawa Konotasi dan membawa maksud yang menghina. Penghinaan muncul setelah beliau memenangi PRU 1999 dengan majoriti 200 undi SAKAI. Maksudnya belilau menghina seluruh Orang Asal di semenanjung bukan sahaja kaum Jakun di Pekan. PKR juga mahu beliau meminta maaf secara terbuka kepada Orang Asal. Beliau adalah warga Pahang jesteru beliau perlu memahami adat dan budaya Orang Asal berbanding Mohamed Sabu dari Pulau Pinang yang tiada masyarakat tersebut. Dato' Nik Aziz dari Kelantan pula mungkin tidak faham tentang suku kaum Jakun kerana di Kelantan hanya ada kaum Semai, Jahai dan Temiar. PM PERLU MINTA MAAF KEPADA ORANG ASAL SEMENANJUNG MALAYSIA.

Wednesday, March 17, 2010

TAHNIAH,TAHNIAH DAN TAHNIAH.

Tahniah daripada saya kepada semua Orang Asal yang menyertai perhimpunan membantah Dasar pemberimilikan Tanah semalam (17.03.2010). Saya mewakili Jaringan Kampung Orang Asal Pahang mengucapkan Terima Kasih daun keladi. Penghargaan kepada masyarakat Orang Asal semenanjung Malaysia yang celik yang datang hampir 3000 orang.
walaupun kehadiran mereka menggunakan perbelanjaan sendiri sumbangan daripada sesiapa tetapi sanggup datang hanya berbekalkan modal RM 30.00 untuk tambang bas dan membawa bekal makanan sendiri dariada rumah. Saya berasa bangga dan terharu atas pengorbanan Orang Asal semalam. Tidak pernah saya berasa amat gembira seperti pada hari ini. Terima kasih juga kepada sahabat saya Salhan K Ahamd daripada Malaysiakini yang menyiarkan berita tersebut dengan jujur.

SALAM PERJUANGAN dan SALAM REFORMASI

Ramli Lugan,

Pengarah Sakretariat,
Biro Orang Asal Keadilan Negeri Pahang,
No 37, bangunan Mara,
Jalan Besar Temerloh-Jerantut,
28050 Kuala Krau,
Pahang Darul Makmur.

H/P 014-8685163

Guru masuk hospital

Saya dan AJK cabang PKR Kuala Krau berasa sedih dan susah hati kerana Haji Suhaimi Said sudah dua minggu dimasukan ke hospital kerana sakit. Beliau sekarang berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan. Ketiadaan beliau sedikit sebanyak telah menjejaskan gerak kerja kami. Segala gerak kerja di Kuala Krau dan hal ehwal Orang Asal di Pahang telah diambil oleh Abang Razak, saudara Hafez Harun Ketua AMK Kuala Krau dan saya serta kawan-kawan lain. Namun kami tetap penuh bersemangat meneruskan perjuangan untuk menegakan kebenaran dan keadilan sejagat.
kami dengan rendah diri memohon sumbangan ikhlas daripada Para Pejuang Keadilan sama ada berbentuk kewangan dan moral terhadap beliau. Sumbangan tersebut bukanlah permohonan daripada belaiu tetapi atas inisiatif PKR Kuala Krau.

Ramli Lugan,

Pengarah Sakretariat,
Biro Orang Asal Keadilan Negeri Pahang,
No 37, bangunan Mara,
Jalan Besar Temerloh-Jerantut,
28050 Kuala Krau,
Pahang Darul Makmur.

H/P 014-8685163

Hafez Harun

H/P 019-9204471

bantahan di Gombak

sumber: malaysiakini
Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak
Salhan K Ahmad
Feb 24, 10
1:29pm
Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Enam laporan polis

Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.

"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.

“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk," petisyen setebal enam halaman itu dipetik.

Digelar 'hitam, jijik, kotor'

Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.

"Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.

"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.

"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu lagi.

Menurut Sokyen, kira-kira 2,000 Orang Asli mendiami kawasan sekitar Gombak. Masyarakat tersebut, tambahnya, bergantung kepada hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.

berita terbaru...bantahan dasar tanah (17.03.10)

sumber: malaysiakini

Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya
Salhan K Ahmad
Mac 17, 10
2:16pm
Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bagaimanapun dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbincangan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Pakai pakaian tradisional

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Dalam perhimpunan ini, Orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang,antaranya berbunyi 'Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati', 'Jangan Hapuskan Akta Kami' dan 'Iktirafkan Wilayah Adat Kami'.

Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Perhimpunan hari ini adalah yang kedua seumpamanya, selepas satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

Kira-kira 2.30 petang, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri melalui pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Suud. Kedengaran tepukan gemuruh selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.

Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil.

'Kami tidak berpecah dua'

Memorandum pertama yang diserahkan oleh Majid berkaitan pelantikan senator Orang Asli yang telahpun diserahkan kepada perdana menteri pada 9 Disember tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita, Majid berkata kumpulan itu tidak pernah berpecah dua seperti yang didakwa.

Sebaliknya, tambahnya, kumpulan tersebut tiba lewat dan tidak berjaya mengikuti program bersama Shafie di kementerian tersebut.

"Sebenarnya ada kawan saya yang terlewat kerana datang dari jauh. Kalau ikut jadual kita hendak serah memorandum (pada) jam 2.30, (tetapi) dia tak sampai lagi. Ini yang jadi masalahnya. Ini kumpulan yang sama, tak ada berbeza kumpulan," katanya.

Memorandum kedua yang diserahkan Tijah pula berkaitan bantahan ke atas dasar pemberimilikan tanah Orang Asli.

Sembilan perkara yang digariskan dalam memorandum itu antaranya menyebut, dasar berkenaan diluluskan tanpa melibatkan rundingan dengan masyarakat Orang Asli dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Menteri: 'Bukan protes, tapi jalan-jalan di Putrajaya'

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah (bawah) yang juga pengasas Jaringan Kampung Orang Asal Semalaysia berkata, kumpulan Orang Asli yang diketuainya itu tidak sempat hadir di program yang diadakan di kementerian Shafie.

"Masa penyerahan memo tadi saya tidak dengar Datuk Seri Shafie sebut apa-apa jaminan. Saya hanya mampu menekan beliau dan wakil perdana menteri supaya menyampaikan kepada perdana menteri.

"(Saya juga menekan supaya) meneliti memorandum ini dan lupuskan terus dasar pemberimilikan tanah dan teliti tuntutan kami," katanya.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

"Yang majoriti ini kumpulan yang jumpa dengan saya tadi. Sebenarnya mereka nak datang, di samping nak menyaksikan penyerahan memorandum ini.

"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen."

Tambahnya, beliau sedia mendengar apa-apa masalah yang dikemukakan oleh masyarakat, khususnya daripada Orang Asli.

"Jika ada sesiapa kata kami mengabaikan atau menidakkan hak mereka, itu tidak benar kerana kita telah membelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk memastikan pendidikan dan prasarana mereka (terjamin)."

Sunday, March 14, 2010

warkah berlagu nasihat untuk cikgu

Sejak akhir-akhir ini, saya telah diserang hebat oleh pihak-pihak yang menganggap saya musuh mereka. Saya dikeji dan dihina dengan begitu teruk sekali terutamanya oleh seorang guru yang dinamakan "Sir Man". Beliau ini sentiasa tidak berpuas hati dan selalu mencari kesalahan saya. Malahan dalam blog saya telah diserang dengan pelbagai fitnah dan menasihat saya dengan ancaman mengikut emosi kemarahan beliau yang meluap-meluap terhadap saya. semakin banyak belaiu mengkritik saya semakin terserlah kebodohan dirinya.
Saya rasa beliau tidak layak dianugerahkan diploma pendidikan kerana kecetekan pemikiran beliau terbelakang 50 tahun lampau. Pada mulanya, saya membiarkan beliau bebas mengkritik saya namun beliau semakin galak menyebarkan anasir perkauman dan perlampau agama yang serius. Shafie Dris, Naib Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang daN Yusri Ahon, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang telah memberi nasihat bahawa saya patut mempertahankan diri. Saya nyatakan disini bahawa "Sir Man" ini seorang penyokong UMNO dan mempunyai sikap yang tidak disukai oleh masyarakat akar umbi Jahut :
1. beliau seorang cikgu tang berlagak dan angkuh kepada penjaga murid disekolah. Beliau mempunyai sikap tidak mesra dengan ibu bapa. Pekebun sekolah dan Jaga sekolah juga mengakuinya.
2. beliau seorang guru yang garang dan tidak bertimbang rasa kerana ramai berhenti sekolah kerana beliau. Saya ada bukti juka diminta. Beliau terlalu garang dengan murid tahun satu dan rotan sentiasa ditangan belaiu. Ketegasan tidak bertempat.
3. bercita-cita untuk menubuhkan cawangan UMNO dikampung beliau tetapi tidak mendapat sambutan kerana penduduk kampung lebih bimbangkan tanah mereka daripada diceroboh lagi.
4. Menurut kawan-kawan, beliau mempunyai angan-angan yang tigggi untuk menjadi YB suatu hari nanti. Lantaran itu, kehadiran saya menggugat impian beliau.

saya memberi nasihat kepada beliau fokus kepada tugas sebagai seorang cikgu dan jangan terlibat dengan politik jika hanya tahu mengkritik tetapi jarang turun keakar umbi. Saya dan kawan-kawan bercadang ingin menyaman beliau kerana menghina dan memalukan peribadi orang lain.

Ceroboh,ceroboh dan ceroboh

Tanah Adat Orang Asal Kg Rekoh diceroboh!



Ehsan daripda Haji Suhaimi said

Inilah permulaan laluan motorcross.
--
Pertikaian berat telah berlaku. Penduduk Orang Asal Kg Rekoh membantah pencerobohan Tanah Adat mereka di Kg Rekoh, Kuala Krau oleh Persatuan Kelab Motocross Felda Jenderak Selatan. Kelab Motocross tersebut menyatakan bahawa mereka telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Felda Gugusan Mempaga untuk menebas dan menebang kawasan tersebut untuk dijadikan laluan motorcross. Bagi mereka tanah tersebut adalah milik Felda Jenderak Selatan.
Dakwaan mereka itu dipertikai oleh penduduk Orang Asal Kg Rekoh dan kampong-kampong sekitar.

Pekerja-pekerja yang menjalankan kerja-kerja menebang dan membersihkan laluan sedang berehat semasa piket dijalankan oleh penduduk Orang Asli Kg Rekoh

------

Batin Awang bin Dengkil, iaitu Batin Kg Rekoh menyatakan bahawa didalam kawasan hutan itu terdapat makam nenek moyang mereka, dan tanah tersebut adalah tanah adat bagi Orang Asal untuk Kg Rekoh, Kg Beredut dan Kg Paya Pelong.
Kawasan yang diceroboh ini dahulunya dinamakan Kg Lakum yang diduduki oleh Orang Asal yang kini berpindah ke Kg Rekoh, Kg Paya Pelong dan Kg Berdut.

Sdr Rosli Panjang, Ketua UMNO Cawangan Kg Rekoh
---
Disini dahulunya dikatakan sebagai Rezab Orang Asli semasa Batin Jeng a/l Sulong masih hidup lagi.
Ketua UMNO Cawangan Kg Rekoh, Sdr Rosli Panjang, menyatakan bahawa penduduk Orang Asli di Rekoh, Paya Pelong dan Beredut menentang pencerobohan ini dan mendesak pihak berkuasa supaya pencerobohan itu diberhentikan dengan serta-merta.
Sebagai Ketua UMNO Cawangan, pihaknya telah menghubungi ADUN kawasan Jenderak, YB Datuk Mohamed Jaafar dan Ahli Parlimen kawasan Kuala Krau YB Ismail Said, tetapi wakil-wakil rakyat itu tidak dapat datang dan tidak juga menghantar wakil UMNO Bahagian bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan beliau sangat kesal kenapa Wakil-Wakil Rakyat itu tidak dapat hadir atau sekurang-kurangnya menghantarkan wakil.
Batin Awang bin Dengkil
------
Batin Awang bin Dengkil menyatakan bahawa beliau tidak boleh menerima sikap pihak berkuasa yang tidak sanggup melindungi hak Orang Asli di kawasan ini.
Beliau menuntut Pihak Berkuasa supaya berunding terlebih dahulu dengan pihak Orang Asal sebelum menerangkan hutan-hutan sekitar perkampongan Orang Asal kerana disana terletak makam-makam nenek moyang mereka.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Suhaimi Said, Ketua PKR Kuala Krau yang sanggup hadir walaupun diberitahu dengan tempoh yang pendek.

Sdr Rosli Panjang, Ketua UMNO Cawangan menyatakan bahawa perjuangan Orang Asli kini menjadi satu, tidak lagi berpecah belah dan beliau menepuk bahu Ketua PKR itu dan berkata: Perjuangan kita sudah menjadi satu.

Warga yang tertua yang berumur melebihi 60 tahun, En Jaafar b. Abdul Rahman yang turut berpiket menyatakan bahawa selama ini beliau memberikan kepercayaan kepada UMNO untuk membela kaum Orang Asli, tetapi dengan kejadian ini kepercayaannya hancur berkecai.
Kawasan yang diceroboh itu berjarak sejauh 2 km dan melibatkan penyodokan tanah yang luas dan penebangan kayu-kayu hutan.

Hadir bersama didalam piket itu adalah En Yusri Ahon, AJK Persatuan Orang Asal Semenanjung Malaysia (POASM) dan En Shafie Dris, AJK Jaringan Orang Asal Semenanjung Malaysia (JOAS), En Sambut, Ketua UMNO Cawangan Kg Mendoi, En Charli Din, Ketua PKR Ranting Kg Mendoi.
Penduduk Kg Rekoh berpiket
------------------------------
"Saya tidak faham dengan sikap Kerajaan, kerana sudah banyak kali Pihak Orang Asli menghantarkan Memorandum kepada semua pihak berhubung tanah adat Orang Asal di Negeri Pahang ini. Bahkan kita sudah menyerahkan Memorandun kepada KDYMM Sultan Pahang melalui Setiausaha baginda dan kepada YAB Menteri Besar Pahang, juga kepada Pejabat Tanah dan Pejabat PTG. Tetapi semua tuntutan dan permohonan kami tidak diberikan sebarang perhatian," keluh En Shafie dan selepas itu menyerahkan kepada wartawan dan kepada En Suhaimi Said, wakil PKR memorandum yang pernah diserahkan kepada pihak-pihak berkuasa.


"Tanah-tanah adat Orang Asli langsung tidak dihormati oleh pihak berkuasa, kawasan-kawasan rayau kami, kawasan cari makan kami, sudah menjadi begitu sempit.

"Kepada kami, Orang Asli, pihak berkuasa berkata bahawa kami tidak perlu mendapatkan geran tanah. Semua kawasan hutan adalah bebas untuk kami merayau, mencari rezeki, dan bercucuk tanam, tetapi apabila kami ingin berbuat demikian kami dikatakan menceroboh kerana tanah-tanah hutan itu sudah diwartakan
Penduduk Kg Rekoh mulai sampai ke kawasan
pencerobohan.
---------
sebagai Rezab Perhilitan.

Piket yang diadakan oleh Orang Asli dipinggir Kampong Rekoh itu menampakkan perpaduan yang rapat dikalangan mereka yang terdiri daripada Ahli-Ahli UMNO dan Anggota-Anggota PKR dan melambangkan satu perjuangan bersama.

Mereka bersatu walaupun datang dari parti politik yang berbeza.
Kejadian pencerobohan ini bukanlah kali pertama berlaku di kawasan perkampongan Orang Asal disini, bahkan pada tahun lalu suatu kawasan yang luas di Kg Paya Pelong telah juga dicerobohi dan akhirnya lebih dari 200 ekar kawasan rayau mereka telah diluluskan kepada JKKK beberapa buah kampong di Kerdau dan orang-orang perseorangan; dan janji pihak berkuasa untuk memajukan tanah bagi tanaman getah dan kelapa sawit untuk Orang Asli di Kg Paya Pelong tidak pernah ditunaikan.

Begitu juga sebuah kawasan yang begitu besar di sebelah Daerah Jerantut telah dijadikan Padang Golf. Walaupun Orang Asli di kawasan itu membantah dengan berpiket dan berdemonstrasi, hak mereka keatas hutang tersebut telah pun lupus.



Kawasan Orang Asal bersempadan dengan perkampongan Orang Asal Sungai Mai, Jerantut telah diluluskan kepada indiividu-individu dan kawasan-kawasan yang diluluskan kepada pihak luar itu terdapat kubur-kubur dan makam-makam nenek moyang mereka. Begitulah nasib kaum Jah Hut Temerloh-Jerantut. Tanah mereka menjadi semakin sempit. Kawasan hutan rayau mereka telah ditebang oleh pembalak-pembalak yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kebun-kebun yang mereka usahakan sendiri dengan tanaman getah telah diambil alih dari mereka dan dijadikan tanah TSK/TSB dan tuan-tuan asal kepada kebun-kebun itu tidak memilikki semula tanah-tanah TSK/TSB itu.



"Kami bukanlah orang yang
ganas. Kami sangat bertolak ansur, dan walaupun hak kami tidak dipertahankan oleh Kerajaan, kami masih patuh dengan undang-undang," kata Yusri Ahon dari POASM.
"Kami memohon supaya hak kami dihormati supaya kami boleh meneruskan kehidupan kami sebagai Orang Asal, agar kami ada tempat berteduh dan ada pula punca rezeki bagi kami.




Penduduk Kg Rekoh berpiket didepan bulldozer yang
menebang hutan untuk dijadikan laluan motorcross.

Pencerobohan lagi

Orang Asli Kg Paya Mengkuang, Temerloh Bantah Pencerobohan Tanah

Oleh Haji Suhaimi said
Inilah Batin Idris a/l On (berbaju merah).

Beliau sangat dukacita mengenangkan nasib yang dilalui oleh Orang Asli.

Idris mempersoalkan kenapa tanah mereka yang dikatakan Tanah Rezab Orang Asli boleh diceroboh dengan mudah oleh orang lain.
Katanya, "Kawasan Kg Paya Mengkuang ini dulunya luas, iaitu dari Kg Paya Keladan membawa ke kawasan perumahan yang kini dikenali sebagai Desa Murni.
Semua kawasan-kawasan itu kini menjadi milik hak Orang Melayu, dan kawasan Orang Asli menjadi semakin kecil. Hutan-hutan disini sudah habis ditebang dan Orang Asli disini tidak ada lagi mempunyai kawasan "rayau". Dan beliau sangat sedih kerana kawasan Tanah Adat mereka pun diceroboh oleh agensi-agensi Kerajaan sedangkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tidak dapat membela mereka.


Setelah mereka berpiket di kawasan tanah yang diceroboh, sebahagian dari mereka menghadirkan diri ke Balai Raya Kg Paya Mengkuang untuk merancang tindakan seterusnya. Yang berbaju merah itu adalah Batin Idris, beliau melahirkan perasaan dukacita kepada Pihak Berkuasa kerana membiarkan tanah adat mereka diceroboh untuk projek bagi kepentingan orang luar yang tidak sedikit pun menguntungkan penduduk Orang Asli kampong tersebut.


Penduduk Kg Paya Mengkuang,
Mukim Sanggang, Temerloh telah keluar beramai-ramai dengan membawa poster membantah pencerobohan Tanah Adat mereka jam 3.00 petang 10hb Jun 2009.






Tanah yang diceroboh itu terletak dipinggir tanah kampong mereka dan dikenali sebagai Paya Pak Inai, Penimba dan Tg Kempas.



Diatas tanah-tanah yang diceroboh itu kedapatan kubur-kubur lama mereka. Saya tidak kesempatan untuk melawat kawasan yang diceroboh iaitu tempat mereka berkumpul membuat bantahan tersebut kerana hanya diberitahu oleh Sdr Yusri Ahon jam menghampiri 5.00 petang.
Apabila saya mendapat tahuk bantahan itu saya terus pergi ke Kg Paya Mengkuang tetapi hanya dapat bertemu dengan penduduk kampong di Balai Raya Kg Paya Mengkuang dan dapat bertemu dengan Batin Idris A/L On (35 tahun).
Batin Idris menyatakan bahawa penduduk kampong sangat berdukacita dengan pencerobohan yang dilakukan keatas tanah adat mereka.
Kg Paya Mengkuang mempunyai penduduk seramai 530 orang terdiri daripada 132 keluarga. Katanya tanah yang diceroboh itu adalah untuk projek TSK yang dijalankan oleh RISDA dan tidak ada kena mengena dengan penduduk kampong kerana TSK itu bukan projek untuk orang kampong disitu.
Kawasan yang diceroboh itu merupakan kampong lama kepada penduduk Kg Paya Mengkuang sebelum mereka dipindahkan dari sana semasa berlaku banjir besar pada tahun 1971 dahulu, dan Orang Asli telah menduduki tanah tersebut sejak 1923.
Mereka menanam padi huma dan padi paya di kawasan tersebut dan juga menanam pokok getah secara bersendirian bagi menambah pendapatan keluarga.
Batin Idris menyatakan bahawa sudah dua kali mereka membuat laporan kepada pihak Polis dan beberapa kali mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi tidak ada sebarang tindakan positif yang diambil.
Penduduk kampong akan melantik seorang peguam bagi membela mereka jika pihak-pihak berkuasa pejabat tanah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tidak mengambil apa-apa tindakan, dan didalam pada itu mereka menyatakan perasaan keciwa mereka kerana JHEOA hanya berpeluk tubuh.
En Yusri Ahon, yang bertindak selaku Setiausaha kepada Majlis Batin-Batin Orang Jah Hut, hadir semasa Tunjuk Perasaan tersebut diadakan, dan beliau akan membawa kes pencerobohan ini kepada pihak Pejabat Tanah Temerloh dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.
Didalam perkembangan yang lain, penduduk-penduduk Kg Paya Mengkuang akan menubuhkan sebuah cawangan Parti Keadilan Rakyat di kampong mereka, dan 4 orang wakil mereka iaitu En Roman Achai, En Azizul Yunus, En Man Ninggeh dan En Jalil Jirat akan menghadiri mesyuarat Biro Hal Ehwal Orang Asli Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang di Pejabat PKR Negeri Pahang di Kuantan pada 14hb Jun 2009 akan datang.