Search This Blog

Monday, April 27, 2009

Pembangunan politik 2

ISU-ISU POLITIK

Kuala Krau 27 April 2009, persoalan yang ditimbul dalam penglibatan politik masyarakat Orang Asal ialah masa depan komuniti menghadapi cabaran yang kian menghimpit kehidupan mereka. Akhir ini suasana yang tidak menentu telah menghantui suasana selesa kehidupan masyarakat Jahut. Pelbagai isu timbul pada dekat ini terutamanya isu tanah Orang Asal dan kemiskinan Orang Asal. Orang asal dibiarkan sendiri menghadapi suasana yang panik tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang berpentingan dalam hal ehwal Orang Asal. Selagi masyarakat Orang Asli tidak mempunyai parti politik sendiri, selagi itulah kehidupan Orang Asli akan dieksploitasi dan didiskrimasi oleh pihak yang berselindung disebalik pembangunan negara.
Sorotan pembabitan politik masyarakat politik Orang Asli bermula pada tahun 1957 selepas kemerdekaan namun pembabitan kaum ini terhad sekali kerana sikap bergantung pada kerajaan masih menebal dan pekat sekali. Wujudnya hubungan patron-client antara masyarakat Orang Asal dengan pihak pemerintah. Era 2000, kesedaran politik Orang Asal semakin berkembang terutamanya di perkampungan Kuala Krau ini. Ramai penyokong setia parti pemerintah iaitu UMNO telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai parti alternatif iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pergerakan perubahan ini merupakan satu pradigma baru politik orang asal Kuala Krau. Hal ini berlaku kerana kesedaran masyarakat Orang Asli semakin bercambah ekoran rasa KECEWA pada parti terdahulu yang tidak mengambil berat tentang pandangan akar umbi mereka. Kebanyakan ahli parti pemerintah dahulu lebih bersifat Pak Angguk kerana mereka terlalu taksub kepada parti kerana kepentingan diri sendiri bukannya kepentingan bangsa. Lantaran itu, sebahagian ahli yang jujur untuk membangun masyarakat Orang Asal telah keluar daripada parti pemerintah ini.
Muncul pula pandangan baru terhadap anggota UMNO yang keluar sebagai penderhaka, manusia yang tidak mengenang budi dan anak yang lupakan ibu yang memberi susu. Pandangan tersebut sengaja dibuat untuk menutup kelemahan diri sendiri dan merupakan satu serangan psychology kepada masyarakat Orang Asal. Serangan ini dibuat kerana pihak terbabit mengetahui kelemahan masyarakat yang sedikit mudah dipujuk dan mempunyai setia buta kepada pihak pemerintah. Namun semua ini tidak berlaku lagi kerana masyarakat Orang Asal yang berumur 40 tahun tidak lagi terpengaruh langsung dengan pendekatan yang digunakan oleh parti pihak dominan ini. Mereka lebih suka berdiri sendiri untuk mencari tempat bergantung yang benar-benar ikhlas membantu mereka. Kesedaran berpolitik merupakan satu kemajuan dalam masyarakat orang asal. Berpolitik merupakan satu hak asasi orang asal dalam negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Tiada istilah setia tidak bertempat ini lagi.
Harapan muncul dalam jiwa masyarakat Orang Asal yang berhijrah kepada parti pembangkang di Negeri Pahang untuk membela nasib anak-anak buah meraka pada masa akan datang. Persoalannya terdapat kekaburan dan ketikpastian tentang parti baru ini. Benarkah parti ini ikhlas untuk membangunkan masyarakat Orang Asli? Adakah sekadar untuk menggunakan Orang Asal untuk kepentingan diri? Persoalan ini muncul kerana parti pembangkang bukanlah parti pemerintah yang berkuasa daripada kuasa rakyat. Namun, melihat rakan-rakan di Perak semasa kerajaan Pakatan Rakyat masih mempunyai kuasa undang-undang dan kuasa daripada rakyat yang memberi geran tanah masyarakat Orang Asal membuah sedikit harapan. Namun sekarang terdapat dua kerajaan Perak dan keadaan tidak menentu ini menghancur harapan masyarakat Orang Asal perak dan masyarakat harapan Orang Asal di kuala krau ini. Masyarakat orang asal perlu bersabar dan meneruskan perjuangan bangsa kerana politik itu terlaku kotor. Apa-apa sahaja boleh berlaku kerana manusia mempunyai pelbagai sifat SEMULAJADI yang tidak boleh dikawal.
Kesimpulannya masyarakat Orang Asal perlu mempunyai parti politik sendiri atau menyertai mana-mana parti untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan hak masyarakat Orang Asal. Masyarakat Orang Asal sekarang mempunyai kepada negara kerana walaupun dari segi popolusi memang amat kecil tetapi kita melihat masyarakat lain mislnya Melanau di Sarawak mampu menguasai pemerintah walaupun masyarakat Iban populasinya lebih tinggi. Kaum Yahudi juga walaupun jumlahnya kecil tetapi mampu menguasi dunia dan dasar luar Amerika Syarikat. Jesteru, kunci kepada kekuatan ialah kemajuan pendidikan dan kemajuan ekonomi.

No comments:

Post a Comment