Search This Blog

Thursday, April 30, 2009

HANCURNYA KAUM JAHUT

Dalam tulisan Haji Suhaimi Said, seorang ketua PKR Kuala Krau mengatakan bahawa pihak United Malays National Organization telah mengadakan Program Gerak Gempur pada 24 dan 25 April lalu untuk menarik balik ahli-ahlinya yang telah keluar daripada parti tersebut. Saya tidak mahu mengulas secara sebelah pihak tetapi bersikap lebih neutral dalam hal tersebut. Namun saya ingin focus untuk mengulaskan tentang bentuk-bentuk program yang telah dianjurkan oleh parti pemerintah tersebut.
Walaupun saya menulis tentang Orang Asal Kuala Krau namun saya tidak mengetahui dengan jelas kerana saya sekarang berada di seberang laut. Politik dan isu-isu sosial terkini saya perolehi daripada sumber internet dan saudara mara di Kuala Krau. Bentuk-bentuk program yang dianjurkan seperti karaoke, minuman keras dan tari-menari adalah perbuatan yang tidak bermoral. Perbuatan mengadakan majlis seperti itu telah membelakangkan nilai-nilai agama Islam dan norma-norma sosial masyarakat Jahut. Nampaknya pihak tertentu semakin terdesak dan sanggup membuat apa-apa sahaja untuk mempertahankan kuasa. Sebenarnya, masyarakat Jahut telah hancur dari segi moralnya semenjak dari dulu lagi. Kadang-kadang saya sedih melihat kaum saya hancur akhlaknya kerana eksploitasi oleh pihak luar ini.
Tari-menari ialah merupakan budaya luar mempengaruhi kehidupan masyarakat Jahut semenjak tahun 1960an lagi iaitu era Pop Yeh-Yeh, zaman Rock Kapak dan zaman Aternatif Rock. Masyarakat Jahut tidak mempunyai WARISAN seperti tari menari ataupun dikenali sebagai joget lambak pada masa kini. Masyarakat jahut adalah masyarakat bersatu-padu dan mempunyai semangat berderau tetapi budaya luar semakin kuat merobek budaya masyarakat ini. Tidak hairan penjualan minuman keras semakin berleluasa di perkampungan Jahut malahan tidak keterlaluan dikatakan bahawa orang yang mengaku Islam telah menjual arak kepada masyarakat Jahut. Kenapa jadi begini? Kenapa orang-orang ini tidak mempunyai sikap berdakwah kepada masyarakat Jahut? Ada pula pihak yang hanya pandai menuding jari meletak 100% Orang Asli tidak mahu menerima islam? Jawapannya adalah sikap kita…
Tinjauan yang dibuat, saya mendapati orang-orang luar lah yang membawa bahan terlarang seperti dadah, ganja dan minuman keras untuk melalaikan masyarakat Jahut bukan membangunkan masyarakat dari siasah dan modal insan. Parti politik pemerintah juga hanya mementingkan kedudukan dan kuasa, persepsi pihak tersebut adalah seperti “lantak Orang Asli Jahut, mereka bodoh, senang sekali kita pujuk nanti, kita bagi lah RM150 duit kopi, ah diorang penyokong setia masa pilihan raya kita anjurlah karaoke dan joget lambak”. Apa semua ini? inikah yang dikatakan seoarang muslim sebenar?
Kin bin Kasim, seorang ketua PKR Kg. Penderas pernah kecewa yang melampau dengan kehancuran kedua-dua anak lelaki yang disayangi kerana tidak menamatkan pelajaran tingkatn 5 dan beliau mengatakan budaya minuman arak jika tidak dibendung akan menyebabakan Orang Asli tidak maju. Ahmad Bin Ter, pengerusi TSB kampung Lubuk Wong juga melahirkan kebimbangan dengan penularan budaya hedonisme yang menjadi senjata pihak tertentu untuk meraih undi Orang Asli pada masa akan datang.
Kesimpulannya, reformasi sosial perlu untuk masyarakat Orang Asli Jahut dan masyarakat tersebut perlu mempunyai pedoman hidup seperti agama Islam. Untuk merealisasikan ini, memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pihak kerajaan, NGO, dan parti politik. Juga, masyarakat jahut memerlukan seorang pemimpin mempunyai karismatik dan berkaliber dan bukan seorang ketua lebih berorientasikan tugas dan menuntutkan elaun bulanan daripada JHEOA.

1 comment:

  1. salam sejahtera..
    Saya ingin memberikan komen tentang tajuk ini, sebenarnya kaum Jahut masih tidak hancur dan tidak akan hancur. Yang menghancurkan kaum kita ini nanti adalah masyarakat kita sendiri, OA Jahut mana yang banyak berkecimpung dan amat meminati joget lambak, minum arak semuanya yang sebelah kuala krau (minta maaf pada yang tidak berkenaan dan tidak terlibat). Budaya ini memang satu kejutan budaya bagi kita, tetapi kita yang menganjur bukan orang lain, Sebelah atas kuala krau..kenduri kahwin mana yang tidak ada joget lambak sekarang ini, semua ada. dan macam - macam "niat" dicipta, keluar kurung selepas bersunat..joget, dapat anak lelaki..joget, kene nombor ekor banyak sikit..joget, sambut menantu..joget. Walhal kampung Pelong yang pemimpin yang tegas dan dihormati dan saya sendiri menjadi orang penting dalam pengharaman joget lambak di sini dah berulang - ulang kali menegaskan supaya jangan buat joget lambak apatah minum arak, dah terlepas 2 atau 3 kali joget yang dirancang oleh si degil ini. jadi, kita nak salahkan siapa? masih orang luar? Orang luar memang dah jadi ideologi mereka untuk menghancurkan kita tetapi kita? makin kuat untuk ikut, mana kita punya jati diri. benda2 macam ini nak jadi budaya?? tepuk dada tanya selera..

    ReplyDelete