Kuala Krau, 10 April. Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi perlembagaan. Demokrasi bermaksud rakyat negara ini bebas memlih pemimpin mereka sendiri. Disinilah apa yang dikatakan hak sebenar rakyat. Persoalannya benarkah rakyat berkuasa?. Gambaran ini saya sorotan untuk melihat penglibatan politik dikalangan masyarakat minoriti iaitu Orang Asli di Malaysia. persoalannya benarkah masyarakat tidak memberi manfaat kepada kepentingan politik negara? jawapan yang kita sering kita dengar ialah masyarakat Orang Asli tidak memberi sumbangan dalam politik Malaysia. Jawapan ini memang boleh kita terima kerana kita mempunyai pemimpin politik dalam Dewan Rakyat ATAU ADUN namun sebenarnya apabila masyarakat itu layak untuk mengudi dalam pilihanraya, maka masyarakat Orang Asli juga berpengaruh dalam politik Malaysia. Persepsi bahawa Orang Asli tidak berpengaruh adalah pradigma top down pihak atasan supaya masyarakat ini menerima bulat-bulat apa yang sesetengah pihak itu kata. Tinjauan yang di masyarakat Jahut di kuala krau mendapati kesedaran berpolitik dikalangan orang kita semakin berkembang dimana mereka menglibatkan diri dalam parti politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Kepada masyarakat Orang Asli yang masih berpeluk tubuh patutlah mempunyai pendirian untuk menyertai mana-mana parti politik kerana politik hak rakyat untuk menyampaikan rasa tidak puas hati. Hak untuk mendapat hak asasi yang sewajarnya. Menurut, Kin Bin Kasim pengerusi PKR cawangan Kg. Penderas mengatakan bahawa perjuangan politik untuk hak masa depan genarasi akan datang. Masyarakat Orang Asli tidak perlu selesa dengan kehidupan sekarang tetapi perlulah mempunyai pemikiran yang kritikal terhadap hak-hak Orang Asli. kita jangan lupa bahawa Orang Asli juga menghantar wakil semasa perhimpunan kemerdekaan 1957. Maka Orang Asli juga berperanan dalam kemerdekaan negara tetapi dilupakan begitu sahaja oleh pihak yang dominan. Rumusannya Orang Asli haruslah mempunyai sifat futuristik terhadap perkembangan politik terkini dan berani membuat pilihan parti mana yang boleh membantu masyarakat PINGGIRAN ini dalam ekonomi, sosial dan politik. Berpolitik adalah HAK RAKYAT tetapi realitinya rakyat berkuasa hanya semasa pilihan raya yang kuasa adalah wakil kapada rakyat.
Menjangkau umur 21 tahun adalah layak sama sekali untuk memilih (mengundi di pilihanraya) dalam mencari kepimpinan yang boleh membangunkan Masyarakat Orang kita. Di sinilah titik noktah untuk Masyarakat Orang Kita mula berfikir dengan lebih kritikal dalam mencari pemimpin yang layak. Membuat pilihan adalah terletak di tangan kita, menilai siapa yang betul-betul yang boleh membantu masyarakat Orang Kita terutamanya dalam konteks pembangunan (ekonomi, sosial dan pendidikan) dan menegakkan hak-hak Orang Kita. Cuma janganlah sampai kita terlupa (taksup) dalam membuat penilaian sehingga lupa apa misi kita dalam menegakkan hak-hak Orang kita. Kadangkala kita tidak tahu apa niat di sebaliknya ( kenapa dan mengapa mereka datang kepada kita).
ReplyDeleteBerpeluk tubuh bukan bererti kita kalah dan tidak sedar tetapi adalah hakikat dalam kepimpinan yang di terajui itu seakan-akan manis di bibir dan indah hanya kata-kata sahaja. Perkembangan dalam pendidikan sedikit sebanyak membawa perubahan dalam berfikir secara kritikal dalam masyarakat Orang Kita. Perkembangan Media Massa mengubah pandangan dan fikiran Orang Kita. Banyak memberi tunjuk ajar dalam membuat keputusan dan mula berfikir untuk mencari kebenaran.
ReplyDeleteSalam sejahtera..Kita generasi moden Orang Asal haruslah mempunyai sikap yakin pada diri sendiri untuk memperjuangkan nasib orang kita kerana telah dieksploitasikan dan didiskriminasikan oleh pihak-pihak tertentu. wajarlah kita menyematkan dan menyebarkan fahaman berpolitik dikalangan oang kita.Orang Asal yakin boleh.
ReplyDeletesalam sejahtera..
ReplyDeletesaya setuju dengan saudara, kalau kamu sudah ada keyakinan untuk menyebarkan fahaman politik kepada segenap lapisan masyarakat, kenapa tidak kita meluahkan ideologi sendiri? kenapa harus kita masih lagi ingin ikut telunjuk gula2 PKR yang hanya menabur janji-janji manis kepada kita. Tak mampukah kita ingin berdiri sendiri??