YAB Pehin Sri Abdul Taib Bin MahmudKetua Menteri Sarawak22nd Floor, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya,93502 Kuching, Sarawak,Malaysia
Tarikh: 9 September 2009
Yang Amat Berhormat Pehin Sri,Salam hormat. Kami, wakil-wakil dan penduduk-penduduk kampung-kampung Penan di kawasan Sungai Peleiran-Murum, Daerah Belaga, Sarawak ingin membawa ke perhatian YAB Pehin Sri bahawa kami sangat bimbang dengan kehidupan kami sejak bermulanya kerja-kerja pembinaan empangan Murum dijalankan.YAB Pehin Sri telah sedia maklum bahawa kesemua kampung kami iaitu Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu, Long Malim dan Long Uba terletak di kawasan Sungai Peleiran iaitu di bahagian Ulu Sungai Murum, maka takungan air akibat empangan Murum akan membanjiri kampung-kampung, harta benda, tanah adat dan hutan kami. Sekaligus, kami akan dipaksa untuk berpindah ke suatu kawasan yang belum kami ketahui dan pasti. Kami juga sangat bimbang akan kesan-kesan dan impak-impak projek empangan Murum ke atas masa depan masyarakat kami.Untuk makluman YAB Pehin Sri, projek pembangunan dengan cara pembinaan empangan seperti Murum dam adalah suatu pembangunan yang akan membawa berbagai-bagai masalah secara sosial, ekonomi, budaya dan rohani kepada masyarakat kami. Kami sedar bahawa mana-mana projek pembangunan empangan yang dibina di Sarawak telah dengan nyatanya gagal memperbaiki keadaan hidup masyarakat sasar dan apatah lagi menjamin masa depan mereka. Contohnya, penduduk-penduduk di Skim Penempatan Semula (SPS) Batang Ai dan SPS Bakun Asap-Koyan sedang menghadapi banyak masalah, kesusahan dan kesempitan dalam kehidupan harian mereka yang sehingga kini masih belum dapat diselesai oleh pihak kerajaan. Kami juga menyaksi bahawa keadaan kehidupan masyarakat Penan Talun, Long Belangan di Skim Penempatan Semula Bakun Asap-Koyan lebih teruk lagi dibanding dengan sebelum-nya mereka dipaksa pindah akibat pembinaan empangan hidro-elektrik Bakun.Bagi kami masyarakat di kawasan Sungai Peleiran-Murum juga akan tidak terkecuali dari masalah-masalah dan impak-impak projek empangan sekiranya kerajaan masih hendak meneruskan pembinaan empangan Murum. Maka dengan ini kami sebulat suara menyeru agar pembinaan empangan Murum dibatal dan dihenti serta-merta. Seterusnya kami menyatakan seperti di bawah:-1) Menyeru kerajaan menghentikan semua program dan rancangan pembangunan yang bertujuan memaksa masyarakat kami berpindah dan ditempatkan semula jauh dari kawasan tanah adat kami;2) Meminta kerajaan menamatkan kerja-kerja dan rancangan pembinaan projek empangan Murum kerana impaknya akan menyebabkan berbagai-bagai masalah ke atas kehidupan kami; dan3) Menamatkan skim-skim pembangunan dan projek berskala besar yang mengancam dan menjejas hak, kehidupan, tanah adat dan hutan serta kesenambungan alam sekitar kami.Justeru itu, kami mahu suatu pembangunan mapan berasaskan jaminan sara diri yang cukup dan kesejahteraan hidup; hak-hak adat ke atas wilayah tanah dan hutan dihormati; dan sebuah pembangunan sosial dan ekonomi yang lengkap yang bersesuai serta menurut kebudayaan kami. Kami sentiasa menyokong dasar-dasar dan program pembangunan kerajaan selaras dengan visi, kemampuan, keupayaan dan kadar kemajuan kami sendiri ke arah hidupan mapan dan masa depan yang terjamin.Ke atas keprihatinan YAB Pehin Sri Ketua Menteri kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Selamat Hari KeMerdekaan “46 Tahun Sarawak Merdeka”
Posted by Sebana Menoa at 11:50 PM
Labels: empangan hidro elektrik, memorandum, Murum, Penan

No comments:
Post a Comment