SUMBER: ALIRAN
Orang Asli kata "pergi!"... tetapi JHEOA sendiri masih terhegeh-hegeh kata pelindung and pejuang Orang Asli, demikan kata Tijal Yok Chopil.
Pertama-tamanya saya ingin menegaskan bahawa dalam dunia ini tiada manusia dan makluk yang perlu dibertahu bahawa dia sedang kelaparan/kebuluran dan perlu cari makan. Oleh yang demikian kebangkitan Orang Asli sekarang adalah atas dasar kesedaran sendiri bahawa kami selama ini sudah penat ditindas; penindasnya pula bukan hanya oleh berbagai pihak tetapi oleh pihak jabatan sendiri; TIDAK perlu dipengerahui! tidak perlu diberitahu! tidak perlu dihasut!...jika hampir 51 tahun OA dibawah naungan dan perlindungan dan pengawasan JHEOA, kami menduduki carta miskin tegar; 1. Nama OA dipergunakan oleh pihak jabatan; peruntukan untuk OA, projek TSK orang Asli, hospital OA, kenderaan OA, bangunan OA dan berbagai OA lagi.... tapi yang jelas dan yang semua orang telah dan sedang lihat adalah Orang Asli semakin miskin tegar!... Orang Asli kuli atas tanah dan projek yang dikatakan untuk OA... OA semakin merempat! 2. OA bukan dipengaruhi! Tetapi kami OA sendiri yang terpaksa mencari/merayu bantuan dari orang atau badan lain yang lebih perihatin dan berperikemanusiaan - kerana kami mendapati JHEOA sudah tidak boleh dipercayaai! tidak boleh diharap! tidak berguna! jual Orang Asli! ... makan duit OA!...mempergunakan OA! memesongkan OA supaya menjadi pak turut, jadi penakut! menjadi bodoh! menjadi buta dan bisu!...selama ini... 51 tahun. 3. Adakah kami dihasut? - bila seluruh projek TSK dalam projek RPS yang kononnya untuk OA dengan keluasan enam ekar seorang, tetapi OA terlibat hanya dapat dividen M400 setiap dua bulan sekali! - itupun setelah Orang Asli terlibat membuat bising atau mempersoalkan perkara tersebut jika tidak dividen hanya akan diperolehi setahun sekali atau setahun dua kali sebanyak RM400.... - bila tanah dan segala sumber, sejarah, usaha-usaha dan sebagainya OA dipaksa dan terpaksa tinggalkan dan berambus ke kawasan baru yang tidak ada apa-apa serta tanpa sebarang pampasan... Semuanya menurut JHEOA demi pembangunan negara dan OA diharuskan terima tanpa ada peluang dan diberi peluang membantah dan mempersoalkannya. Jelaslah dalam banyak kes-kes OA di Semenanjung Malaysia, JHEOA merupakan dalang, tukang hasut, tukang pengaruh dan tukang permudahkan proses ini. Tetapi entah apa jampinya sehingga saat ini JHEOA begitu kebal. Tidak ada satu orang pun dari mana ajensi kerajaan yang mempersoal atau siasat apa yang JHEOA buat! Semua kesalahan yang telah dibuat oleh JHEOA akan disalahkan kepada OA seratus peratus...Tijah Yok Chopil ialah Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli PerakSaya adalah setiausaha bagi Jaringan Kampung Orang Asli Perak; dan jaringan ini telah kami tubuhkan pada tahun 2003. dan pada masa itu kami kenalinya dengan nama Jaringan Kampung Orang Asli Semai Peringkat Batang Padang Perak. Diantara Tujuan mewujudkan jaringan kampung ini adalah untuk mendorong MOA dikampung-kampung supaya bersatupadu dan berkerjasama dalam usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan dan pelbagai isu yang dihadapi oleh OA yang keseluruhannya adalah sama. Selain itu tujuan kami adalah untuk berganding bahu mendidik dan mendorong OA supaya kami lebih berdikari dalam hal menuntut dan melindungi hak asasi kami yang sudah lama dinafikan dan semakin dilupuskan dan yang tidak dilindungi oleh JHEOA iaitu satu badan yang begitu berbangga bahawa merekalah pelindung OA selama 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.Pada tahun 2008 kami telah menggantikan nama pertubuhan kami kepada Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKAOP). Jaringan ini pula disokong kuat oleh Pusat Komunikasi Masyarakat KOMAS, Majlis Peguam Malaysia dan Pusat Bantuan Guaman dan Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC). Kami masyarakat Orang Asli terutamanya yang diperkampungan sangat memerlukan bantuan dari badan-badan ini kerana mereka sanggup membantu dan menyokong Orang Asli dengan ikhlas. Badan-badan ini telah mengembalikan keyakinan dan semangat kami sebagai seorang manusia seperti manusia lain.Oleh itu sebagai seorang OA saya sangat terkilan dengan kenyataan yang telah diberikan oleh ketua pengarah dan juga penolong Pengarah JHEOA Malaysia yang telah dikeluarkan di akhbar NST beberapa minggu yang lepas. Dan seluruh Orang Asli dibawah Jaringan Kampung Orang Asli Perak, sangat kecewa dengan kenyataan tersebut.

Selamat petang..
ReplyDeletesaya ingin memberikan komen beberapa perkara kepada apa yang tercatat pada blog JHEOA hidup segan, mati tak mahu ini.
1. Masalah kemiskinan tegar kaum OA (Jahut khususnya adalah salah kita sendiri. saya suka dengan cara orang Asli kaum Semelai sebelah Bera, mereka tidak pernah bergantung 100% pada JHEOA malah mereka sendiri yang berusaha untuk survive. Akhirnya, pendapatan mereka lebih tinggi bahkan orang luar hormat dengan cara mereka bekerja. Moralnya..kita jangan suka menjadikan orang perseorangan, badan itu dan badan ini, persatuan itu dan ini sebagai "kambing hitam" untuk disembelih. semua punca adalah bermula daripada kita dan menjadi tanggungjawab kita sendiri.renung2kan..
2. Masalah TSK Orang Asli, Semuanya silap kita yang terlalu mendengar gula - gula JHEOA yang menjanjikan saham dan sebagainya kepada kita. kononnya kita hanya goyang kaki dan terima duit saham apabila sampai waktu. kenapa kita tidak mempersoalkan tentang berapa banyak duit saham, bila masa ia diberikan adakah secara bulanan atau tahunan dan setakat mana sistem saham ini dapat menambahkan pendapatan kita dan ekonomi kita bertambah. apabila terhantuk baru nak terngadah dan perumpamaan ini yang patut diberikan kepada Orang Asli yang ada sikap nak hidup senang tanpa bekerja dan sampai masa dapat duit. "Biar padan dengan muka dia orang". Kamu sebagai golongan yang bijak pandai pun tak dapat meneliti perkara ini, apatah lagi orang kita (Jahut)yang masih punyai pemkiran taraf kampung lagi. So, jangan kita suka salahkan pihak lain jika kita tidak mendapat hak yang sepatutnya.marilah kita muhasabah diri dahulu..
3. Tentang penyatuan OA Jahut untuk membangunkan OA Jahut itu sudah bagus, kita sudah ada JOAS, POASM, JAKOAP dsb. cuma yang saya terkilan kenapa orang yang cerdik pandai macam kamu masih perlukan bantuan pihak luar untuk berdiri. Kenapa mesti menggunakan PKR untuk "bangunkan" OA Jahut? Sebuah parti yang entah betul atau tidak? Kenapa kita tidak wujudkan badan persatuan atau parti kita sendiri? Kamu telah 4 atau 5 tahun belajar di Sabah dan Sarawak, adakah kamu tidak mencontohi cara pergerakan mereka? Berdiri di atas kaki sendiri untuk masyarakat? Mana golongan aktivis OA Jahut? Kenapa mereka diam!! Jawab!! saya menunggu sudah sekian lama untuk ini tetapi tidak adakah Orang Jahut yang membela masyarakat mereka sendiri sehingga saat ini? apakah mereka semua pengecut sehingga masih bergantung kepada orang lain (parti PKR) sehingga saat ini?
4. Saya nak komen tentang Jaringan Orang Asal yang kamu agung2kan itu, kenapa mereka hanya pandai membawa anasir luar masuk dalam kelompok masyarakat kita? Kenapa kita tak murnikan dan suaikan dengan masyarakat kita?kenapa kita tak bina jaringan kita untuk masyarakat kita setempat? saya rasa niat untuk membela kaum sendiri tidak ada lagi walaupun kamu berjawatan tinggi dalam jaringan tersebut.(maaf cakap pada saudara shafie dan yusri). Sepatutnya mulakan dengan tempat kita sendiri baru kembangkan untuk peringkat yang lebih tinggi contohnya JAKOAP, saya tabik(solute)dengan mereka, mereka mulakan dengan tempat sendiri dan jaringan ini semakin lama semakin besar dan disegani. baru ada niat nak membantu kaum sendiri. Ini cakap tak serupa bikin and syok sendiri sahaja!!
sekian.
BRO...aku tak suka berleter buang masa saja.aku ada banyak kerja mahu buat dan tak terkongkong dalam pemikiran yang sempit. chek balik list hak asasi dengan suhakam.
ReplyDeleteMaaf saya tumpang nak menyelah. Bagi saya tiada salahnya kita OA bergabung dgn parti politik pembangkan atau NGO yg sekurang-kurangnya tahu akan kewujudan OA di muka bumi semenanjung Malaysia. Pada cikgu Raman adakah saudara rasa dgn adanya POASM sudah cukup utk pihak berkenaan mendengar dan membantu segala masalah OA. PKR telah membuka mata pihak atas akan perlunya pihak atas untuk sekurang-kurangnya mengetahui masalah yg terdpt di kalangan OA. Nampaknya cikgu begitu pro BN. Sekian
ReplyDeleteceritanya pasal kewujudan jabatan hal ehwal orang asli yang tidak telus. manakan tidak telusnya kalau pengarahnya bukan dikalangan orang asli. kita semua sedia maklum sebab kita dulu pun pernah menghuni asrama jheoa sebagai penuntut yang hanya berakhir setakat spm sahaja .selepas dari itu kita terus tidak ada hala tuju walaupun ada dikalangan pelajar orang asli yang mendapat pangkat satu (spm)ketika itu.selepas dari itu tidak ada follow up yang mutlak. melainkan ada diantara lepasan spm tersebut yang mempunyai saudara mara menjadi staff di jheoa maka mereka berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi dengan bantuan jheoa disebabkan mereka mendapat info yang lebih tepat dan jelas. .apa yang hendak diperkatakan sekarang adalah masih releven lagi kah jabatan hal ehwal orang asli ini kepada masarakat kita orang asli pada hari ini. atau adakah ada satu badan lain selain jabatan hal ehwal orang asli ini yang dapat merealisasikan hal ehwal kita orang asli sebagai pemilik mutlak tanah usul asal kita ini. memang benarlah kalau dikatakan masyarakat kita orang asli pada hari ini tak ubah merempat diatas tanah asal usul kita sendiri setelah bertahun tahun lamanya di bawah pentadbiran jabatan bukan hal ehwal orang asli tetapi guna modal orang asli untuk kepentingan sendiri.
ReplyDelete