Search This Blog

Saturday, July 31, 2010

Ujian tuhan


Tahun 2010 merupakan tahun yang pahit dalam hidupku. Tuhan yang Maha Esa telah menguji kesabaran, keimanan dan ketabahanku. Percintaanku semenjak di universiti lagi telah hancur secara tiba-tiba. Tidak pernah aku terfikir semuanya akan berlaku dalam sekelip mata. Baru kini aku menyedari kehilangan orang yang bertakhta dihati amat menyakitkan.
Dahulu semasa di sekolah menengah aku melihat kawan-kawan yang putus perhubungan cinta seperti orang bodoh. Ada yang termenung gila dan menjerit tak tentu fasal. Sekarang aku sendiri yang merasainya betapa sakitnya daripada yang tangan yang berdarah. Inilah yang dikatakan manusia yang mempunyai naluri dan perasaan yang  dikurnikan oleh tuhan. Makhluk tuhan yang aneh dan istimewa sekali.
Siapa kata aku tidak sedih.. bohong  jika aku tidak mempunyai sebarang perasaan selepas kehilangan dia. Namun, aku masih waras lagi dan ada sedikit iman yang memboleh aku kuat menghadapinya. Walaupun aku dicemuh dan hina dengan teruk tetapi aku tetap memaafkan dia jauh sekali aku berdendam dengannya.   Aku tahu yang aku amat menyintainya tetapi tidak melebihi cinta kepada tuhan yang  Maha Esa. Aku tekad ingin melupakannya untuk selama-lamanya. Melupakan hari semalam yang amat menyedihkan.
Namun, sebelum sempat aku membina keyakinan baru tiba-tiba ayahanda yang amat dihormati dan disayangi telah pergi untuk selama-lamanya dan pergi tidak akan kembali lagi. Ayahanda pergi telah membawa adik angkatku merangkap adik sepupu bersamanya. Betapa sedih dan luluhnya hatiku saat ini. Kedua-dua mereka merupakan orang yang paling rapat denganku. Hancur luluh hatiku…
Selepas itu, tuhan sekali lagi menguji aku. Mak saudara aku tiba-tiba meninggal dunia pada hari kelima pemergian ayah dan adikku. Sekali lagi hati begitu kusut dan ketenteramanku tidak stabil.Namun, aku sedar perkara tersebut merupakan ujian getir yang perlu aku hadapi. Mak saudara pada waktu itu masih dan kuat dan sempat mandi sungai bersama adik-adikku. Apabila balik rumah dia tiba-tiba dia dijumpai oleh Pakcik sudak tidak bernyawa lagi. Tuhan telah menyayangi mereka daripada aku menyayangi mereka. Dalam tempoh seminggu 3 orang ahli keluarga sudah tidak ada.
Keinsafan menjelma dalam hatiku bahawa tuhan berkuasa melalui malaikatnya mencabut nyawa manusia secara tiba-tiba. Aku juga harus menerima dengan redha ujian yang telah Tuhan berikan kepadaku. Kematian bukan datang kepada orang yang berumur tetapi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Saya tahu apa yang saya perjuangan ialah kebenaran. Aku berjuang kerana Allah. Aku bukan minta wang, pangkat, kemewahan tetapi rezeli yang cukup untuk meneruskan hidup. Jika ditakdirkan aku mati esok hari aku mampu tersenyum kerana dapat berjuang untuk bangsa sendiri. Islam bukan untuk Melayu sahaja. Islam for all kerana perjuangan agama lebih kuat daripada perjuangan perkauman. Malaikat tidak akan akan Tanya kamu kaum apa apabila berada dalam alam kubur nanti.                                                                                                                                      

2 comments:

  1. shbtku...knpa kau tak bagi tahu hal yang sebenar n mengapa kau mendiam...aku shbtmu tertanya2 kmana kau menhilang....aku harap kau tabah mengahapi ujian ini yek, doa seorang sahabat yang sentiasa menyokong apa sahaja kerjaya mu k...

    ReplyDelete
  2. DOA dari seorang sahabat yang menyokong UMNO jugak!

    ReplyDelete