Search This Blog

Saturday, July 31, 2010

Pengkhianat!

Pengkhianat ialah orang yang tidak memikir nasib sesuatu bangsa malahan sanggup menindas bangsa tersebut untuk kepentingan diri sendiri. Dalam dunia ini terdapat ramai pengkhianat disekeliling kita malahan di Malaysia ramai pengkhianat bangsa Orang Asal adalah bangsa mereka sendiri. Dalam masyarakat Jahut sendiri terdapat mereka yang berlagak sebagai pelindung namun mereka inilah yang berkomplot dengan penyanggak umno-barisan nasional.

Dalam hidup saya telah berjumpa dengan ramai pengkhianat Jahut namun yang paling menonjol ialah Mr. Rahman Yunus. Saya cuba berbaik dengan dia namun tiba-tiba sahaja beliau telah menyerang kehidupan peribadi saya dengan dasyat. Saya nyatakan disini pengkhianat Jahut ialah Mr Rahman Yunus, beliau seoarang yang kurang cerdik yang pernah saya jumpa dalam masyarakat Jahut. Dalam bahasa kasar orang agak bodoh kerana tidak dapat menilaikan yang mana kerajaan, parti politik, kewajipan kerajaan dan keburukan kerajaan.

Saya telah mencabar dia membantu penduduk daerah Pekan namun sampai kini dia langsung tidak pergi berjumpa dengan Pak Long Sudin. Nampaknya beliau hanya pandai menyalak kepada orang lain yang cuba membantu masyarakatnya sendiri. Kenapa saya anggap dia paling bodoh kerana dia mempunyai Diploma dalam bidang pendidikan tetapi berfikiran macam atuk saya yang tidak mempunyai pelajaran. Kalau atuk saya berfikiran macam dia memang saya tidak marah kerana dia tidak memahami apa itu Umno dan kerajaan Malaysia. Umno ialah sebuah parti politik dan Kerajaan Malaysia ialah kuasa rakyat dan Perlembagaan Malaysia dan diketuai oleh Yang Dipertuan Agong. Sebab itu, agensi kerajaan dikenali sebagai Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bukannya Polis Di raja Umno (PDRUM).

Ramai juga kawan-kawan saya yang bekerja sebagai pekerja awam (Kerajaan), namun ada yang menyokong KEADILAN dan menyokong apa yang saya perjuangkan berkaitan status Orang Asli dan dan berkaitan status tanah adat Orang Asli. Malahan ramai pegawai JHEOA yang menghubungi saya memohon maaf kerana berkempen di Hulu Selangor. Kata meraka terpaksa melakukannya kerana arahan pihak tertentu. Saya faham ini merupakan kerja pemimpin Umno yang selalu menggunakan harta rakyat sebagai cawangan mereka. Jika ingkar, habis pegawai terbabit bersoal jawab dengan Special Branch (SB).

Saya berjanji tidak mendedahkan nama mereka kerana bimbang keselamatan dan kerjaya mereka terjejas. Saya tetap menyimpan kukuh nama mereka dalam hati. Hal ini berbeza dengan Mr Rahman Yunus yang jelas mahu menindaskan bangsa Jahut. Misalnya 150 ekar tanah Kg Paya Pelong, kampung beliau sendiri telah dirampas oleh JKKK kampung luar dan kroni Umno namun beliau hanya mendiam diri sahaja. Mana perginya taring yang selalu menyalak keatas usaha orang lain untuk mempertahankan bangsa sendiri daripada ketidakadilan kerajaan UMN0-Barisan Nasional.

Satu yang saya pinta kepada Mr Rahman insaflah dan fahami masalah bangsa sendiri kerana jika membiarkan UMNO terus memerintah tidak mungkin Orang Asal mempunyai hak milik keatas tanah adat. Mohon dia menyokong perjuangan Keadilan secara diam walaupun tidak menjadi ahli keadilan. Janganlah menangis suatu hari nanti jika Orang Asal duduk dibawah Jambatan dan janganlah generasi akan datang cucu-cicit menyalahkan kita dimana hak orang Asal?

8 comments:

  1. salam sejahtera.. bagus betul penyataan yg awak isukan dlm blog yg serba canggih ini. terima kasih. ini lah blog yang mana ia menarik minat saya kerana saya amat suka untuk berhujah dengan seorg pejuang orang asal yg mana awak telah pun menggelarkn diri awak sebagai pendekar jahut. cuma bagi saya walaupun awak telah lengkap bersenjata, namun strategi berjuang awak langsung tak kena dengan perjuangan orang2 jahut seadanya, seperti yang awak war2kan. hanya syok sendiri. kali ini saya nak berucap panjang sedikit. pertama, awak tak pernah bersua muka dengan saya tapi dalam blog awak war2kan cuba berbaik2 dengan saya tapi saya tak layan, nak hebahkan yang awak tu baik sangat. maklumla orang politik, cakap pun cakap politik. disini nampak sangat awak ni dh melatah..ke dah sewel. setahu saya masa awak jadi guru sandaran dulu saja yang saya sempat berborak, tu pun kadang2. awak kalau berselisih pun nak kata angkat tangan pun tak, asyik2 saya saja yang angkat tangan masa berselisih..saya hormat awak walaupun saya rasa saya lebih tua daripada awak 6 tahun. tapi saya tak kesah sebab saya rasa amalan yang baik tak patut dibanding beza dari segi umur. kalau nak ikut awak yang kena hormat saya sebab awak tu lebih muda daripada saya.. itu menandakan awak sorang yang sombong dan bongkak. Rata2 yang saya tanya bermula dari kg mendoi sampailah ke terbol galong majoriti yang langsung tak suka dengan perjuangan orang cerdik tetapi yang telah diperbodohkan macam awak. renung2lah entah mana silapnya ini dan tolong renung juga entah berapa keratlah jasa yang awak buat untuk kg sendiri saya pun tak tau, ni pulak nak membela seluruh jahut, bahkan kononnya nak jadi pemimpin orang asal(asli) seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  2. beginilah, baik awak berhenti mengarut atau melalut dengan omong kosong awak. saya rasa la, awak masih belum cukup matang dengan senario sistem politik dan pemerintahan di Malaysia. bah kan awak kata saya pengkhianat kerana saya tak mahu mengikut cabaran awak untuk menyelesaikan masalah tanah di Pekan, hei kawan..nampak sangat awak dah gila kuasa, sana nak usik sini nak usik, apa kurangnya kawan2 saya yang ada sana, tempat sendiri tak maju nak sibuk ambil urusan orang. dan untuk pengetahuan awak, masalah tersebut semuanya berpunca dari konco2 orang macam awak, parti yang awak agung2kan tu. come on la kawan, dunia ni kecik. sebenarnya.. awak cukup malu dengan pergerakan saya yang walaupun low profile, tak bising tetapi akan nampak hasil. apabila saya kritik cara pergerakan awak yang dah tak betul awak mula gelabah. tugas saya bukan untuk mencari musuh tetapi mencari rakan2 seperjuangan, kritikan saya adalah untuk menyadarkan awak berserta konco2 awak yang sudah kian jauh terpesong dari laluan sebenar dan Tugas saya adalah untuk membela keluarga, masyarakat, nusa dan bangsa saya, dan bukan untuk masuk campur urusan rumah tangga orang. bukan macam awak, ceramah sana ceramah sini.. sanggup memburuk-burukkan sesama kaum sendiri. orang ni tak betul, orang tu tak betul. habis? awak pikir apa yang awak buat tu betul?

    ReplyDelete
  3. memburuk2kan sesama sendiri bahkan satu kaum tu betul? awak cume pandai menyalak bukit macam anjing tetapi ketahuilah, bukit itu takkan runtuh kecuali dibom atau ditarah. Awak benci Umno, benci Barisan Nasional, Benci kerajaan malaysia tetapi awak masih duduk dalam Malaysia kenapa? yang awak sokong tu apa benda? PKR? bukan ke PKR tu parti politik? apa agenda yang diaorang bawak? Isu pemilikan tanah untuk Orang Asal? Dengar sini kawan...awak tau ke apa itu agenda politik? macam mana selepas 50 tahun merdeka baru diaorang bangkitkan isu tanah dan hak orang Asal? kenapa tidak 2 tahun selepas merdeka? Apa maksud disebaliknya? Takkan itu awak tak dapat baca ke? Memang tak dapat baca sebab kepala awak dah diracuni. Macamana seorang yang ada taraf ijazah boleh jadi kuda orang politik. yelah, sosiologi antropologi katakan? mana ade market value ijazah "sekerap" macam tu saya nak bagi tau awak.. untuk menyalak dalam kg bolehla sebab dalam kg awak tu awak adalah yang terkehadapan, pernah menjejak kaki ke U, tapi bagi saya taraf awak paras buku lali saya saja kalau awak anggap awak terlebih gah, sombong dan bongkak dengan pencapaian seperti itu. apa lebihnya ijazah sosiologi antropologi kalau berada di tempat yang salah, kalau ia digunakan untuk R n D untuk membangunkan masyarakat mungkin saya solute, tapi kalau untuk menyalak saya tak respect langsung, biar konco2 awak yang kolot pemikiran saja yang respect.

    ReplyDelete
  4. saya nak tanya, untuk apa awak jadi ahli PKR? nak berpolitik? adakah itu jalan untuk awak menunjukkan kecerdikan ataupun hanya menunjukkan kebodohan awak? untuk apa, untuk memburukkan sesama sendiri? untuk sedap berceramah? untuk jadi rencah berborak dalam kenduri-kendara? untuk mudah mewar-warkan omong kosong awak? hehehe.. hei kawan, Walaupun saya awak kata hanya taraf diploma pendidikan, tetapi pemikiran saya jauh kehadapan berbanding awak. saya sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, cuma benda ini terhalang sebab ada diantara pejuang tulen orang Asal berpikiran sempit macam awak dan konco2 awak. orang yang ada sebenarnya mempunyai pemikiran kolot dan sempit itu awak sebenarnya. sama seperti mereka2 yang mengikut pergerakan syok sendiri awak. Malaysia diperintah oleh parti politik, yang menggerakn agenda dalamannya pun komponen parti politik. awak benci parti politik umno, mic, mca, barisan nasional tapi awak sokong pulak PKR. Adakah PKR parti orang Asal(Asli)? sebuah parti yang dapat membela nasib orang Asal? No la kawan.., nampak sangat kepala hotak awak jauh tertinggal 50 tahun kebelakang. Siapa awak? di mana awak ketika barisan nasional memerintah? yes, awak orang kuat PKR, bagus! Tapi di mana awak ketika PKR memerintah kelak. Adakah bahagian awak akan diberi sama rata? awak akan jadi menteri? no la kawan. awak tetap akan duduk di kg Pian awak yang tercinta tu. orang takkan pandang lagi siapa awak, jasa awak, pengaruh awak. Yang awak benci umno, sebuah parti orang Melayu. Good, saya solute..tapi yang awak sokong PKR, pun sebuah parti orang Melayu, kenapa cetek betul pemikiran awak? Awak ingat diaorang akan berkongsi kuasa dengan awak? jangan beranganla kawan. Minyak dengan air takkan bercampur. tak percaya awak tengok akan datang. kenapa orang cerdik macam awak tak pikir agenda politik seperti ini! ke awak lebih bodoh daripada saya.

    ReplyDelete
  5. Yes, Saya bodoh macam yang awak cakap, saya mengaku, tapi biar saya bodoh demi maruah keluarga, masyarakat, kampung, masyarakat dan bangsa saya. saya rela berkorban demi diaorang. apa yang saya buat dan target adalah untuk meningkatkan sosio ekonomi dan memajukan orang kg saya, untuk pengetahuan awak yang berpikiran sempit..saya dah hampir selesaikan tugas saya dalam membangunkan tanah di kg saya sebanyak 1800 ekar di bawah program risda yang mana ia akan membangunkan pendapatan org kg saya daripada berada dibawah paras kemiskinan tegar kepada kurang lebih rm4000 sebulan. saya bukan berceramah, tetapi hanya dengan bekerja sepasukan bersama beberapa JKK kg saya. bukan cerdik macam awak tetapi jadi kuda orang, orang suruh berceramah awak berceramah bukan ada faedah, dahla tak ada faedah, sanggup memecah belahkan komuniti jahut dengan agenda politik omong kosong serta fahaman sempit awak bersama2 konco2 awak, jadi batu api untuk melaga - lagakan sesama satu kaum. mereka- mereka yang di luar sana sengih saja tengok bangsa orang Asli Jahut yang sudah semakin retak disebabkan orang cerdik macam awak, hanya tunggu masa saja mereka nak celahkan dan renggangkan. seperkara lagi, nama saya Raman a/l Yunos dan bukan Rahman a/l Yunus. nama orang asal(Asli) yang betul2 pio Jahut(ada sikit2 India)dan bukan mengambil nama celupan untuk mengindahkan nama sendiri (macam Mohd Ramli Iskandar bin Abdullah). Sebab itu saya tak suka jadi kuda orang, biar saya dengan kawan2 saya berjuang atas nama orang Asal sebenar.

    ReplyDelete
  6. lastly, untuk pengetahuan awak, Tugas saya membangunkan kampung dan masyarakat kaum saya dan bukan suka berpolitik omong kosong macam awak. Mungkin sebab hidup awak tidak berhaluan sebab itu awak 1: memeluk islam, 2: jadi orang suruhan untuk memecah- belahkan masyarakat Orang Asal Jahut kita, satu kaum yang bagi saya amat unik dan hebat, tetapi kewibawaan yang sekian lama terserlah tersekat oleh agenda pemikir2 yang berfikiran sempit macam awak. 3. menjadi transit mereka2 yang di luar sana untuk menyebarkan agenda politik untuk kepentingan diaorang. wei.. sedarla kawan.. jangan hanya berlagak dengan omong kosong, berpijaklah pada bumi yang nyata. kita duduk dalam Malaysia, tugas kita adalah untuk menyedarkan bangsa kita yang masih lena, kejutan yang kita beri biarlah ada dengan salamnya, bukan seperti salakan anjing waktu malam yang tak tau apa yang disalaknya ketika gelap. awak berhenti la dari menjadi kuda atau balaci orang, takkan orang cerdik macam awak cuma jadi ajen untuk memecah belahkan kaum. kaum binasa orang dapat untung. kalau awak orang yang bijak, nilai semula apa yang saya katakan, jangan gunakan akal pendek dan darah muda awak untuk menilai demi kemajuan bangsa Jahut kita. pikir2kan lah!

    ReplyDelete
  7. Akhirnya RAMLI LUGAN tak jawab2 yer... Masuk Islam untuk kepentingan bukan atas NIAT SUCI dan memperhambakan diri kepada Allah.. Hamba PKR rupanya... baru aku tau!

    ReplyDelete
  8. memang....btol .tu...aku ni jakun pekan...jakun kg permatang keledang...apa yg saudara kata,benda ni pun berlaku dalam masayarakat aku sendiri..masyarakat asli sekarang ni dah tak bersatu...orang lain ambil kesempatan terhadap bangsa kita...orang yg lemah diracun pemikiran.Orang yg tamak di rasuah kebendaan.

    ReplyDelete