Search This Blog

Sunday, March 14, 2010

warkah berlagu nasihat untuk cikgu

Sejak akhir-akhir ini, saya telah diserang hebat oleh pihak-pihak yang menganggap saya musuh mereka. Saya dikeji dan dihina dengan begitu teruk sekali terutamanya oleh seorang guru yang dinamakan "Sir Man". Beliau ini sentiasa tidak berpuas hati dan selalu mencari kesalahan saya. Malahan dalam blog saya telah diserang dengan pelbagai fitnah dan menasihat saya dengan ancaman mengikut emosi kemarahan beliau yang meluap-meluap terhadap saya. semakin banyak belaiu mengkritik saya semakin terserlah kebodohan dirinya.
Saya rasa beliau tidak layak dianugerahkan diploma pendidikan kerana kecetekan pemikiran beliau terbelakang 50 tahun lampau. Pada mulanya, saya membiarkan beliau bebas mengkritik saya namun beliau semakin galak menyebarkan anasir perkauman dan perlampau agama yang serius. Shafie Dris, Naib Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang daN Yusri Ahon, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang telah memberi nasihat bahawa saya patut mempertahankan diri. Saya nyatakan disini bahawa "Sir Man" ini seorang penyokong UMNO dan mempunyai sikap yang tidak disukai oleh masyarakat akar umbi Jahut :
1. beliau seorang cikgu tang berlagak dan angkuh kepada penjaga murid disekolah. Beliau mempunyai sikap tidak mesra dengan ibu bapa. Pekebun sekolah dan Jaga sekolah juga mengakuinya.
2. beliau seorang guru yang garang dan tidak bertimbang rasa kerana ramai berhenti sekolah kerana beliau. Saya ada bukti juka diminta. Beliau terlalu garang dengan murid tahun satu dan rotan sentiasa ditangan belaiu. Ketegasan tidak bertempat.
3. bercita-cita untuk menubuhkan cawangan UMNO dikampung beliau tetapi tidak mendapat sambutan kerana penduduk kampung lebih bimbangkan tanah mereka daripada diceroboh lagi.
4. Menurut kawan-kawan, beliau mempunyai angan-angan yang tigggi untuk menjadi YB suatu hari nanti. Lantaran itu, kehadiran saya menggugat impian beliau.

saya memberi nasihat kepada beliau fokus kepada tugas sebagai seorang cikgu dan jangan terlibat dengan politik jika hanya tahu mengkritik tetapi jarang turun keakar umbi. Saya dan kawan-kawan bercadang ingin menyaman beliau kerana menghina dan memalukan peribadi orang lain.

5 comments:

  1. hai..lama dh x jalan2 ke blog nie.biasa la,sejak ader facebook nie,dh jarang sy bukak blog..byk gak citer terkini ek...
    td bukak blog tpandang la tajuk N3 awk nie,mcm best jek...ingatkan betul2 la warkah berlagu nasihat utk sume cikgu2 rupanyer lain ek..hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera..

    Bagus juga gertakan awak dalam blog ini. Terima kasih kerana mula menyerang peribadi saya. Tetapi sebelum menyerang secara berterus - terusan. Awak harus fikir apakah awak berada di landasan yang tepat sebagai Orang Jahut yang sejati untuk memperjuangkan nasib Orang Jahut kita yang masih ketinggalan jauh di belakang kaum yang lain. Apakah Awak sedar awak sudah menjadi "kuda" kepada pihak tertentu yang ingin menggunakan orang yang bijak "pandai" macam awak demi kepentingan peribadi mereka? Saya rasa walaupun awak lepasan Universiti, tapi dalam hal kemasyarakatan dan isu semasa fikiran awak masih jauh ketinggalan, berbanding saya. Awak tidak ada benteng ketahanan diri "self" defending yang kuat, mudah goyah umpama lalang mudah berkata "yes bos" kepada orang2 yang kita tidak tahu matlamat yang tersirat. Awak menyatakan yang saya tidak mesra, tidak ramah, sombong dengan masyarakat. sifat itu sebenarnya sifat yang ada pada diri awak. Renunglah semula Dari Terbol sampailah ke Paya Seboi, entah berapa kerat saja yang awak kenal dan dikenali mereka dan rata2 orang kampung dari awak sendiri, menyatakan yang awak memang seorang yang angkuh, berhidung tinggi. Persoalan itu yang bermain di fikiran saya sekarang. Apakah benar benda ini terjadi? Mengapa? Sebagai seorang kawan, sahabat, dan Orang Asli Jahut yang sama dengan awak(dulu), niat saya adalah murni kerana ingin mengajak awak kembali kepada perjuangan asal, tetapi tidak sangka niat murni saya dianggap kebencian. Ya, memang saya benci..tetapi saya bencikan orang mempolitikkan kaum OA Jahut. Bagi saya, Kaum Jahut bukan kaum untuk dipolitikkan. Tuntutan mereka dan kita semua adalah hak dan bukan pro atau kontra kepada pihak2 kerajaan atau pembangkang!! itu maksud saya. Saya solute pada saudara Shafie Deris dan saudara Yusri Ahon yang hari ini(17/3/2010)di Putrajaya telah berjaya menyempurnakan tugas mereka sebagai ketua (Leader) bagi kaum Orang Asli Jahut dalam menuntut hak Orang Asli dan hanya atas nama "orang Asli" NEUTRAL dan bukan ada unsur politik. Leader seperti ini yang Orang Jahut inginkan sebenarnya Tetapi tidak pada awak, yang hanya pandai menghasut orang Asli supaya membenci pihak2 lain. Apabila tidak sealiran dengan awak, awak mula menganggap saya dan yang lain2 sebagai sekutu kuat si-polan2. Apabila saya cuba mendidik dengan serius dan tegas, awak mula cuba menyebarkan dakyah kosong awak supaya semua pihak membenci saya yang kononnya garang tidak bertempat, teringat saya masa awak mengajar sebagai guru sementara di SK Penderas. Tak pernah ke awak meninggikan suara?? Saya rasa setiap hari awak meninggikan suara sebab kelas tidak terkawal. Betul?? Apabila di luar mula awak mempertikaikannya. Pelik?? Apabila suara saya semakin lantang mengkritik haluan awak salah, mula awak menganggap saya nak jadi YB dan menjadi musuh awak. Sebenarnya yang nak menjadi YB bukan saya tetapi awak. Kan? Bukan saya tidak tahu ada antara "geng" awak memberitahu perkara itu kepada saya. Kenapa singkat sangat pemikiran awak. Saya tidak menyangka ada juga orang Jahut yang "busuk" hati macam awak. Kenapa "kepala" awak sudah diracuni sampai begitu sekali? Akhir sekali, renung2lah diri awak sedikit, betul atau tidak sama2 kita muhasabah diri melihat kembali dimana silap dan salah kita sehingga kita masih berada diawang-awangan. Semoga kita akan berada betul2 di landasan yang tepat untuk Orang Asli Jahut suatu masa nanti. Sekian.

    ReplyDelete
  3. Ni lah OA. sama sendiri bertekak kalau macam ni sampai sudah le bangsa kita duduk kat takuk tu. Dada yg brpelajaran sikit asyik bertekak sesama sendiri......

    ReplyDelete
  4. nur-oyuki awak rindukan saya hahaha (gurau je)

    ReplyDelete
  5. hakhahakhak..ye la tu pendekar jahut..
    (^_*)

    ReplyDelete