Search This Blog

Monday, March 22, 2010

PM perlu mintak maaf

Sejak akhir-akhir ini berita tentang isu kaum Jakun menjadi isu besar dan serius dalam negeri Pahang. Isu ini telah menjadi perdana setelah peranan pihak polis, media dan Umno yang memanipulasikan keadaan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Saya selaku ketua Penerangan Biro Orang Asal Keadilan Negeri Pahang berasa amat kesal perkara tersebut telah berlaku namun berita penggunaan perkataan Jakun tersebut merupakan satu berita salah faham antara pemimpin tertinggi parti sahabat PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap makna Jakun. Selain daripada itu, saudara Hj Mohamed Sabu juga sering menggunakan perkataan yang sama semasa berceramah. Kekesalan PKR Negeri Pahang terhadap perkara sensitif ini telah menyebabkan pihak MPN telah mengutus surat penjelasan dan berharap perkara tersebut tidak berlaku kemudian hari.
kekesalan kedua adalah tentang rancangan pihak polis, media dan Umno ini untuk kepentingan politik mereka. Di Paya Mengkuang pihak polis telah menggunakan Orang Asal suku kaum Jahut untuk menjayakan tipu muslihat mereka. Mereka telah menggunakan Batin Indris on, saudara Roman Achai, Man Ninggeh dan seorang kawan lagi untuk menjadi alat atau sampel supaya isu tersebut keluar media. Menurut Man dan Roman mereka telah dibawa oleh pihak polis untuk satu program yang dirahsiakan. Mereka telah dibawa oleh pihak tersebut dari rumah ke balai polis Temerloh. Disana telah tersedia report dan statement percuma. Roman dan kawan-kawan cuma pegang dan gambar diambil oleh Utusan Malaysia. Saya kesal kerana permainan kotor pihak terbabit.
Jika benar pihak ini betul-betul mahu membantu masyarakat Orang Asal mereka juga perlu mengajak kumpulan Pak Turut Orang Asal Kg. Penderas yang begitu bangga memperjuangkan isu kaum Jakun yang telah tersiar di Sinar Harian bangkit membuat laporan Polis terhadap Perdana Menteri Malaysia kerana menghina Orang Asal dengan panggilan SAKAI. Perkataan SAKAI membawa Konotasi dan membawa maksud yang menghina. Penghinaan muncul setelah beliau memenangi PRU 1999 dengan majoriti 200 undi SAKAI. Maksudnya belilau menghina seluruh Orang Asal di semenanjung bukan sahaja kaum Jakun di Pekan. PKR juga mahu beliau meminta maaf secara terbuka kepada Orang Asal. Beliau adalah warga Pahang jesteru beliau perlu memahami adat dan budaya Orang Asal berbanding Mohamed Sabu dari Pulau Pinang yang tiada masyarakat tersebut. Dato' Nik Aziz dari Kelantan pula mungkin tidak faham tentang suku kaum Jakun kerana di Kelantan hanya ada kaum Semai, Jahai dan Temiar. PM PERLU MINTA MAAF KEPADA ORANG ASAL SEMENANJUNG MALAYSIA.

3 comments:

  1. isu ini mejadi tanda tanya buat saya sahabat. saya dari suku kaum jakun yang inginkan penjelasan tepat dalam konteks ini agar masalah ini tidak di timbulkan lagi pada masa akan datang..sekian.

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera..

    Saya rasa jika ingin menangani isu sensitif perkataan JAKUN ini, saya rasa orang Asli seluruhnya perlu bersatu, tak kira orang Jakun atau pun suku lain. buat refomasi/bantahan beramai- ramai supaya lenyapkan perkataan tersebut lenyap sama ada perkataan atau makna nya daripada perbendaharaan kamus dewan. Berhubung terus dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP). Ini kerana jika sekali disebut, ia akan menjurus pada satu penghinaan atau berkaitan dengan sensitiviti kaum JAKUN di Malaysia. Inilah senario yang akan terjadi kalau satu isu dipolitikkan. Saya sebagai salah seorang kaum Asli pun akan terasa sekali walaupun saya bukan daripada kaum JAKUN. So...itu tindakan ideal saya fikir. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Jangan la buat kerja gila ramli..
    Konotasi maksud SAKAI pun awak dah salah tafsir. Nampak sangat tak cakne dengan bahase sendiri. Ngaku "pendekar Jahut" konon. Tu la..lain kali jangan bermegah dengan taraf pendidikan awak tu. Bile berkate tak pernah pijak lantai. konon pelajar terbaik dapat A dalam tesis la, itula, ini la, perkataan SAKAI pun tak dapat diberi maksud yang tepat. Apela..kalau fikiran sempit2 jugak..hahaha

    ReplyDelete