Search This Blog

Sunday, March 14, 2010

Pencerobohan lagi

Orang Asli Kg Paya Mengkuang, Temerloh Bantah Pencerobohan Tanah

Oleh Haji Suhaimi said
Inilah Batin Idris a/l On (berbaju merah).

Beliau sangat dukacita mengenangkan nasib yang dilalui oleh Orang Asli.

Idris mempersoalkan kenapa tanah mereka yang dikatakan Tanah Rezab Orang Asli boleh diceroboh dengan mudah oleh orang lain.
Katanya, "Kawasan Kg Paya Mengkuang ini dulunya luas, iaitu dari Kg Paya Keladan membawa ke kawasan perumahan yang kini dikenali sebagai Desa Murni.
Semua kawasan-kawasan itu kini menjadi milik hak Orang Melayu, dan kawasan Orang Asli menjadi semakin kecil. Hutan-hutan disini sudah habis ditebang dan Orang Asli disini tidak ada lagi mempunyai kawasan "rayau". Dan beliau sangat sedih kerana kawasan Tanah Adat mereka pun diceroboh oleh agensi-agensi Kerajaan sedangkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tidak dapat membela mereka.


Setelah mereka berpiket di kawasan tanah yang diceroboh, sebahagian dari mereka menghadirkan diri ke Balai Raya Kg Paya Mengkuang untuk merancang tindakan seterusnya. Yang berbaju merah itu adalah Batin Idris, beliau melahirkan perasaan dukacita kepada Pihak Berkuasa kerana membiarkan tanah adat mereka diceroboh untuk projek bagi kepentingan orang luar yang tidak sedikit pun menguntungkan penduduk Orang Asli kampong tersebut.


Penduduk Kg Paya Mengkuang,
Mukim Sanggang, Temerloh telah keluar beramai-ramai dengan membawa poster membantah pencerobohan Tanah Adat mereka jam 3.00 petang 10hb Jun 2009.






Tanah yang diceroboh itu terletak dipinggir tanah kampong mereka dan dikenali sebagai Paya Pak Inai, Penimba dan Tg Kempas.



Diatas tanah-tanah yang diceroboh itu kedapatan kubur-kubur lama mereka. Saya tidak kesempatan untuk melawat kawasan yang diceroboh iaitu tempat mereka berkumpul membuat bantahan tersebut kerana hanya diberitahu oleh Sdr Yusri Ahon jam menghampiri 5.00 petang.
Apabila saya mendapat tahuk bantahan itu saya terus pergi ke Kg Paya Mengkuang tetapi hanya dapat bertemu dengan penduduk kampong di Balai Raya Kg Paya Mengkuang dan dapat bertemu dengan Batin Idris A/L On (35 tahun).
Batin Idris menyatakan bahawa penduduk kampong sangat berdukacita dengan pencerobohan yang dilakukan keatas tanah adat mereka.
Kg Paya Mengkuang mempunyai penduduk seramai 530 orang terdiri daripada 132 keluarga. Katanya tanah yang diceroboh itu adalah untuk projek TSK yang dijalankan oleh RISDA dan tidak ada kena mengena dengan penduduk kampong kerana TSK itu bukan projek untuk orang kampong disitu.
Kawasan yang diceroboh itu merupakan kampong lama kepada penduduk Kg Paya Mengkuang sebelum mereka dipindahkan dari sana semasa berlaku banjir besar pada tahun 1971 dahulu, dan Orang Asli telah menduduki tanah tersebut sejak 1923.
Mereka menanam padi huma dan padi paya di kawasan tersebut dan juga menanam pokok getah secara bersendirian bagi menambah pendapatan keluarga.
Batin Idris menyatakan bahawa sudah dua kali mereka membuat laporan kepada pihak Polis dan beberapa kali mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi tidak ada sebarang tindakan positif yang diambil.
Penduduk kampong akan melantik seorang peguam bagi membela mereka jika pihak-pihak berkuasa pejabat tanah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tidak mengambil apa-apa tindakan, dan didalam pada itu mereka menyatakan perasaan keciwa mereka kerana JHEOA hanya berpeluk tubuh.
En Yusri Ahon, yang bertindak selaku Setiausaha kepada Majlis Batin-Batin Orang Jah Hut, hadir semasa Tunjuk Perasaan tersebut diadakan, dan beliau akan membawa kes pencerobohan ini kepada pihak Pejabat Tanah Temerloh dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.
Didalam perkembangan yang lain, penduduk-penduduk Kg Paya Mengkuang akan menubuhkan sebuah cawangan Parti Keadilan Rakyat di kampong mereka, dan 4 orang wakil mereka iaitu En Roman Achai, En Azizul Yunus, En Man Ninggeh dan En Jalil Jirat akan menghadiri mesyuarat Biro Hal Ehwal Orang Asli Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang di Pejabat PKR Negeri Pahang di Kuantan pada 14hb Jun 2009 akan datang.

No comments:

Post a Comment