TERPINGGIR DALAM BANTUAN KEAGAMAAN
Sewaktu saya menziarahi saudara muslim Orang Asal di Kuala Krau semasa aidilfitri yang lalu, saya terasa terlalu sedih kerana ada diantara mereka yang tidak dapat menyambutnya kerana kesempitan hidup dan kemiskinan yang melanda. Mereka juga berasa malu kepada masyarakat. Hari Raya pada mereka sama sahaja dengan kehidupan harian mereka kerana tiada siapa yang mengambil prihatin kepada kehidupan mereka. Pihak Jabatan Agama Islam dan Adat Resam Pahang (JAIP) hanya member sumbangan fakir miskin sebanyak RM200.OO selepas 3 minggu hari mulia tersebut berlangsung. Persoalanya kenapa semuan ini terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Sedangkan anak kucing tepi jalan kita bawa balik rumah dan peliharanya dengan baik dan inikan pula manusia. Adakah saudara muslim Orang Asal tidak penting. Rakan-rakan saya dari Jemaah Tabligh tidak lagi dating menziarahi kerana kekangan pihak tertentu.
Selain daripada itu, semasa Hari raya korban yang lalu, saya mendapati saudara muslim juga tidak dipandang dan diberi perhatian kerana daging korban tidak diagihkan secara samarata. Hari Raya tidak member makna kepada mereka. Pemerhatian yang dibuat daging korban hanya diberikan kepada saudara muslim yang taat kepada Umno. Adakah pihak ini sengaja menyerang secara psycologi untuk melemahkan masyarakat Orang Asal. Adakah pihak ini tidak takut DOSA kepada tuhan. Mereka mempolitikan bantuan demi parti politik sedangkan wang untuk membeli seekor lembu daripada wang zakat orang ramai.
Pada pandangan saya kita mesti memperkukuhkan ekonomi kita dahulu sebelum menganut apa2 agama. Bagi OA yg menganut Islam jika sebelum ini dapat mencari makan dengan sumber2 di persekitaran mereka setelah menganut Islam ada benda2 yg dulu boleh dimakan dah tak dpt nak makan. Sekarang seolah-olah OA menganut Islam kerana inginkan bantuan sahaja. Fikir2 lah
ReplyDeleteadik...bab agama adalah hak asasi. setiap individu ada hak untuk memilih agama mereka sendiri. Orang Asal tetap orang asal asalkan jangan lupa bahasa, budaya, adat resam dan keluarga. ini soal pihak berwajid yang sepatutnya memberi sokongan kepada saudara muslim dan jangan biar keseorangan menjadi murtad menambahkan dosa kita lagi.
ReplyDeleteAdik Pendekar, saya nak tanya berapa ramai kah OA yg menganut agama (terutamanya Islam) yg betul2 di atas keinginan sendiri?
ReplyDeletebagi pendapat saya,sukar untuk mengukur keinginan seseorang untuk memeluk sesuatu agama itu. namun yang benar2 ikhlas juga saya tidak pasti tetapi perlu melihat kepada amalan dia sendiri.banyak faktor perubahan agama meliputi politik,ekonomi dan sosial.kesimpulannya bukan sahaja perubahan agama islam disebabkan faktor diatas tetapi penyebaran agama kristian juga atas faktor yang sama. saya telah membuat kajian tentang agama kristian diperkampungan jahut didapati mereka menganut kristian kerana faktor kebendaan.
ReplyDelete