Search This Blog

Wednesday, December 16, 2009

bantahan dasar pemberimilikan tanah

BANTAHAN DASAR PEMBERIMILIKAN TANAH

Jaringan Orang Asal Se-Malaysia(JOAS) yang meliputi wakil dari negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang diketuai Oleh Cik Tijah Yok Chopil membantah Dasar Pemberimilikan Tanah terhadap Orang Asli kerana tanpa melibat masyarakat Orang Asli akar umbi dan dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam.

Dasar Pemberimilikan Tanah yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara seperti ada tangan ghaib yang telah mengarahkan supaya dasar ini diperkenalkan kerana kemenangan kes Sagong Tasi di Mahkamah Tinggi pada 2001.

Dasar ini ialah satu dasar yang zalim terhadap masyarakat orang asli sepanjang 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan menekan masyarakat tersebut dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Dasar ini telah mencabuli hak asasi manusia Orang Asli sebagai masyarakat asal Malaysia. Dasar yang tanpa jiwa dan mengambilkira sosio-budaya masyarakat Orang Asli dan juga telah melanggari perjanjian Antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia pada 2007 iaitu UN-DRIP.

Antara kandungan dasar zalim tersebut:

1. memberi ladang seluas 2 hingga 6 ekar mengikut kemampuan negeri dan

2. tapak rumah seluas 5000 kaki persegi hingga ¼ ekar

(bahagian 3d (1) (2))

3. sekiranya terdapat lebihan tanah setelah ditolak bahagian KIR Orang Asli di sesuatu kawasan yang layak diberikan milik tanah, maka lebihan tanah tersebut boleh dipertimbangan pemberimilikan kepada Orang Asli di kawasan lain.

4. sekiranya keluasan tanah tidak mencukupi mengikut nisbah keluasan yang dicadangkan untuk diberi milikan kepada KIR Orang Asli seperti di perenggan 19 (d), pemberimilikan tanah adalah mengikut nisbah keluasan yang lebih kecil, kecuali mereka bersedia untuk berpindah ke kawasan Orang Asli lain yang dipilih oleh kerajaan negeri.

5. setiap KIR Orang Asli hanya akan mendapat hak milik sekali sahaja di bawah Dasar ini dan tidak boleh menuntut hak milik :

Bagi tanah lain dalam kawasan Orang Asli yang sama dan kawasan yang lain.

Bagi mana-mana petempatan baru yang dibuka oleh KIR yang sama yang telahpun diberi hak milik sebelum ini di bawah Dasar ini.

6. KIR Orang Asli yang mendapat faedah dari Dasar ini, tidak boleh menuntut apa-apa pampas an, ganti rugi atau membawa sebarang tuntutan ke mahkamah ke atas tanah yang dinamakan kawasan rayau/saka.

7. sekiranya berlaku kematian setelah hak milik didaftarkan, tanah tersebut akan diturunkan milik (transmission) dan setiap pemilik baru hendaklah menandatangani perjanjian dengan pemaju pembangunan.

Kesimpulannya Orang Asli seperti ayam hutan liar yang tidak faham apa-apa hanya pihak luar seperti JHEOA sahaja berkuasa penuh bermula daripada kelahiran dan kematian masyarakat Orang Asli.

No comments:

Post a Comment