Pengundi muda dirayu 'balik kampung' | |||
|
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Khai Loon (bawah, kanan), purata 10 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor sekarang ini bekerja ataupun menghuni di tempat lain.
Justeru, katanya, PKR akan cuba merayu pengundi muda berkenaan supaya pulang melalui kempen di Facebook, laman mikro-blogging Twitter, mesej teks telefon dan video di internet.
“Kami juga menggesa rakan-rakan dan keluarga untuk memujuk mereka yang tinggal di luar Hulu Selangor untuk pulang Ahad ini. Gunakan pilihan raya kecil ini sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan keluarga,” katanya.
Pen
Beliau meramalkan separuh daripada pengundi muda dari Hulu Selangor bekerja di kawasan seperti Kuala Lumpur, Rawang, Selayang dan Tanjung Malim.
“Pengundi muda adalah penyokong kita, jadi kita tidak boleh kehilangan satu pun undi mereka,” katanya.
Undi Orang Asli
Selain undi golongan muda, parti-parti politik juga cuba meraih undi 721 orang Asli.
Bagaimanapun menurut PKR, BN menggunakan taktik kotor memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk berkempen bagi pihak mereka.
Antara barangan yang diberikan termasuk biji benih, makanan, alkohol, menganjur konsert rock dan juga wang tunai.
Namun menurut penduduk Kampung Orang Asli Serendah, Masah Anak Tan, dia masih tidak terpengaruh kerana BN melayan mereka tanpa sebarang hormat.
“Mereka datang membawa manggis dan kelapa tetapi setelah mengambil gambar, manggis-manggis itu dipunggah semula ke kenderaan mereka,” katanya.
Masah (kiri) juga m
Bagi Ramli Lugan, seorang Asli yang juga penyokong PKR, kehadiran polis itu dilihatnya sebagai satu bentuk ugutan.
Penduduk juga mendakwa JHEOA menggesa mereka menghalau para penyokong PKR yang kini menetap dengan beberapa keluarga orang Asli.
Exco kerajaan negeri Selangor bagi hal ehwal orang Asli, Elizabeth Wong menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk bertindak terhadap salah laku itu.
hebatnya BANNER PKR! Seronok pula saya membaca dialek bahasa apa tu yer?
ReplyDeleteOh, Elly Wong memang agak berkaliber waktu ni kan? Melalui perkhabaran, penyokong PKR hebat membuat kunjungan dari rumah ke rumah dan tidak pula bagi BN! Di mana peranan BN waktu itu?
Orang Asli setahu saya, akan menurut apa yang difikirkan baik bagi mereka. Keputusan ditangan mereka sendiri. Tidak kiralah kita berada di PARTI MANA, bantulah Orang Asli sepertimana kita membantu golongan ASNAF.