Search This Blog

Wednesday, May 5, 2010

Jahanam Hal ehwal Orang Asli (JHEOA)

Semasa berkempen di Hulu Selangor yang lalu, merupakan satu pengalaman pahit dan mencabar aku rasakan. Dimana waktu itu sebuah parti baru telah tibuhkan oleh para pembelit dan pembelot etnik Orang Asli. Parti tersebut dinamakan Parti Jahanam Hal ehwal Orang Asli. Parti ini merupakan parti baru yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan parti yang mementingan segala-galanya hiburan. Parti ini mempunyai banyak kenderaan untuk digunakan untuk sebarang aktiviti yang berbentuk hiburan. Tetapi yang peliknya, setiap logo JHEOA telah ditutup dengan kertas dan digam kemas. Ada seorang penduduk Kampung Serendah bertanya kenapa nak ditutup. Aku jawab dengan selamba JHEOA kan pemalu orangnya tetapi berhibur NO 1 lah pulak. Roslan hanya tersenyum dan tertawa mendengarnya.

Selama 4 hari aku bertugas di kawasan Felda bersama Guru aku, Haji Suhaimi Said banyak jugak pengalaman yang aku ditimba di Felda Suharto, Tengi, Tengi Selatan dan Gedangsa. Peristiwa paling mencabar ialah semasa mengedar risalah di kawasan UMNO, terjumpa seorang penyokong UMNO yang tegar.
" awak ni daripada PKR" aku menjawab " memang daripada PKR datang untuk menyedarkan peneroka tentang hak meraka yang telah ditindas". Dia menjawab lagi, " saya ni UMNO TULEN dan tidak berminat dengan PKR sebab Dato' Zaid kuat minum ARAK" Jawab saya lagi bahawa Arak adalah isu basi semasa dalam UMNO dan beliau telah bertaubat dan isu sekarang ialah isu penyelewengan felda. Sebelum aku berlalu ke tempat lain dia sempat berkata " dua tiga rumah disana adalah orang kuat UMNO jadi adik jangan lah pergi nanti terjadi apa-apa hal abang tak nak bertanggungjawab"
Dalam hatiku berkata macamlah dia tu polis nak ugut-ugut orang. Aku selamba sahaja dan apa-apa terjadi lantaklah. Sampai sahaja di rumah tersebut fuh memang nasib baik memang disambut dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Celaka Orang UMNO selalu menggugut orang je kerjanya.

1 comment:

  1. Wah, bukan calang-calang orang juga ye saudara RAMLI LUGAN ni! Seronok saya membaca artikel2 saudara..

    Betul ke perlakuan DATO' ZAID tu, meminum arak?
    bahayalah kalau penganut ISLAM jadi macam tu,dan nasib baik dia telah bertaubat!

    Mudah-mudahan taubatnya diterima ALLAH kerana dia lebih mengasihi umatnya.

    Tak sangka JHEOA juga buat program pembangunan Orang Asli time ni kan? Antara betul atau tidak apa yang saya dengar ni, penduduk kampung Serendah mendapat banyak bantuan JHEOA!

    cuma kenapa JHEOA perlu menutup logo ye? MOTIFnya mereka sahaja yang tahu!

    ReplyDelete