HULU SELANGOR, 22 April: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.
"Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal," ujar Uday Kadir, 45.
Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh jentera Umno/BN sejak kelmarin.
"Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang Asli," jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.
Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan pendedahan yang dibuatnya.
Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.
"Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada kenderaan JHEOA)," ujarnya.
Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung Gerachi Jaya.
"Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak."
Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.
"Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja," ujarnya.
Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.
"JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.
Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Lugan, 24, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.
"Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah," ujarnya.
Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik.
Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di sini.
"Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera BN beri RM10," beliau menambah.
Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.
Disebabkan kempen kesedaran yang dilakukan oleh para sukarelawan Orang Asli Pahang di Hulu Selangor, seorang Tok Batin Perat, 52, merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.
Dalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat kerana mempertikai JHEOA.
"Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor) kerana mahu pertahan tanah Orang Asal," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempertikai janji-janji manis segelintir pemimpin BN dalam menyelesaikan isu tanah asal mereka masing-masing.
"(BN) cakap tentang pembangunan padahal bohong belaka, buktikan pada Orang Asal di sini, rizabkan tanah-tanah Orang Asal.
"Saya lihat JHEOA dah jadi BN, nak tekan Orang Asal, tanah asal kerana Orang Asal mahu tinggalkan BN," jelasnya.
Ekoran itu, beliau mencabar BN supaya menyediakan peluang yang lebih realistik kepada Orang Asal sekiranya jujur mahu membantu Orang Asal di Hulu Selangor.
"Kalau betul (BN) nak tolong Orang Asal, buat tanaman Felcra, bagi Orang Asal uruskan ladang. Jangan bagi rasuah, jangan bagi rosak Orang Asli,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang komitmen calon Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah malar segar Orang Asal di Hulu Selangor.
“Sesiapa pun memerintah, yang penting rizabkan tanah Orang Asal. Kalau Zaid Ibrahim yang berjuang rizabkan tanah Orang Asal, maka Orang Asal sokong mereka yang rizabkan,” katanya.
Sebelum pada itu, Koordinator Bilik Gerakan Khas Orang Asli, Elizabeth Wong mempertikai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana membenarkan pihak Polis membuka pondok jaga di kampung-kampung Orang Asli.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, insiatif Polis itu mengakibatkan Orang Asli tidak bebas mendengar kempen-kempen politik sepanjang musim pilihan raya kecil kali ini.
"Sekiranya SPR bermaruah, dia seharusnya keluarkan semua pondok polis dari kampung-kampung Orang Asli. Kalau pondok Polis diletakkan di kampung-kampung Orang Melayu atau Cina, tak ada masalah.
"Tetapi, kalau Polis diletakkan di tempat Orang Asli mereka akan takut," jelasnya.
Tinjauan Harakahdaily mendapati, pilihan raya kali ini menyaksikan BN terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertikaian termasuk oleh Orang Asli tempatan.
Justice and united in struggle for Orang Asal of Malaysia Justice and united in struggle for Orang Asal of Malaysia
Search This Blog
Tuesday, May 4, 2010
ARAK DAN JHEOA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takpela.. banyak sangat mengutuk pun kalau nak kalah, kalah jugak.. Yang menang sengih, yang kalah murung..awak balik makan nasik dengan garam jugak.hehe
ReplyDeleteMakin banyak mengutuk, makin banyak mendedahkan kelemahan sendiri.Contohnye:
1. Jheoa badan kerajaan, memangla diorang akan bebas gune kenderaan Jheoa sebagai kenderaan rasmi diorang.(itu pun tak boleh pikir)
2. Tuduh Jheoa mabukkan OA, awak Cari la mane lagi kampung OA yang bebas daripade gejala mabuk tu, rasenye payah jugak nak jumpe.
3. Joget lambak dan karaoke, Semua kampung OA dah menjadikannye sebagai kebanggaan dan lambang kemegahan, tak joget tak karaoke tak sah nikah kahwin.(Tegurla OA d Kampung sendiri dulu)
4. Tuduh BN menabur janji manis, Haji Suhaimi pun same dengan dieorang jugak. Buat janji tu, buat janji ni..tunai tak jugak. Dah kene pekung sendiri.(Elektrik di kg Penderas "mambong" katenye Hj Suhaimi nak sambung sendiri, Balik2 kerajaan BN jugak yang buat)
5. Marahkan polis jadi tali barut BN, bile tak kene je buat laporan polis jugak.
(Kene kritik sikit nak saman konon, Report esok bg kat polis jugak)
Hai...Macam ni la kalau fikiran dah tersumbat dengan dakyah2 orang. Harap ade otak je tapi tak boleh pakai. hahaha..kusut2..(ini la name nye pendekar kusut)haha
Rahman Yunos jangan jadi bodoh, saya cabar Rahman Yunos di mana dan kepada siapa saya buat janji manis tu? Apa yang saya dan PKR perjuangkan adalah hak dan kepentingan orang Asal seperti mewartakan tanah orang Asal, geran untuk tanah orang Asal, pendidikan untuk anak2 orang Asal, kesihatan untuk orang Asal, perumahan yang mampu milik kepada orang Asal; ini bukan janji, ini adalah perjuangan dan perjuangan ini boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat memerintah, dan kami dengan sekeras-kerasnya menentang perbuatan Jakoa, dan UMNO melalaikan orang Asal dengan program mabuk, joget dan karaoke kerana program begini tidak akan membebaskan orang Asal dari masalah yang mereka hadapi. So, Rahman Yunos, jangan jadi bodoh!!!
Delete[seorang Tok Batin Perat, 52, merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.
ReplyDeleteDalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat kerana mempertikai JHEOA.
"Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor) kerana mahu pertahan tanah Orang Asal," jelasnya.]
Setahu saya, BATIN PERAT merupakan batin tersohor di Kg Pulau Banting, Jajahan Kuala Langat. Sudahkah Batin Perat ini meletakkan jawatannya sebagai batin yang dipilih JHEOA?
takut2 nanti beliau termakan balik LUDAH nya itu. Seronok beliau menggunakan ELAUN BATIN tersebut untuk menyokong PKR di Hulu Selangor kan? Wah best jugak kalau saya dapat menjadi batin! GAH di sana sini, duit dari PKR dapat apatah lagi duit dari JHEOA! heheh jangan marah ye BATIN PERAT! MOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI.