Masuk sahaja ke bulan May ini, telah genap setahun aku meninggalkan bumi negeri dibawah bayu. Kenangan demi kenangan muncul dalam fikiranku. Teringat masa mula-mula masuk universiti rasa seronok dan gembira berjumpa ramai kawan-kawn. Berjumpa dengan sahabat seperti Jal dari Rompin dan Otai dari Pekan. kami 3 orang memang sahabat yang kamcing. Bila ada pertandingan futsal kami gerenti masuk pertandingan, tidak kira kalah atau menang. Kami agak menyampah sikit dengan seorang mamat yang bernama Naz dari Perak. Beliau ini agak berlagak dan sentiasa menyepikan diri. Badan agak montel dan dalam kata lain agak gemuk tetapi handsome jugak hahaha. Walaupun agak berlagak tetapi aku dengan dia menjadi sahabat baik akhirnya. Peristiwa ini bermula daripada lawatan ke Kampung Kiulu. Di tempat itu, penempatannya memang berbukit dan si mamat ini pula dengan berlagaknya sentiasa berjalan laju dihadapan kami semua. Lastnya bila hari dah petang dia krem dan tidak boleh berjalan. aku dan seorang profesor menolong dia ke dalam bas semasa balik ke kampus. Mamat ini terlantar 3 hari dibilik kerana tidak boleh berjalan dan kakinya sakit. Hanya saya seorang yang prihatin dan menjaga dia setiap hari. Saya menolong membeli makanan di cafe. Semenjak peristiwa tersebut beliau menjadi sahabat baikku yang paling ceria. Beliau ialah Nas atau dikenali Sepak laju2.
Masuk sahaja tahun 2 di Universiti, Kehidupanku agak berubah sedikit semenjak kehadiran seorang gadis junior yang daripada sekolah yang sama semasa form 6. Semasa form 6 dia agak sombong sedikit denganku. Terserempak sahaja dimana-mana dia mesti mengelak. Apalah pulak kesalahanku sampai dia macam tu sekali. Tetapi bila di universiti kami jumpa lagi secara tidak sengaja. Terjumpa diperhentian bas, masa dia mula-mula mendaftar sebagai pelajar. Yang tak seronoknya dia berani pula menyuruh saya mengangkat segala beg-begnya ke kolej kediaman. Dahlah banyak sangat macam tak larat pulak aku mengangkatnya. Semenjak hari aku agak rapat dengan dia. Dia juga agak rapat dengan semua sahabatku. Bila ada kuliah minor dan bertembung dengan aktiviti luar. Dia yang menyalinkan nota untukku. Macam bertuahlah pulak aku masa tu. Kadang-kadang aku tak larat nak pergi kuliah sebab malamnya asyik lepak kedai mamak menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-juara sampai pagi. Apa kejadahnya? bangun awal tetapi tidak larat pergi kuliah. Tetapi dia tetap ada, kesudahannya bila minta nota kena leteren pedaslah akibatnya. Aku buat DEK je bila kena marah sebab yang penting dapat nota. Dah geng gila bola sampai lupa kuliah pagi esoknya.
Tersedar aku bahawa yang tinggal hanyalah kenangan dan kenangan itu sentiasa berada kemas dalam hatiku. Sebagai orang muda, aku bukanlah malaikat untuk tidak melakukan kesilapan. Perhubunganku dengan dia semakin renggang apabila aku terlibat dengan PKR sepenuh masa. Mungkin dia tidak begitu suka dan tidak memahami tentang perjuanganku. Banyak kali aku menjelaskan tentang apa itu perjuangan dan asas perjuangan PKR tentang Orang Asal. Dia mendesakku sama ada memilihnya dirinya atau perjuangan. Sebagai seorang berprinsip aku memilih perjuangan berbanding dirinya. Berjuang untuk rakyat miskin bukan kerana individu. Walaupun pahit untuk diterima namun aku redha dengan ujian tuhan. Sebagai insan biasa, aku masih mengingatinya dan Tuhan memberikanku perasaan "rindu" kepada dia. Namun, perasaan itu cuma aku pendam dalam hatiku. Walaupun aku dah berada di semenanjung tetapi hati telah tertinggal di Sabah. Selamat Berjaya dalam peperiksaan tahun akhir dan selamat menggulung ijazah.

No comments:
Post a Comment