Search This Blog

Sunday, May 3, 2009

LAGU PERJUANGAN ORANG ASAL

Lagu Perjuangan Orang Asal
OLEH: JaringanOrangAsal Se-Malaysia.
Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama, )
Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua,
wahai Orang Asal ) Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X
Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal, Mengapa nangis,
matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,)
Adat kami kini hampir hilang.) 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal) Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X

2 comments:

  1. Resolusi Badan Peguam Malaysia berkenaan hak-hak Orang Asli..

    Resolusi Badan Peguam Malaysia berkenaan hak-hak Orang Asli, mendapat sokongan sebulat suara di Mesyuarat Agung Badan Peguam Malaysia yang diadakan pada 14 Mac 2009 di Kuala Lumpur. [Bilangan ahli terkini adalah lebih kurang 13,000 peguam]

    Badan Peguam Malaysia,

    mengambil perhatian bahawa Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu wajib mempertahankan nilai-nilai yang mendasari undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa seperti yang termaktub, antara lainnya, dalam Perisytiharan Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik 1966 dan Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya 1966;

    mengambil perhatian bahawa Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979 dan Konvensyen Terhadap Hak-Hak Kanak-Kanak 1989, dan telah menandatangani Konvensyen Terhadap Hak-Hak Orang Kurang Upaya 2006 yang mana, antara lainnya, memberikan perlindungan kepada golongan yang mudah terjejas seperti wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya di Malaysia;

    mengambil perhatian bahawa Malaysia telah mengundi, di Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menerimapakai Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007 yang, antara lainnya, mengulangi hak-hak Orang Asli dalam menentukan nasib mereka sendiri;

    didorong oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kerajaan Negeri Selangor & Ors v Sagong Tasi & Ors [2005] 4 CLJ 169 yang mengiktiraf hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di bawah undang-undang lazim;

    didorong oleh perkembangan terbaru pengenalan dan penubuhan “Badan Bertindak Mengenai Hak-Hak Tanah Orang Asli” oleh Kerajaan Negeri Perak (di bawah Pakatan Rakyat);

    amat prihatin bahawa tanah adat Orang Asli menerima ancaman berterusan yang dilakukan atas nama “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli);

    amat prihatin bahawa sungguhpun Kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli namun sebaliknya Orang Asli sering dipaksa melepaskan tanah adat mereka kepada syarikat berkaitan Kerajaan atau swasta, atau atas alasan usahasama;

    amat prihatin bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah gagal memenuhi tanggungjawab fidusiarinya untuk memperkasa dan membantu kebajikan Orang Asli, malah terlibat sama dalam perlanggaran hak-hak Orang Asli;

    amat prihatin bahawa sesungguhnya implementasi polisi-polisi integrasi telah mengakibatkan penempatan semula Orang Asli secara paksa, memisahkan mereka daripada sumber mata pencarian untuk hidup mereka, cara hidup dari segi fizikal dan rohaniah mereka dan warisan ekonomi, sosial dan budaya mereka yang telah diamalkan dan dikembangkan sejak berabad-abad lamanya;

    amat prihatin bahawa majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka oleh kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan;

    amat prihatin bahawa dalam usaha menjustifikasikan polisi “pembangunan” serta tindakan menempatkan semula dan mengintegrasikan Orang Asli, pihak berkuasa cuba menggambarkan Orang Asli sebagai menentang perubahan-perubahan yang dikatakan untuk kebaikan Orang Asli sendiri;

    amat prihatin bahawa walaupun permintaan dan rayuan seringkali dibuat kepada pihak berkuasa, tanah adat Orang Asli masih belum diiktiraf dan dilindungi dengan sepenuhnya;

    mengambil perhatian bahawa sesungguhnya tiada penyelesaian mudah atau satu penyelesaian sahaja kepada pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli kerana masalah-masalah yang dihadapi bergantung kepada tempat dan komuniti berkenaan;

    mengambil perhatian bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan sedia ada bagi pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli bergantung kepada keperluan-keperluan masyarakat Orang Asli yang berkenaan, antara lainnya:
    (a) pemberian hakmilik tanah secara individu kepada setiap keluarga Orang Asli;

    (b) pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri yang berkenaan, di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara;

    (c) pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal di bawah Akta Orang Asli 1954 dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian-bahagian tanah komunal yang telah diwartakan; dan

    (d) dalam kes-kes berkecuali iaitu yang berhubungkait dengan masyarakat Orang Asli yang hidup secara separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas, peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi pendidikan dan bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka);

    amat prihatin bahawa kebanyakan komuniti Orang Asli tinggal tanpa kemudahan asas, ameniti-ameniti dan infrastruktur

    mengiktiraf bahawa Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai tetapi mudah terjejas, dan kehidupan, kebudayaan dan tanah adat mereka berhak mendapat perlindungan kita;
    1. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta supaya menghormati hak-hak Orang Asli sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak tersebut.

    2. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, melalui perundingan dan kerjasama dengan Orang Asli, supaya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, termasuk melalui aspek perundangan, dalam usaha mencapai maksud dan tujuan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007.

    3. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta menghentikan apa jua bentuk “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli), pembersihan hutan dan aktiviti-aktiviti pembalakan di atas tanah adat Orang Asli sehingga proses perundingan dengan masyarakat yang terjejas dijalankan, dan kebenaran bebas, yang natijah dan maklumat-maklumatnya dijelaskan terlebih dahulu, serta kerjasama diperolehi daripada masyarakat yang terbabit.

    4. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dan mewartakan tanah-tanah adat sebagai kawasan simpanan Orang Asli, dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai. Dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan keraguan, pemetaan yang dilakukan dengan rundingan dan kerjasama dari masyarakat Orang Asli hendaklah dilaksanakan.

    5. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mengadakan dan menjadi penganjur kepada sesi perundingan kebangsaan dengan masyarakat Orang Asli, badan-badan yang berkenaan dan pihak-pihak yang terbabit untuk membincangkan, mereka dan menerimapakai satu rangka kerja yang menyeluruh untuk dilaksanakan bagi menambahbaik kehidupan masyarakat Orang Asli termasuk memberikan setiap individu Orang Asli keseluruhan hak-hak yang dijamin di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa.

    6. Dengan lantangnya menyeru supaya sebuah “Badan Bertindak Peringkat Tertinggi Berkaitan Hal Ehwal Orang Asli” yang bebas ditubuhkan dengan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat Orang Asli, Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Peguam Negara, badan-badan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan hak-hak asasi manusia dan Majlis Peguam, antara lainnya, untuk mempertimbangkan pindaan-pindaan yang perlu ke atas Akta Orang Asli 1954 konsisten dengan undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa, dan untuk merumuskan polisi-polisi serta menyelaraskan inisiatif-inisiatif yang disasarkan untuk memperbaiki tahap perlindungan hak-hak masyarakat Orang Asli di negara ini.

    7. Memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk mengambil dan meneruskan langkah-langkah yang sesuai dan perlu bagi mengimplementasi, membantu dan memperkasakan masyarakat Orang Asli dalam perjuangan mereka mengangkat martabat dan melindungi hak-hak mereka di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera...macam ne lah baru pendekar...
    orang kita dah semakin maju dan terus membantu masyarakat kita yang lain .
    dari syukrilan
    http://www.redstone123.wordpress.com

    ReplyDelete