Search This Blog

Friday, May 22, 2009

Let's go for Perjuangan Orang Asal.


Pendekar Jahut sebagai mewakili penduduk Orang Asal Temerloh mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada NGO yang memberi sumbangan yang tidak terhingga kepada masyarakat Orang Asal Kuala Krau. Ucapan setinggi penghargaan kepada Roptary Club Temerloh kerana memberi sumbangan kepada Pak Faizal Desau dan keluarga. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Suhaimi Said kerana kesusahan dan pengorbanan beliau menjadi pemimpin masyarakat Jahut.

Kepada semua aktivist orang asal marilah kita bersatu dan menjalinkan social network dengan masyarakat semasa kita. Elakkan persengketaan sesama kita dan fokuskan kepada matlamat perjuangan tanpa mencampur aduk dengan kepentingan diri. Bersatu teguh dan bercerai roboh. Kepada golongan muda ayuh kembalikan semangat wajamu menyokong teguh generasi pemimpin kita sekarang.kita adalah pelapis pemimpin akan datang. Semenanjung+sabah+Sarawak= bersatu.

Untuk itu, Marilah kita berjuang untuk Orang Asli di Pahang, kerana kaum kita kaum yang paling tertinggal dan miskin di Negara ini. Marilah hulurkan sumbangan anda kepada Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang d/a F.128 Tingkat 1, Jln Tengku Ismail, Temerloh, hp 0199321260, emel: lksuhaimi@gmail.com atau hubungilah blog ini: http://lubokkawah.blogspot.com/. Kami juga mengumpulkan pakaian terpakai dan beras untuk disumbangkan kepada Orang Asli, maka hulurkanlah sumbangan ikhlas dan jujur. Sumbangan adalah untuk mendapat Keredhaan Allah bagi Orang Muslim dan demi kemanusiaan demi para dermawan pelbagai bangsa untuk satu Malaysia.

Wednesday, May 20, 2009

Episod 1: Aku Jahut.

Orang Jahut kuat mabuk”

Aku terdengar kata-kat beberapa pekerja sebuah gerai di Kuala Krau. Aku memang tidak terkejut dengan andaian seumpama itu. Tapi hairan mereka semua tidak mengenali aku juga seorang Jahut. Aku sedang makan tengah hari setelah balik dari JHEOA Temerloh untuk mendapatkan maklumat tentang tesis. Kenapa orang Islam mudah sangat mengkritik orang? Apa tugas mereka sebenar? Kenapa orang Islam tidak mahu berdakwah tentang kebaikan Islam kepada masyarakat orang asal.? Bila ditanya, jawapan mereka tugas JAKIM DAN MUIP, saya tidak pandai agama dan tidak kuat agama. Aku bingung kerana jawapan tersebut adalah mempunyai persepsi yang tidak betul. Nabi Muhammad S.AW. telah meninggalkan pusaka yang tidak ternilai iaitu Agama Islam. Jesteru, salah satu cara berdakwah ialah menjadi contoh yang baik kepada orang asal bukannya menceroboh dan mengacau anak dara orang asal.. Cara yang mudah pun tidak boleh buat..ah malas memikir perkara ni..

Sampai dirumah aku teringat pesanan seseorang. Abang Mie (Mohd Nazmi Abdul Majid) suruh aku buat memorandum tentang tanah orang asal tapi aku tidak pernah buat benda tersebut. Tugas kat universiti asyik-asyik kuliah dan buat assignment. Em tidak mengapalah, aku patut cuba perkara baru. Abang Mie adalah keturunan Melayu telah berkahwin kakak Gayah di Kampung Lubuk Wong. Abang Mie cakap segala isi memorandum tersebut dia serahkan padaku untuk membentuknya macam mana. Ah pening kepala jugak.
Tepat Jam 9 malam selepas Isyak di Surau Indera Pahlawan, aku terus pergi ke rumah Abang Mie membawa laptop dan kelihatan dia sedang melefon seseorang. Pada waktu tersebut di kampung Lubuk wong line handphone tidak berapa cliear. Jadi abang Mie hanya sangkut tali handphone pada tahan pokok nangka paling rendah. Kakak Gayah cakap, Abang Mie sedang coll Haji Suhaimi. Haji Suhaimi??...aku tidak kenal lah. Siapa dia? Sambung….

SINDIKET PELACURAN DI KUALA KRAU

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak sendikit yang datang ke perkampungan Orang Asal bukan sahaja di Kuala Krau tetapi seluruh Negara. Baru-baru satu sendikit pelacuran datang ke Kuala Krau untuk menipu gadis-gadis remaja untuk bekerja di restoren. Tapi orang yang datang memang tidak dikenali langsung dan datang pula membawa lori untuk mengangkut gadis-gadis macam sampah sahaja. Beberapa orang gadis Jahut terpedaya dengan tipu muslihat tersebut dan dibawa ke bandar besar di Pulau Pinang. Nasib nasib kesemua gadis-gadis tersebut selamat dan dibawa pulang ke Kuala Krau. Faktor kenapa selamat? Mereka cepat-cepat menghubungi pihak polis dan keluarga apabila terdapat keraguan.

Cara-cara mengatasi masalah tersebut .

Pertama, apabila orang luar untuk mencari pekerja dan orang itu memang tidak tidak dikenali-jangan layan langsung.

kedua, kalau ingin juga mencari pekerjaan dengan orang tersebut-minta fotostat KAD PENGENALAN DIA dan alamat dia.

Ketiga, jangan lupa bawa handset-memudahkan menghubungi polis dan keluarga.

Pastikan tempat tersebut mempunyai keluarha rapat yang tinggal.

Kesimpulan

Kepada gadis-gadis remaja berhati-hati dengan pihak luar yang tidak dikenali dan jangan mudah terpedaya. Selamat mencuba.

Monday, May 18, 2009

Persepsi Akhbar Utama

Semakin banyak yang bercakap tentang orang Asli di laman internet. ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Orang Asli adalah satu masyarakat PINGGIRAN yang dilabelkan oleh pengkaji terkenal Hasan Mat Nor (pak hasan). Memang benar kerana rakyat terutama ahli politik tidak memandang sangat tetapi semasa pilihanraya nanti saya berani bercakap macam-macam orang datang, jabatan kerajaan, orang besar dan orang berhormat. Tujuan mereka sama untuk meraih undi. Selepas itu, mereka semua lesap entah pergi kemana? TENTULAH mereka meraih kemenangan parti dengan jamuan di hotel tafaf 5 BINTANG. LUPA JANJI PADA ORANG ASLI. TIDAK percaya kita tengok lah nanti..
saya kecewa juga dengan orang-orang berhormat tetapi tidak menghormati hak orang asli selalu mungkir janji. Namun, kekecewaan terubat dengan perubahan sikap masyarakat sekarang lebih memberi perhatian sedikit berbanding dulu. Satu lagi akhbar arus perdana asyik dan jarang melaporkan keadaan sebenar Orang Asli. Hanya laporan begini YB BLAHH BLAH..BLAH DATANG MELAWAT kampung..Ini hanya motif mengampu sahaja.

Friday, May 15, 2009


Pendekar Jahut sudah 3 tahun bergelumang dengan buku-buku. kadang-kadang rasa bosan juga tetapi demi ilmu dan perjuangan untuk Orang Asli tetap semangat dan tabah. Lega dapat menyiapkan tesis bertajuk PENGARUH KUASA LUAR DAN PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT JAHUT DI KUALA KRAU. Rasa bercampur-campur, sedih dan gembira kerana dapat menghabis study namun sedih juga berpisah dengan kawan-kawan. Harap-harap dapat reunion satu hari nanti. Lama tidak membuka blog ni..kawan-kawan banyak bising, mereka cakap kenapa tidak menulis lagi. Maaflah saya busy sikit nak siap tesis bukannya senang. Kepada warga Jahut terima KASIH diucapkan kerana kerana menyokong tesis saya. Kepada aktivis orang asal teruskan perjuangan untuk masyarakat Orang asal. SEMOGA PERJUANGAN TIDAK AKAN PADAM. Saya pulang ke desa yang permai 26 MEI nanti.

Sunday, May 10, 2009

Marilah kita berjuang untuk Orang Asli di Pahang, kerana kaum kita kaum yang paling tertinggal dan miskin di Negara ini. Marilah. Ulurkan sumbangan anda kepada Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang d/a F.128 Tingkat 1, Jln Tengku Ismail, Temerloh, hp 0199321260, emel: lksuhaimi@gmail.com atau hubungilah bllog ini: http://lubokkawah.blogspot.com/. Kami juga mengumpulkan pakaian terpakai dan beras untuk disumbangkan kepada Orang Asli, maka hulurkanlah sumbangan ikhlas dan jujur..sumber suhaimi Said.

Sunday, May 3, 2009

LAGU PERJUANGAN ORANG ASAL

Lagu Perjuangan Orang Asal
OLEH: JaringanOrangAsal Se-Malaysia.
Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama, )
Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua,
wahai Orang Asal ) Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X
Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal, Mengapa nangis,
matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,)
Adat kami kini hampir hilang.) 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal) Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X

Tindakan Kerajaan Selangor

Kerajaan Selangor menarik balik rayuan terhadap tanah adat kaum Temuan

Kuala Lumpur 30 April, keputusan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap kes Sagong Tasi yang membabitkan pengambilan 38.477 ekar tanah adat kaum Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil pada tahun 1995 mendapat sokongan Majlis Peguam Malaysia (MPM)

Menurut Presidennya, Ragunath Kesavan menyatakan bahawa walaupun Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai, mereka adalah kumpulan masyarakat yang telah diabaikan sekian lama. Tambah beliau lagi, majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan.

Ragunath Kesavan juga bersetuju bahwa amalan tanda dan cakap-cakap kosong yang ditawarkan kepada masyarakat ini harus dihentikan. Beliau meliahat kaedah bagaimana negara ini melayan keperluan-keperluan dan hak-hak masyarakat ini mencerminkan komitmen kita kepada demokrasi dan hak-hak asasi manusia katanya dalam satu kenyataan yang telah dibuat.

Sehubungan itu, majlis tersebut menyeru supaya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengambil tindakan segera untuk menunaikan tanggungjawab fidusiari mereka untuk menghormati, mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli. Sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak yang terkandung dalam pengisytiharan tersebut.

Usul Majlis Peguam Malaysia terhadap tanah adat

1. Majlis itu juga menyeru kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dengan mewartakan tanah adat sebagai kawasan tanah simpanan Orang Asli.

2. Dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

3. Majlis Peguam telah mengemukakan satu usul berkaitan hak-hak masyarakat Orang Asli di Mesyuarat Agung-nya kali ke-63 yang telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Peguam Malaysia.

4. Selaras dengan usul tersebut, Majlis Peguam menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa bersama oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang bertujuan untuk memantau isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli dan kami komited untuk menjadi sekutu kepada inisiatif ini.

3. mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan badan ini tidak berapa lama lagi dan kami berharap Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Selangor.

Rumusan Majlis Peguam mengulangi sokongan dan kesediaan membantu kerajaan persekutuan dan (kerajaan) negeri dalam menjayakan usaha seperti ini yang sewajarnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat.

Sumber : Malaysiakini edisi 30 April 2009.

kejayaan Orang Asal

Kejayaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak masyarakat Orang Asal

Kuala Lumpur 11 Febuari 2009, Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga menyatakan bahawa sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak. Antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

1. Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

2. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

3. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

4. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

5. Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

Rumusan Majlis Peguam menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik. Majlis Peguam juga berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan. Majlis Peguam juga gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

Sumber : Malaysiakini 11 Febuari 2009.