Search This Blog

Sunday, January 17, 2010

Sokongan AMK Orang Asal kuat

Beberapa Road Show yang dijalankan di beberapa perkampungan Orang Asal di Cabang Kuala Krau sambutan dikalangan AMK adalah amat menggalakan kerana kehadiran begitu ramai sekali.mereka telah telah menyatakan sokongan dan kesetian kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya Kuala Krau.
Saudara Sani, Kg. Pian berkata lie,kau berjuanglah dengan gigih kerana kami semua AMK Kg ni akan berada dibelakang kau. Saya menjawabnya perjuangan ni bukan untuk individu seorang tetapi semua rakyat. Tetapi dia menjawab balik tetapi perlu seorang kapten untuk berjuang.
Saudara Hasan daripada Kg. Pasu pula berkata, pelik lah kau nie dah jadi pendidik berhenti pulak masuk PKR, semua untuk perjuangan Orang Asal saya menjawab kerana saya lihat kerajaan sekarang begitu zalim dan Undang-undang dibawah lutut meraka.
Aman Loh Ah Chua seorang AMK Kg. Penderas yang saya bawa ke Konvensyen PKR Pahang menunggu masa PRU 13 sahaja untuk bekerja keras memasang poster dan konvoi AMK kerana bersemangat dengan kehadiran saya menyertai PKR walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi. Saya rendah diri berkata perjuangan adalah untuk semua dan perlu ada keikhlasan diri sendiri. Ada pendidikan tidak GUNA kalau setakat untuk diri sendiri sahaja. Terima kasih saya ucapan kepada mereka tetapi sokongan tersebut adalah kerana usaha keras Haji suhaimi Said yang saya anggap sebagai TOK GURU saya dalam politik PKR cabang Kuala Krau.

2 comments:

  1. saya sebenarnya musykil dengan perjuangan yang awak cipta ni, awak sebenarnya bukan untuk berjuang demi orang Asli asal tetapi hanya mengikut telunjuk mainan politik orang. bagi saya awak adalah seorang yang tidak berpendirian dan sama seperti lalang. angin bertiup ke hulu, awak akan ikut lentok ke hulu dan begitu juga dengan sebaliknya. komen saya seterusnya adalah keraguan saya tentang status awak. bagi saya awak bukan lagi seorang Orang Asli Asal yang tulen. apabila awak beragama, awak bukan lagi dalam takrif Orang Asli Asal seperti yang awak war - warkan. tak percaya rujuk Akta 134 Orang Asli seksyen 3(1), 3(2), 3(3). betul tak? Pandai pulak mengaku Orang Asal ya?? Pendirian awak juga saya dapati tidak kukuh apabila sanggup berguru dengan ahli politik yang kecewa dan ingin meraih simpati kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki semasa dalam UMNO dahulu tanpa menyelidik apa yang tersirat dalam agenda mereka. awak taksub tak tentu pasal dalam perjuangan syok sendiri awak itu sehingga awak lupa bahawa ramai orang mula menyampah dengan kehadiran awak di kampung setelah awak pulang dari Sarawak. saya sudah selidik dan rata - rata mereka bermula dari kg Penderas hingga ke kg Galong dah mula loya dan mual dengan orang cetek akal macam awak. pesan saya, kembali lah kepada pangkal jalan dan asal awak dan berjuang lah membela nasib bangsa Orang Asli Jahut secara Neutral seperti saya. sekian.

    ReplyDelete
  2. Kamu tidak suka saya tidak mengapa? saya tidak paksa. biasalah orang UMNO TEGAR macam ini tidak suka melihat perkembangan ORANG ASAL lain. saya mungkin tidak disukai oleh ELIT UMNO tetapi akar umbi amat menyukai saya. UMNO TEGAR takut periuk nasi mereka terjejas. orang seperti ini ada gaya untuk menghancur dan menindas OA.Saya ada pendirian sendiri tidak bekerja dengan kerajaan tidak mengapa asalkan saya tidak jadi hamba UMNO SEPERTI KAMU.

    ReplyDelete