Kuala Krau 15 March, tahukah anda apakah makna perkataan Jahut? Perkataan Jahut ialah berasal daripada dua patah perkatan iaitu JAH dan HUT. Perkataan JAH bererti manusia dan Hut ialah berbeza. Makna penggabungan perkataan tersebut dapat difahami sebagai orang yang berbeza, berbeza daripada segi adat resam dan sosio-ekonomi dan cara hidup. Namun pada masa ini masyarakat Jahut tidak ada bezanya dengan masyarakat lain di Malaysia. masyarakat ini juga mempunyai hak yang sama rata sebagai kaum pribumi dan orang asal di Malaysia. Masyarakat ini penting kepada Malaysia dalam aspek POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI. Pembangunan sosial perlu dalam masyarakat Orang Asal dimana mereka perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam pembangunan. masyarakat Orang Asal pada masa ini bukanlah masyarakat yang statik tetapi masyarakat sudah bersedia menerima pembangunan dan amat dahagakan sebarang kemujuan di Kuala Krau ini. Kesediaan masyarakat ini untuk menerima perubahan dan pembangunan merupakan satu paradigma untuk kerajaan untuk membangunkan masyarakat JAHUT khususnya dan Orang Asal di Malaysia. Sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar untuk membangunkan masyarakat Orang Asal jika memahami budaya dan menjenguk sedikit tentang kehidupan mereka. kesukaran untuk membangunkan masyarakat Jahut adalah satu alasan pihak tertentu untuk menutup kelemahan diri sendiri. kaedah seperti DEB ialah sesuai untuk masyarakat Orang Asal. dimana bantuan yang diberikan amat menyeluruh dan seimbang baik dalam aspek pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi yang rata. Ketiga-tiga elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain. Peningkatan taraf pendidikan masyarakat Orang Asal berkaitan dengan soal pembanguan ekonomi. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan sesuai membolehkan pendidikan anak-anak berterusan sehingga ke peringkat terting tinggi. Soal kesihatan mempengaruhi ekonomi dan pendidikan. kesihatan yang baik dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan pendidikan dengan selesa tanpa seberang masalah.
salam kenal dari saya fahmi...nice blog and good info...
ReplyDeleteThank you for your comment mr.strengenge. I hope our malaysian support to orang asal. what do you think about Orang Asal ini malaysia?
ReplyDeleteSdr Pendekar,
ReplyDeletePada 12.4.09 ini zon tengah wanita PKR Pahang
(Jerantut, Maran, Bera, Temerloh dan Kuala Krau) akan menin gadakan perjumpaan di rumah Sdr Ahmad b. Dagu, Kg Penderas mulai jam 9.30 pagi. Boleh kita bertemu disana?
Pada 25.4.09 mulai 9.30 pagi berlangsung pula perjumpaan khas Biro Hal EhwalFelda dan Orang Asal di Sekolah Al-Mukmielakang (belakang supermarket Temerloh) Temerloh. Boleh tak hadir sekali?
salam..Tuan Haji Suhaimi.Saya kenal Tuan Haji sebab saya pernah membuat satu memorandom tentang tuntutan TANAH di Kg.Pian dulu. saya mintak maaf banyak-banyak saya tidak dapat hadir kerana menghadapi final exam ditahun akhir.InsyaAllah ada masa saya jumpa Tuan Haji Suhaimi.
ReplyDelete