Search This Blog

Monday, March 9, 2009

Sebut sahaja tentang Orang Asli, ada segelintir masyarakat Malaysia tidak menyedari tentang kewujudan masyarakat minoriti ini. Walaupun terdapat segelintir daripada masyarakat perdana menyedarinya tetapi tidak mengambil kisah tentang kehidupan komuniti ini. Gambaran ini menunjukan masyarakat luar kurang memberi perhatian kepada masyarakat asal ini. Menurut Hasan Mat Nor (2000), mengistilahkan masyarakat ini sebagai masyarakat ‘Pinggiran’. Ini bermakna, masyarakat Orang Asli adalah satu masyarakat yang masih mundur dan terpinggir dalam pelbagai aspek kehidupan. Disamping itu, pihak kerajaan juga walaupun cuba membantu membangunkan masyarakat ini namun pembagunan yang dilakukan begitu lembab dan kurang berkesan untuk membasmi tahap kemiskinan dalam masyarakat ini. Hal ini terjadi kerana tumpuan yang tidak menyeluruh dan menganggap masyarakat ini tidak penting kepada keperluan pembagunan negara dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, masyarakat Orang Asal telah diberikan pelbagai gelaran seperti Sakai, Orang Darat dan Semang. Menurut Hasan Mat Nor (2001), masyarakat Malaysia lain menggelarkan masyrakat Orang Asli berbagai-bagai nama antaranya Semang, Sakai, Semang dan Pangan. Kesemua gelaran membawa konotasi yang tidak baik dan prejudice terhadap komuniti ini. Gelaran ini telah diberikan kerana pelbagai sebab diantaranya ialah kerana kedudukan dan penempatan masyarakat ini terletak di kawasan hutan dan terpisah daripada dunia luar. Walaubagaimanapun, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, masyarakat orang asal ini merupakan rakyat dibawah naugan pemerintahan kesultanan Melayu Melaka. Dimana pada masa ini, terdapat hubungan yang agak rapat diantara Orang Asli dengan orang Melayu. Pengasingan masyarakat asal ini berterusan malalui penggubalan Akta 134 (Akta Orang Asli 1954) dalam perlembagaan Malaysia . Dimana dalam fasal 14 dalam akta ini, menyatakan kawasan Orang asli adalah kawasan larangan. Dalam fasal ini orang luar tidak dibenarkan masuk dan perintah keluar daripada kawasan Orang Asli atau akan didakwa dan akan didenda tidak melebihi daripada satu ribu ringgit.Pada masa kini, perlembagaan atau perundangan tentang masyarakat Orang Asli tidak pernah berubah atau dilakukan adaptasi dengan keadaan semasa. Dewasa ini kita melihat tiada perubahan yang ketara berlaku dalam pembangunan masyarakat Orang Asli. Terutamanya, tahap kemiskinan komuniti Orang Asli masih lagi dibawah tahap kemiskinan tegar. Walaupun kehidupan Orang Asli masih agak terasing dengan dunia luar namun jarak perhubungan masyarakat ini dengan masyarakat luar sudah terbuka dan tiada lagi sempadan yang menghalang komuniti ini terhadap kedatangan orang luar. Orang Asli sudah mempunyai pemikiran yang positif dan bersedia untuk menerima kedatangan orang luar sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau orang persendirian. Kedatangan orang luar ini mempunyai kuasa-kuasa tertentu yang boleh merubah kehidupan Orang Asli. Secara langsung atau tidak langsung kedatangan kuasa-kuasa luar ini telah mempengaruhi dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam kehidupan komuniti ini kepada tahap kehidupan yang baru.

8 comments:

  1. kepada semua masyarakat orang asal marilah kita berfikir sejenak. apakah peranan kita untuk membangunkan bangsa kita.

    ReplyDelete
  2. Hai Tenang..semoga tenang selalu..apa macam orang-orang kita di rompin?

    ReplyDelete
  3. Chat belaka geng..!!!.
    Sahabatku, dalam konteks EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK sememangnya masyarakat kita agak jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain yang semakin menuju kepuncaknya.
    Kita selaku pewarisnya yang memiliki sedikit ilmu mesti meneruskan perjuangan dalam membantu masyarakat kita. Yang paling utamanya ialah dalam konteks masyarakat kita sendiri, kalau boleh dan sebolehnya kita menunjukkan tauladan kepada mereka. sebagai contoh, membuka minda mereka yang masih lagi kekampungan. Memang tidak dinafikan, sudah ada masyarakat kita yang sudah berjaya namum jika di teliti sedalamnya hanya beberapa peratus sahaja itu pun 0.00 peratus dan jumlahnya tidak sebarapa.

    ReplyDelete
  4. Betul tenang...masyarakat kita masih agak ketinggalan dalam pelbagai bidang terutamanya aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan politik. Ruangan buletin ini bukan untuk menyalahkan sesiapa pun cuma ruangan untuk mencari kaeadah-kaedah yang terbaik untuk kita melangkah kehadapan. Kita pradigma baru untuk berdikari untuk membangunkan rumpun kita. Asas kepada kemajuan ialah bidang pendidikan. Semoga saudara orang asal menyedari hakikat sebenar hidup di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Kaedahnya sudah kita temui iaitu majukan diri dalam pendidikan kerana hanya ia mampu mengubah destinasi yang akan kita tuju dalam konteks membangunkan masyarakat Orang kita. Namun, kadang kala masyarakat Kita terhalang dalam konteks ekonomi yang sangat-sangat membelengui masyarakat kita. Ia agak sukar untuk di bendung, cara mengatasinya ialah kekuatan diri bukan sahaja mereka tetapi diri kita jugak kena lebih tabah dan sabar.

    ReplyDelete
  6. Yup..Penghalang kemajuan.oa patut harus mempunyai semangat dan sifat berdiri yang tinggi dalam membangunkan diri.Kita mencari peluang ekonomi baru contohnya perniagaan dan perkehidmatan lain.Jangan terlalu bergantung kepada pertanian.

    ReplyDelete
  7. Saya terkejut seketika bila ada yang mengatakan sesetengah sikap masyarakat Orang Kita suka menipu apabila sudah mempunyai kemajuan dan kesenangan sedikit. Bagi pendapat saya, sikap Orang Kita memang di kenali dengan ramah dan boleh menerima sesiapa sahaja termasuk dalam konteks agama, namun sikap yang negatif ini selalunya datang dari orang yang membawanya atau lebih senang pengaruh dari persekirannya. Ada masanya pihak ini menunjukkan ketidak jujuran dalan pelbagai aspek terutamanya dalam urusniaga jual beli yang melibatkan hasil-hasil Orang Kita. Harga di pasaran tidak sama dengan harga yang di beli dari tangan Orang kita. Maka, di simpulkan bahawasanya kita sedari setiap manusia ada kelemahanya tetapi ia janganlah sampai menipu untuk kepentingan diri dan bila melihat kesilapan orang lain menyalahinya tidak melihat akan diri sendiri.

    ReplyDelete