Search This Blog

Wednesday, December 16, 2009

PERALATKAN AGAMA

TERPINGGIR DALAM BANTUAN KEAGAMAAN

Sewaktu saya menziarahi saudara muslim Orang Asal di Kuala Krau semasa aidilfitri yang lalu, saya terasa terlalu sedih kerana ada diantara mereka yang tidak dapat menyambutnya kerana kesempitan hidup dan kemiskinan yang melanda. Mereka juga berasa malu kepada masyarakat. Hari Raya pada mereka sama sahaja dengan kehidupan harian mereka kerana tiada siapa yang mengambil prihatin kepada kehidupan mereka. Pihak Jabatan Agama Islam dan Adat Resam Pahang (JAIP) hanya member sumbangan fakir miskin sebanyak RM200.OO selepas 3 minggu hari mulia tersebut berlangsung. Persoalanya kenapa semuan ini terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Sedangkan anak kucing tepi jalan kita bawa balik rumah dan peliharanya dengan baik dan inikan pula manusia. Adakah saudara muslim Orang Asal tidak penting. Rakan-rakan saya dari Jemaah Tabligh tidak lagi dating menziarahi kerana kekangan pihak tertentu.

Selain daripada itu, semasa Hari raya korban yang lalu, saya mendapati saudara muslim juga tidak dipandang dan diberi perhatian kerana daging korban tidak diagihkan secara samarata. Hari Raya tidak member makna kepada mereka. Pemerhatian yang dibuat daging korban hanya diberikan kepada saudara muslim yang taat kepada Umno. Adakah pihak ini sengaja menyerang secara psycologi untuk melemahkan masyarakat Orang Asal. Adakah pihak ini tidak takut DOSA kepada tuhan. Mereka mempolitikan bantuan demi parti politik sedangkan wang untuk membeli seekor lembu daripada wang zakat orang ramai.

ZALIM

PERHILITAN MENANGKAP ORANG ASAL
Kuala Krau, pada 28 November yang lalu pihak PERHILITAN melalui 4 orang pegawainya bertindak ganas ala-ala samseng terhadap seorang penduduk orang asal di Kampong Terbol di sini kira-kira jam 11 pagi. Menurut penduduk tersebut ketika kejadian beliau bersama isteri dan anaknya sedang memotong kayu berhampiran ladang padi bukitnya. Kedudukan ladang padi tersebut didakwa berada dalam kawasan PERHILITAN menyebabkan pihak terbabit telah menangkap beliau dan merampas sebuah mesin pemotong kayu iaitu chain saw dan dua bilah parang yang kotot. Tindakan merampas harta peribadi merupakan satu kesalahan dan telah mencabul hak asasi seseorang. Sepatutnya pihak mestilah menggunaka pendekatan yang bijak dalam mengurus hutan dan tidak menjejas kepentingan masyarakat Orang Asal. Tindakan tersebut seperti cuba menakutkan masyarakat orang asal berdasar persepsi pentafsiran undang-undang yang salah.
Pihak-pihak seperti Jaringan Orang Asal Se-Malaysia dan Jaringan Orang Asal Pahang serta Parti Keadilan Rakyat membantah tindakan yang tidak bijak tersebut. Parti Keadilan Rakyat melalui Ketua cabang Kuala Krau, Haji Suhaimi Said menganggap tindakan tersebut tidak menghormati hak masyarakat Orang Asal di Kuala Krau. Manakala wakil POASM, Yusri Ahon pula tindakan tersebut mendatangkan kemarahan masyarakat Orang Asal secara keseluruhnya. Beliau bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman dalam masa yang terdekat.

Ranting Kg.lubok Wong.

Penubuhan ranting Kg. Lubuk Wong ialah pada 26 Disember 2009 bertempat di perkarangan rumah saudara Alias Bin Abdullah. Masa yang telah ditetapkan ialah jam 4.00 petang. Diharapkan saudara-saudara datang lebih awal. Saya mencadangkan selepas solat asar dan jam 6 petang akan diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara Pasukan AJK cabang Kuala Krau dengan pasukan remaja dan AMK dari Kg. Penderas. Diharapkan ketua cabang Haji Suhaimi dapat menyertainya walaupun dalam masa 10 minit. Masa perlawanan hanya 30 minit. (15 minit masa pertama). Perlawanan tamat sebelum maghrib.
PERSIDANGAN ISU TANAH DI PARLIMEN

Persidangan tanah akan diadakan di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2009 oleh beberapa wakil masyarakat Orang Asal Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Persidangan tersebut dibuat ala-ala Demonstrasi untuk membantah pindaan Undang-Undang 134 Akta Orang Asli.

Akta 134 telah dipindahkan tanpa perbincangan dan penglibatan suara masyarakat Orang Asal semenanjung secara keseluruhannya. Akta tersebut telah dipinda sesuka oleh pihak penindas masyarakat Orang Asal. Pihak Penindas tersebut hanya berbincang dengan Pak Turut dan Pak Angguk masyarakat Orang Asal. Pak Turut dan Pak Angguk dan angguk hanya bersetuju sahaja kerana not-not yang mempunyai potret Yang Di Pertuan Agong.
Pihak Penindas masyarakat Orang Asal telah terlebih dahulu meminda Seksyen 6 dan 7 akta tersebut tanpa bacaan di Dewan Rakyat. Seandainya kedua-dua seksyen tersebut telah dipinda akan menyebabkan Orang Asli lebih akan tertindas kerana kedua-dua Akta ini telah memberi kemenangan dalam kes Sagong Tasi dan Adong Kuwau.
Antara kandungan memorandum bantahan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat ialah:

1. isu tanah
` – mewartakan wilayah tanah adat
- memberi geran kepada tanah yang berdekatan jalan raya, kawasan temapat tinggal dan ladang-ladang komersial.

2. mendesak seksyen 6 dan 7 dalam Akta 134 mestilah dikekalkan tetapi seksyen 7(3) mestilah dipindakan mengikut kehendak dan kepentingan masyarakat Orang Asal

3. mengikhirafkan United Nation for declaration right indigenous peoples sebagai sebahagian undang-undang Malaysia.

P/s. Saya dapat menyertai kerana masalah JEMPUTAN saudara Shafie Dris telah menjemputnya. Saya mengucapkan selamat Berjaya kepada seluruh Orang Asal yang menyertainya.

TIDAK JUJUR

KERAJAAN TIDAK TULUS DAN ADA MUSLIHAT TERHADAP ORANG ASLI

Pada persidangan tanah yang diadakan pada 14.12.2009 yang lalu, pihak wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak jujur untuk membantu masyarakat Orang Asli kerana tidak menghantar wakilnya daripada UMNO untuk berjumpa dengan wakil masyarakat Orang Asli daripada JOAS yang diketuai oleh Cik Tijah Yok Chopil, Yusri Ahon, Shafie Dris dan July Lanchong. Sikap wakil pihak BN yang hanya menghantar Datuk Maijol Mahap daripada UPKO menyebabkan beberapa wakil Orang Asli tidak berpuas hati dengan sikap tidak prihatin mereka.

Pertemuan tersebut telah diadakan di Bilik Jawatankuasa1 Parlimen dan beberapa wakil Orang Asli telah membentangkan permasalahan masyarakat tersebut. Cik Tijah Yok Chopil dengan tajuk Masyarakat Orang Asli dan wilayah tanah Adat, Juli Lanchong dengan permasalahan Kemusnahan wilayah tanah adat oleh pembalakan dan kuari. Simpan Suda dengan karya kebaikan Taskforce Selangor dan Yusri Ahon membentangkan Adat Resam dan Tanah adat.
Pembentangan tersebut hanya dihadiri 6 wakil Pakatan Rakyat dan seorang wakil BN. Hal ini membolehkan membolehkan PR menang 6-1 memenangi hati masyarakat Orang Asli. Antara Komen YB.PR :
Datuk Johari Abdul Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR)
Beliau bertanya adakah kerajaan ikhlas untuk mengrezabkan tanah adat masyarakat Orang Asli secara memberi TITLE yang sah jangan memberi janji kosong kerana tiada surat hitam putih? Jangan memberi Rezab Orang Asli melalui Hebahan mulut tetapi member pelan yang sebenar yang telah digezet yan dipersetui masyarakat Orang Asli.
YB. Fauziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan (PKR)
Beliau menyatakan bahawa dinegeri pahang sahaja melibatkan hamper dalam 60 000 orang masyarakat orang asli dan melahirkan kebimbangan terhadap kerosakan 42 000 ekar di Negeri Pahang melibatkan tanah adat masyarakat Orang Asli. Beliau juga berkata jika masyarakat Orang Asli bersatu daripada seluruh Malaysia beliau bersedia menjadi wakil untuk menuntut hak masyarakat Orang Asli.
YB. N.Gobala Khrisnan Ahli Parlimen Padang Serai (PKR)
Beliau menyatakan kerajaan mestilah lebih demokrasi dalam memberi hak tanah adat terhadap masyarakat Orang Asli dan menuntut satu sistem infrastruktur yang baik dan persetujuan bersama dalam menyelesaikan masalah Orang Asli.
YB. Jayakumar Ahli Parlimen Sg. Siput (PSM)
Menyeru Orang Asli percayakan diri sendiri untuk mempertahankan Hak Tanah Adat. Juga, beliau mahu masyarakat Orang Asli meluahkan rasa tidak puas hati melalui tandatangan 50 000 masyarakat Orang Asli daripada akar umbi. YB. Jayakumar menyatakan bahawa pakatan pembangkang tidak cukup kuasa untuk menuntutnya tetapi memerlukan GERAKAN DARI BAWAH untuk mendesak kerajaan.
P/S Antara YB lain yang hadir ialah Siti Mariah Mahmud MP Kota Raja (PAS) dan Haji Mohsin MP Bagan Serai (PKR). Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Jayakumar kerana membelanjakan kami jamuan tengah hari dengan wang sendiri walaupun ada yang tidak cukup berbanding dengan YB-YB. BN kedekut walaupun hanya untuk makan tengah hari walaupun kaya-raya dengan projek kerajaan. Syabas PR kerana Berjaya menonjol imej yang baik.

bantahan dasar pemberimilikan tanah

BANTAHAN DASAR PEMBERIMILIKAN TANAH

Jaringan Orang Asal Se-Malaysia(JOAS) yang meliputi wakil dari negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang diketuai Oleh Cik Tijah Yok Chopil membantah Dasar Pemberimilikan Tanah terhadap Orang Asli kerana tanpa melibat masyarakat Orang Asli akar umbi dan dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam.

Dasar Pemberimilikan Tanah yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara seperti ada tangan ghaib yang telah mengarahkan supaya dasar ini diperkenalkan kerana kemenangan kes Sagong Tasi di Mahkamah Tinggi pada 2001.

Dasar ini ialah satu dasar yang zalim terhadap masyarakat orang asli sepanjang 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan menekan masyarakat tersebut dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Dasar ini telah mencabuli hak asasi manusia Orang Asli sebagai masyarakat asal Malaysia. Dasar yang tanpa jiwa dan mengambilkira sosio-budaya masyarakat Orang Asli dan juga telah melanggari perjanjian Antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia pada 2007 iaitu UN-DRIP.

Antara kandungan dasar zalim tersebut:

1. memberi ladang seluas 2 hingga 6 ekar mengikut kemampuan negeri dan

2. tapak rumah seluas 5000 kaki persegi hingga ¼ ekar

(bahagian 3d (1) (2))

3. sekiranya terdapat lebihan tanah setelah ditolak bahagian KIR Orang Asli di sesuatu kawasan yang layak diberikan milik tanah, maka lebihan tanah tersebut boleh dipertimbangan pemberimilikan kepada Orang Asli di kawasan lain.

4. sekiranya keluasan tanah tidak mencukupi mengikut nisbah keluasan yang dicadangkan untuk diberi milikan kepada KIR Orang Asli seperti di perenggan 19 (d), pemberimilikan tanah adalah mengikut nisbah keluasan yang lebih kecil, kecuali mereka bersedia untuk berpindah ke kawasan Orang Asli lain yang dipilih oleh kerajaan negeri.

5. setiap KIR Orang Asli hanya akan mendapat hak milik sekali sahaja di bawah Dasar ini dan tidak boleh menuntut hak milik :

Bagi tanah lain dalam kawasan Orang Asli yang sama dan kawasan yang lain.

Bagi mana-mana petempatan baru yang dibuka oleh KIR yang sama yang telahpun diberi hak milik sebelum ini di bawah Dasar ini.

6. KIR Orang Asli yang mendapat faedah dari Dasar ini, tidak boleh menuntut apa-apa pampas an, ganti rugi atau membawa sebarang tuntutan ke mahkamah ke atas tanah yang dinamakan kawasan rayau/saka.

7. sekiranya berlaku kematian setelah hak milik didaftarkan, tanah tersebut akan diturunkan milik (transmission) dan setiap pemilik baru hendaklah menandatangani perjanjian dengan pemaju pembangunan.

Kesimpulannya Orang Asli seperti ayam hutan liar yang tidak faham apa-apa hanya pihak luar seperti JHEOA sahaja berkuasa penuh bermula daripada kelahiran dan kematian masyarakat Orang Asli.

Monday, November 23, 2009

Berjumpa pemimpin masyarakat

Pada 22 dan 23 November 2009, saya secara tidak sengaja dan terduga saya telah berjumpa dengan pemimpin masyarakat Orang Asli yang berasal daripada Perak. beliau ialah Cik Tijah Yok Chopil. Beliau adalah aktivis yang bergiat dalam NGO seperti Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS), Center For Orang Asli Concerns (COAC) dan Jaringan Orang Asli Perak (JAKOP). Saya berasa gembira dan agak bangga dapat berjumpa beliau. Banyak isu sosial yang saya dan beliau bincangkan. Saya jugak hairan pemimpin masyarakat OA adalah seorang wanita.
Saya berjumpa beliau semasa ingin mengunjungi sahabat saya Bedul yang baru menyertai PKR. Kami bercadang untuk mendekati golongan muda di Kg. Pian supaya menyertai PKR untuk mengukuhkan parti. Tetapi di pertengahan jalan saya ditahan oleh saudara shafie Deris seorang AJK JOAS dan mengajak saya menyertai Seminar Pendedahan UN-DRIP kepada Orang Asal di Kampung Pian, Kuala Krau DAN DISERTAI oleh Orang Asal seluruh Pahang.
Selain itu pemimpin lain hadir ialah Yusri Ahon, saudara Hamid dan Tok Batin Mohamad Nohing daripada Bukit ROK yang telah Menyaman kerajaan NEGERI PAHANG KERANAN MENCEROBOH TANAH ADAT ORANG ASLI..saya akan membuat pendedahan tentang seminar dan kes mahkamah tersebut nanti.

JHEOA: Hidup segan, mati tak mahu

SUMBER: ALIRAN
Orang Asli kata "pergi!"... tetapi JHEOA sendiri masih terhegeh-hegeh kata pelindung and pejuang Orang Asli, demikan kata Tijal Yok Chopil.
Pertama-tamanya saya ingin menegaskan bahawa dalam dunia ini tiada manusia dan makluk yang perlu dibertahu bahawa dia sedang kelaparan/kebuluran dan perlu cari makan. Oleh yang demikian kebangkitan Orang Asli sekarang adalah atas dasar kesedaran sendiri bahawa kami selama ini sudah penat ditindas; penindasnya pula bukan hanya oleh berbagai pihak tetapi oleh pihak jabatan sendiri; TIDAK perlu dipengerahui! tidak perlu diberitahu! tidak perlu dihasut!...jika hampir 51 tahun OA dibawah naungan dan perlindungan dan pengawasan JHEOA, kami menduduki carta miskin tegar; 1. Nama OA dipergunakan oleh pihak jabatan; peruntukan untuk OA, projek TSK orang Asli, hospital OA, kenderaan OA, bangunan OA dan berbagai OA lagi.... tapi yang jelas dan yang semua orang telah dan sedang lihat adalah Orang Asli semakin miskin tegar!... Orang Asli kuli atas tanah dan projek yang dikatakan untuk OA... OA semakin merempat! 2. OA bukan dipengaruhi! Tetapi kami OA sendiri yang terpaksa mencari/merayu bantuan dari orang atau badan lain yang lebih perihatin dan berperikemanusiaan - kerana kami mendapati JHEOA sudah tidak boleh dipercayaai! tidak boleh diharap! tidak berguna! jual Orang Asli! ... makan duit OA!...mempergunakan OA! memesongkan OA supaya menjadi pak turut, jadi penakut! menjadi bodoh! menjadi buta dan bisu!...selama ini... 51 tahun. 3. Adakah kami dihasut? - bila seluruh projek TSK dalam projek RPS yang kononnya untuk OA dengan keluasan enam ekar seorang, tetapi OA terlibat hanya dapat dividen M400 setiap dua bulan sekali! - itupun setelah Orang Asli terlibat membuat bising atau mempersoalkan perkara tersebut jika tidak dividen hanya akan diperolehi setahun sekali atau setahun dua kali sebanyak RM400.... - bila tanah dan segala sumber, sejarah, usaha-usaha dan sebagainya OA dipaksa dan terpaksa tinggalkan dan berambus ke kawasan baru yang tidak ada apa-apa serta tanpa sebarang pampasan... Semuanya menurut JHEOA demi pembangunan negara dan OA diharuskan terima tanpa ada peluang dan diberi peluang membantah dan mempersoalkannya. Jelaslah dalam banyak kes-kes OA di Semenanjung Malaysia, JHEOA merupakan dalang, tukang hasut, tukang pengaruh dan tukang permudahkan proses ini. Tetapi entah apa jampinya sehingga saat ini JHEOA begitu kebal. Tidak ada satu orang pun dari mana ajensi kerajaan yang mempersoal atau siasat apa yang JHEOA buat! Semua kesalahan yang telah dibuat oleh JHEOA akan disalahkan kepada OA seratus peratus...Tijah Yok Chopil ialah Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli PerakSaya adalah setiausaha bagi Jaringan Kampung Orang Asli Perak; dan jaringan ini telah kami tubuhkan pada tahun 2003. dan pada masa itu kami kenalinya dengan nama Jaringan Kampung Orang Asli Semai Peringkat Batang Padang Perak. Diantara Tujuan mewujudkan jaringan kampung ini adalah untuk mendorong MOA dikampung-kampung supaya bersatupadu dan berkerjasama dalam usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan dan pelbagai isu yang dihadapi oleh OA yang keseluruhannya adalah sama. Selain itu tujuan kami adalah untuk berganding bahu mendidik dan mendorong OA supaya kami lebih berdikari dalam hal menuntut dan melindungi hak asasi kami yang sudah lama dinafikan dan semakin dilupuskan dan yang tidak dilindungi oleh JHEOA iaitu satu badan yang begitu berbangga bahawa merekalah pelindung OA selama 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.Pada tahun 2008 kami telah menggantikan nama pertubuhan kami kepada Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKAOP). Jaringan ini pula disokong kuat oleh Pusat Komunikasi Masyarakat KOMAS, Majlis Peguam Malaysia dan Pusat Bantuan Guaman dan Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC). Kami masyarakat Orang Asli terutamanya yang diperkampungan sangat memerlukan bantuan dari badan-badan ini kerana mereka sanggup membantu dan menyokong Orang Asli dengan ikhlas. Badan-badan ini telah mengembalikan keyakinan dan semangat kami sebagai seorang manusia seperti manusia lain.Oleh itu sebagai seorang OA saya sangat terkilan dengan kenyataan yang telah diberikan oleh ketua pengarah dan juga penolong Pengarah JHEOA Malaysia yang telah dikeluarkan di akhbar NST beberapa minggu yang lepas. Dan seluruh Orang Asli dibawah Jaringan Kampung Orang Asli Perak, sangat kecewa dengan kenyataan tersebut.

MEMORANDUM: Rakyat didahulukan, Projek Empangan Murum Dihentikan

YAB Pehin Sri Abdul Taib Bin MahmudKetua Menteri Sarawak22nd Floor, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya,93502 Kuching, Sarawak,Malaysia
Tarikh: 9 September 2009
Yang Amat Berhormat Pehin Sri,Salam hormat. Kami, wakil-wakil dan penduduk-penduduk kampung-kampung Penan di kawasan Sungai Peleiran-Murum, Daerah Belaga, Sarawak ingin membawa ke perhatian YAB Pehin Sri bahawa kami sangat bimbang dengan kehidupan kami sejak bermulanya kerja-kerja pembinaan empangan Murum dijalankan.YAB Pehin Sri telah sedia maklum bahawa kesemua kampung kami iaitu Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu, Long Malim dan Long Uba terletak di kawasan Sungai Peleiran iaitu di bahagian Ulu Sungai Murum, maka takungan air akibat empangan Murum akan membanjiri kampung-kampung, harta benda, tanah adat dan hutan kami. Sekaligus, kami akan dipaksa untuk berpindah ke suatu kawasan yang belum kami ketahui dan pasti. Kami juga sangat bimbang akan kesan-kesan dan impak-impak projek empangan Murum ke atas masa depan masyarakat kami.Untuk makluman YAB Pehin Sri, projek pembangunan dengan cara pembinaan empangan seperti Murum dam adalah suatu pembangunan yang akan membawa berbagai-bagai masalah secara sosial, ekonomi, budaya dan rohani kepada masyarakat kami. Kami sedar bahawa mana-mana projek pembangunan empangan yang dibina di Sarawak telah dengan nyatanya gagal memperbaiki keadaan hidup masyarakat sasar dan apatah lagi menjamin masa depan mereka. Contohnya, penduduk-penduduk di Skim Penempatan Semula (SPS) Batang Ai dan SPS Bakun Asap-Koyan sedang menghadapi banyak masalah, kesusahan dan kesempitan dalam kehidupan harian mereka yang sehingga kini masih belum dapat diselesai oleh pihak kerajaan. Kami juga menyaksi bahawa keadaan kehidupan masyarakat Penan Talun, Long Belangan di Skim Penempatan Semula Bakun Asap-Koyan lebih teruk lagi dibanding dengan sebelum-nya mereka dipaksa pindah akibat pembinaan empangan hidro-elektrik Bakun.Bagi kami masyarakat di kawasan Sungai Peleiran-Murum juga akan tidak terkecuali dari masalah-masalah dan impak-impak projek empangan sekiranya kerajaan masih hendak meneruskan pembinaan empangan Murum. Maka dengan ini kami sebulat suara menyeru agar pembinaan empangan Murum dibatal dan dihenti serta-merta. Seterusnya kami menyatakan seperti di bawah:-1) Menyeru kerajaan menghentikan semua program dan rancangan pembangunan yang bertujuan memaksa masyarakat kami berpindah dan ditempatkan semula jauh dari kawasan tanah adat kami;2) Meminta kerajaan menamatkan kerja-kerja dan rancangan pembinaan projek empangan Murum kerana impaknya akan menyebabkan berbagai-bagai masalah ke atas kehidupan kami; dan3) Menamatkan skim-skim pembangunan dan projek berskala besar yang mengancam dan menjejas hak, kehidupan, tanah adat dan hutan serta kesenambungan alam sekitar kami.Justeru itu, kami mahu suatu pembangunan mapan berasaskan jaminan sara diri yang cukup dan kesejahteraan hidup; hak-hak adat ke atas wilayah tanah dan hutan dihormati; dan sebuah pembangunan sosial dan ekonomi yang lengkap yang bersesuai serta menurut kebudayaan kami. Kami sentiasa menyokong dasar-dasar dan program pembangunan kerajaan selaras dengan visi, kemampuan, keupayaan dan kadar kemajuan kami sendiri ke arah hidupan mapan dan masa depan yang terjamin.Ke atas keprihatinan YAB Pehin Sri Ketua Menteri kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Selamat Hari KeMerdekaan “46 Tahun Sarawak Merdeka”
Posted by Sebana Menoa at 11:50 PM
Labels: , , ,

Penyiasatan Kes Rogol Wanita Penan Belum Selesai lagi

Oleh: Hellan Empaing

Pada 16 November 2009“Kenyataan Kes rogol wanita Penan selesai”, merupakan tajuk utama di akhbar Utusan Borneo hari ini. Apakah yang mereka cuba terangkan dengan perkataan SELESAI? Apakah kesudahannya?
Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada 13hb November, sekali lagi mengecewakan Persatuan Wanita Desa Sarawak (WADESA). Begitu mudah pihak polis mengambil keputusan untuk memberhentikan siasatan tersebut adalah kerana dengan alasan tiada kerjasama daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO). Selama ini apakah peranan polis dalam tugas mereka sebenar? Hanya menanti dan menunggu maklumat yang diberikan oleh pihak lain, kemudian baru mereka dapat dikatakan ada mengambil tindakan?
Sebenarnya WADESA tidak bersetuju dengan kenyataan sedemikian, kerana penyiasatan tersebut seharusnya diteruskan sehingga bukti dan penjenayah tersebut ditangkap dan dihukum, barulah kes ini boleh dikatakan bahawa tindakan penyiasatan dan panangkapan ini selesai. Selagi penjenayah tersebut belum lagi dibawa ke muka pengadilan kes ini tidak boleh dikatakan selesai begitu sahaja.
Kenyataan pihak polis bahawa pihak NGO enggan bekerjasama juga tidak benar, kerana pihak NGO serta agensi-agensi persekutuan sendiri turut turun padang menyiasat maklumat atas inisiatif sendiri untuk membuat siasatan. Dan apakah kekurangan keupayaan pihak polis yang memang sedia ada terlatih untuk menyiasat berbanding dengan pihak NGO? Saya pasti nilai kesabaran, berdikari, rajin dan amanah patut ada di dalam mereka menjalankan tugas.
Dan cara mendapatkan maklumat dan pendekatan juga haruslah dijalankan sebagai pihak yang benar-benar ikhlas ingin membantu wanita Penan, kerana wanita Penan sekarang ini dalam dilemma. Siapakah harus dipercayai sebagai tempat pengaduan yang tepat? Gambaran tentang polis bagi mereka adalah, polis akan menangkap mereka menyebabkan mereka takut untuk mendedahkan perkara sebenar.
Sejarah hidup mereka yang menjadi mangsa penderaan seksual telah berlaku beberapa tahun yang lampau, tetapi kerana kurang pengertian tentang maksud penderaan seksual tersebut, menyebabkan hari-hari yang mereka lalui berlalu begitu sahaja, sehingga ramai yang melahirkan anak yang tidak berayah.
Malah kini mereka menjadi mangsa untuk kali kedua, kerana apabila hasil siasatan dan laporan yang dikeluarkan menyebabkan wanita-wanita Penan ini akan diugut dan diancam oleh si "suami" untuk menarik balik kenyataan pertama dan mesti mengaku bahawa mereka tidak dirogol. Tetapi jika dilihat secara logiknya, adakah lelaki yang mengelar diri suami mereka itu, mengahwini mereka melalui prosedur yang sah ataupun melalui adat? Adakah suami mereka itu tidak mempunyai isteri lain selain wanita Penan?
WADESA meminta pihak polis meneruskan siasatan walapun dengan apa cara sekalipun. Kerana ini melibatkan masa depan wanita-wanita Penan, jika tidak ada pembelaan, maksudnya pendera seksual akan terus bermaharajalela dan masalah ini tidak akan dapat dibenteras. Kerana seolah-olah pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil berat dan bertugas dengan sikap sambil lewa.WADESA mohon agar pihak kerajaan bersimpati kepada nasib-nasib wanita Penan ini. Hentikan pembalakan di kawasan-kawasan tanah pengurip Penan serta merta, kerana semua masalah ini adalah berpunca daripada kemasukan syarikat-syarikat pembalakan yang menceroboh kawasan mereka.
WADESA menyarankan agar pihak kerajaan turut mempertimbangkan kepentingan penyiasatan ini harus diteruskan demi masa depan wanita-wanita Penan. Semua pihak diharapkan tidah hanya melepaskan batuk di tangga. - SM
Posted by Sebana Menoa at 8:55 PM
Labels: , ,

Friday, November 20, 2009

IDOLAKU

Idolaku

1. Saidina Abu Bakar al-sidiq

2. Dato' Seri Anwar Ibahim

3. Prof. Madya Hasan Mat Nor

Ketiga-tiga tokoh diatas merupakan tokoh muslim yang berjaya dalam bidang masing-masing. saidina Abu Bakar merupakan Khalifah di zaman pemerintahan Islam di TIMUR TENGAH manakala Dato seri Anwar Irahim merupakan tokoh politik malaysia yang mempunyai aura tersendiri, bersemangat waja, berilmu, akhlak yang baik dan sebagainya. Tokoh Akademik pula merupakan guru saya sendiri semasa menuntut di Universiti. Beliau juga mempunyai pengetahuan islam mendalam dan agama yang lain. saya juga mengagumi tokoh politik iaitu Haji Suhaimi Said. walaupun baru mengenalinya secara dekat namun beliau mempunyai aura pengaruh, pemimpin yang baik, semangat waja dan tidak berputus asa. Beliau merupakan calon yang sesuai untuk menjadi ADUN Jenderak nanti. Sama-samalah kita berdoa manjadi kenyataan.

Tuesday, November 17, 2009

Melawan Arus

Ayah saya adalah penyokong setia UMNO dan Ketua Gerak Gempur UMNO semasa PRU kE 12 yang lalu. Malahan halaman rumah saya adalah markas Gerak Kerja UMNO semasa pilihan tersebut. Pada masa tersebut saya masih di Universiti lagi, ayah saya seorang yang setia malahan kehulu-hilir dengan membawa bendera UMNO-BN dengan membawa motor kapcai untuk berkempen kepada orang ramai bagi ADUN JENDERAK sekarang. Ayah tidak mendapat apa-apa faedah pun tentang usaha beliau.

Tetapi sekarang beliau dah malas bekerja untuk UMNO tetapi bersikap neutral kerana saya berjaya memujuknya tentang kebenaran tentang keburukan UMNO..Saya rasa agak gembira tetapi Abang sepupu saya merangkap Setiusaha UMNO Penderas masih lagi keras. Perselisihan pendapat selalu ada tetapi saya yakin dapat memujuk beliau suatu hari nanti.

MESYUARAT konvensyen Orang Asal Keadilan Pahang Berjaya

Mesyuarat yang telah diadakan pada 15.11.2009 adalah berjaya kerana ramai saudara-saudara orang asal dari seluruh negeri pahang hadir pada jam 3.00 petang. Antara mereka yang hadir adalah dari Rompin, Bera, Pekan, Jerantut dan Maran. Kehadiran orang ramai kira-kira 100 orang. Majlis sebenar akan diadakan pada tahun depan. Diharapkan orang ramai akan hadir. Tempat telah diputuskan oleh saudara Bob Manolan adalah di Jerantut (Timbalan Pengerusi Biro Keadilan Pahang). HARAP SEMUA masyarakat Orang Asal hadir nanti. Bas akan disediakan.

p/s..Saudara Faizal Muharam sila hubungi saya kerana kita ada tugasan penting dan sertailah Kelab Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia. Saudara Faizal mempunyai kepakaran dalam jurusan Komunikasi dan Multimedia..Tugasan membuat dokementari tentang Orang Asal.

Friday, November 13, 2009

Penipu sebenar

Kata-kata YB. Tok Mat, ada pihak-pihak tertentu yang sengaja mengelirukan masyarakat Orang Asal Kuala Krau. Beliau berkata pihak-pihak ini setiap minggu masuk kampung untuk memecah-belahkan Orang Asal. Tetapi yang sebenarnya penipu ialah UMNO yang selalu memperdayakan Orang Asal. Antaranya soal geran Tanah dan banyak laGi sumbangan yang tidak dapat ditunaikan. sebenarnya UMNO semakin lemaH di perkampungan Orang Asal dan UMNO terpaksa MENUNAIKAN janji membuat JAMBATAN GANTUNG di Kampung PIAN untuk mengambil hati masyarakat ORANG ASAL. UMNO kampung Penderas BERSATU DEMI WANG dan tidak pernah membantu ORANG ASAL..UMNO Adalah Asobiyah manalaj ikhlas untuk membantu Orang Asal. maka itu, jom lah masuk keADILan.

Konvensyen Orang Asal

Hari esok bersamaan 15 November 2009 akan berlangsungnya majlis persiapan Konvensyen Orang Asal Negeri Pahang di Kampung Penderas, Kuala Krau. Semua Orang Asal dan rakyat Malaysia di jemput hadir. Orang Asal mempunyai 18 suku kaum dijempu hadir beramai-ramai kerana banyak program yang menarik yang akan diadakan. Sama-samalah kita berjuangan demi keadilan dan hak asasi Orang Asal.

Tuesday, November 3, 2009

JANJI KOSONG

Janji Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu masih tidak dapat dituniaikan Oleh UMNO-BARISAN NASIONAL (UBN). Janji untuk membekalkan air bersih kepada penduduk Orang Asal suku kaum Jahut di Kuala Krau masih tidak melihat hasilnya. YB Tok Mat Adun Jenderak DIAM MEMBISU saja. Kenapa boleh JADI macam ni tok? Penduduk tidak mempunyai sumber minuman yang bersih. Sumber utama air sungai tidak selamat lagi di minuman dan berkelodak apabila tiba air sungai bah. Janganlah bercakap Retorik misalnay geran TANAH entah bila akan dapat lagi. Keluar akhbar SINAR Harian tidak lama lagi akan dapat tapi janji tinggal janji sampai PRU 2012. CAKAP mula di kampung Penderas selepas itu Kampung PIAN. Mana satu yang Betul TOK MAT?

Keadilan Untuk Semua (KUS)

Agenda keadilan untuk semua adalah prinsip asas yang cuba diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR)Kuala Krau. Agenda ini mahukan keadilan untuk semua etnik meliputi Melayu, Orang Asal. Cina dan India dalam mengecapi pembangunan seimbang dan menikmati kebebasan hak asasi sejagat. AGenda ini juga mahu mengelakan sifat kabilah atau perkauman yang dipelopori oleh UMNO. KUS mahu menghapus rasuah dan penyelewengan berlaku dalam projek kerajaan dan sektor awam. Sama-sama kita membina Harapan Baru untuk kesejahteraan sejagat.

Konvesyen Orang Asal

Majlis persiapan Konvensyen Orang Asal Pahang akan diadakan pada 15 NOVEMBER 2009. Bertempat di Kampung Penderas. JAM lebih kurang 3.00 petang. Semua Orang Asal Malaysia dijemput hadir. KHUSUSNYA masyarakat Orang Asal Pahang iaitu Jahut, Temuan, Semelai, Semoq Beri, Jakun, Semai dan Che Wong. Kehadiran anda dapat memeriahkan suasana. Majlis sebenar akan diadakan pada 2010.

Thursday, July 30, 2009

ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA

Baru-baru ini akhbar arus perdana sengaja membangkitkan isu perkauman. Persoalanya relevankah isu tersebut sengaja dibangkitkan?. Malaysia telah mencapai kemerdekaan sudah 50 tahun. Kenapa isu tersebut dibangkitkan? Isu tersebut sengaja dibangkitkan untuk mengadu domba rakyat malaysia. malysia sebuah negara hampir berusia 50 tahun, bayangkan seorang bapa berumur 50 tahun telah mempunyai beberapa orang anak dan beberapa orang cucu. Pada tahap ini bapa tersebut sudah berada pada tahap matang dan menyedari asam garam kehidupan
begitulah perumpamaan untuk malaysia. Jesteru isu-isu perkauman tidak wajar dibangkit untuk mempertahankan kekuasaan. Rakyat Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan pelbagai etnik. Adalah tidak relevan lagi parti perkauaman bertakta di hati rakyat. Dalam hal ini media tidak harus menjajah pemikiran rakyat terutamanya yang tinggal di pedalaman. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah berkerjasama dan bersatu sebelum slogan satu malaysia, rakyat diutamakan. Slogan ini bertentang dengan isu yang dibangkitkan oleh media kawalan mereka. Dalam hal ini rakyat semakin terkeliru dengan padangan top down pemerintah.
Jesteru parti politik berbilang kaum adalah amat sesuai untuk dijadikan wadah menyampaikan suarak rakyat bukannya parti yang dibelenggu kepompong perkauaman. Malaysia tidak bergerak hadapan jika halangan perkauman tidak diatasi dan hanya mementingkan satu kaum. Realiti dan bukannya fastasi malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
Pandangan hanya BN sehaja yang boleh memerintah haruslah dibuang kerana parti lain juga layak untuk memerintah Malaysia kerana parti lain juga terdiri daripada manusia bukanya robot. Manusia mempunyai fikiran yang waras. Lepasi kepompong perkauman untuk menjadi warga malaysia yang prihatin. Kaum bumiputera jangan risau selagi ada perlembagaan hak rakyat tetap dipelihara. Contohi amerika syaraikat terdapat dua sistem parti dalm pemerintahan mereka. Demikrasi mereka lebih tulen daripada malaysia.

Hak-hak orang asal

Resolusi Badan Peguam Malaysia berkenaan hak-hak Orang Asli..

Resolusi Badan Peguam Malaysia berkenaan hak-hak Orang Asli, mendapat sokongan sebulat suara di Mesyuarat Agung Badan Peguam Malaysia yang diadakan pada 14 Mac 2009 di Kuala Lumpur. [Bilangan ahli terkini adalah lebih kurang 13,000 peguam]

Badan Peguam Malaysia,

mengambil perhatian bahawa Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu wajib mempertahankan nilai-nilai yang mendasari undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa seperti yang termaktub, antara lainnya, dalam Perisytiharan Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik 1966 dan Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya 1966;

mengambil perhatian bahawa Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979 dan Konvensyen Terhadap Hak-Hak Kanak-Kanak 1989, dan telah menandatangani Konvensyen Terhadap Hak-Hak Orang Kurang Upaya 2006 yang mana, antara lainnya, memberikan perlindungan kepada golongan yang mudah terjejas seperti wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya di Malaysia;

mengambil perhatian bahawa Malaysia telah mengundi, di Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menerimapakai Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007 yang, antara lainnya, mengulangi hak-hak Orang Asli dalam menentukan nasib mereka sendiri;

didorong oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kerajaan Negeri Selangor & Ors v Sagong Tasi & Ors [2005] 4 CLJ 169 yang mengiktiraf hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di bawah undang-undang lazim;

didorong oleh perkembangan terbaru pengenalan dan penubuhan “Badan Bertindak Mengenai Hak-Hak Tanah Orang Asli” oleh Kerajaan Negeri Perak (di bawah Pakatan Rakyat);

amat prihatin bahawa tanah adat Orang Asli menerima ancaman berterusan yang dilakukan atas nama “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli);

amat prihatin bahawa sungguhpun Kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli namun sebaliknya Orang Asli sering dipaksa melepaskan tanah adat mereka kepada syarikat berkaitan Kerajaan atau swasta, atau atas alasan usahasama;

amat prihatin bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah gagal memenuhi tanggungjawab fidusiarinya untuk memperkasa dan membantu kebajikan Orang Asli, malah terlibat sama dalam perlanggaran hak-hak Orang Asli;

amat prihatin bahawa sesungguhnya implementasi polisi-polisi integrasi telah mengakibatkan penempatan semula Orang Asli secara paksa, memisahkan mereka daripada sumber mata pencarian untuk hidup mereka, cara hidup dari segi fizikal dan rohaniah mereka dan warisan ekonomi, sosial dan budaya mereka yang telah diamalkan dan dikembangkan sejak berabad-abad lamanya;

amat prihatin bahawa majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka oleh kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan;

amat prihatin bahawa dalam usaha menjustifikasikan polisi “pembangunan” serta tindakan menempatkan semula dan mengintegrasikan Orang Asli, pihak berkuasa cuba menggambarkan Orang Asli sebagai menentang perubahan-perubahan yang dikatakan untuk kebaikan Orang Asli sendiri;

amat prihatin bahawa walaupun permintaan dan rayuan seringkali dibuat kepada pihak berkuasa, tanah adat Orang Asli masih belum diiktiraf dan dilindungi dengan sepenuhnya;

mengambil perhatian bahawa sesungguhnya tiada penyelesaian mudah atau satu penyelesaian sahaja kepada pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli kerana masalah-masalah yang dihadapi bergantung kepada tempat dan komuniti berkenaan;

mengambil perhatian bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan sedia ada bagi pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli bergantung kepada keperluan-keperluan masyarakat Orang Asli yang berkenaan, antara lainnya:
(a) pemberian hakmilik tanah secara individu kepada setiap keluarga Orang Asli;

(b) pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri yang berkenaan, di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara;

(c) pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal di bawah Akta Orang Asli 1954 dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian-bahagian tanah komunal yang telah diwartakan; dan

(d) dalam kes-kes berkecuali iaitu yang berhubungkait dengan masyarakat Orang Asli yang hidup secara separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas, peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi pendidikan dan bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka);

amat prihatin bahawa kebanyakan komuniti Orang Asli tinggal tanpa kemudahan asas, ameniti-ameniti dan infrastruktur

mengiktiraf bahawa Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai tetapi mudah terjejas, dan kehidupan, kebudayaan dan tanah adat mereka berhak mendapat perlindungan kita;
1. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta supaya menghormati hak-hak Orang Asli sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak tersebut.

2. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, melalui perundingan dan kerjasama dengan Orang Asli, supaya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, termasuk melalui aspek perundangan, dalam usaha mencapai maksud dan tujuan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007.

3. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta menghentikan apa jua bentuk “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli), pembersihan hutan dan aktiviti-aktiviti pembalakan di atas tanah adat Orang Asli sehingga proses perundingan dengan masyarakat yang terjejas dijalankan, dan kebenaran bebas, yang natijah dan maklumat-maklumatnya dijelaskan terlebih dahulu, serta kerjasama diperolehi daripada masyarakat yang terbabit.

4. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dan mewartakan tanah-tanah adat sebagai kawasan simpanan Orang Asli, dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai. Dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan keraguan, pemetaan yang dilakukan dengan rundingan dan kerjasama dari masyarakat Orang Asli hendaklah dilaksanakan.

5. Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mengadakan dan menjadi penganjur kepada sesi perundingan kebangsaan dengan masyarakat Orang Asli, badan-badan yang berkenaan dan pihak-pihak yang terbabit untuk membincangkan, mereka dan menerimapakai satu rangka kerja yang menyeluruh untuk dilaksanakan bagi menambahbaik kehidupan masyarakat Orang Asli termasuk memberikan setiap individu Orang Asli keseluruhan hak-hak yang dijamin di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa.

6. Dengan lantangnya menyeru supaya sebuah “Badan Bertindak Peringkat Tertinggi Berkaitan Hal Ehwal Orang Asli” yang bebas ditubuhkan dengan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat Orang Asli, Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Peguam Negara, badan-badan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan hak-hak asasi manusia dan Majlis Peguam, antara lainnya, untuk mempertimbangkan pindaan-pindaan yang perlu ke atas Akta Orang Asli 1954 konsisten dengan undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa, dan untuk merumuskan polisi-polisi serta menyelaraskan inisiatif-inisiatif yang disasarkan untuk memperbaiki tahap perlindungan hak-hak masyarakat Orang Asli di negara ini.

7. Memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk mengambil dan meneruskan langkah-langkah yang sesuai dan perlu bagi mengimplementasi, membantu dan memperkasakan masyarakat Orang Asli dalam perjuangan mereka mengangkat martabat dan melindungi hak-hak mereka di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa.
OLEH : FAIZAL MUHARAM

Sunday, July 26, 2009

Kampung yang Terpinggir..

Kuala Krau, 27 Julai 2009. Sebut sahaja perkampungan Orang Asal Kuala Krau masih ramai yang tidak mengetahuinya. Sebenarnya di Kuala Krau merupakan pusat rumpun Orang Asal suku kaum Jahut. Jumlah sebenarnya masyarakat Jahut ialah sebanyak 8000 Orang jiwa. Statistik yang dikeluarkan oleh JHEOA , 2003 menghampiri 6000 orang jiwa. Di Kuala Krau terdapat 9 buah perkampungan Orang Asli dan 2 buah kampung terdapat di Jerantut.
Di antara banyak kampung tersebut, kampung Lubok Wong adalah yang terpinggir kerana perkampungan tersebut tidak mempunyai ketua atau batin. Saya sebagai setiuasaha yang dilantik oleh penduduk kampung telah 2 kali menghantar surat permohonan mewujudkan batin tetapi sampai sekarang masih tidak seberang jawapan daripada pihak terbabit.
Banyak kali penduduk kampung tersebut bertanyakan hal tersebut namun sampai sekarang saya pun tidak tahu menjawabnya. Sebenarnya kampung Lubok Wong termasuk dalam Kampung Pian, jesteru, terdapat campur tangan pihak ketiga yang cuba menghalang permohonan tersebut. Pihak terbabit takut elaun yang diterimanya secara bulanan akan berkurangan setelah kampung Lubok Wong mempunyai batin sendiri.
Banyak faedahnya kampung Lubok Wong mempunyai seorang batin sendiri, dimana seorang batin boleh merangka pembangunan kampung, mentadbir kampung dan menyelesaikan permasalahan kampung. Hal ini terjadi kerana hanya Kampung Pian sahaja yang menerima pemabungunan misalnya rumah PPRT namun dan segala urusan pembanguan penduduk kampung pian yang menerima faedah. Walaupun pembanguan ekonomi Kampung Lubok Wong bolehlah dikatakan meningkat sedikit namun pembangunan lain masih terpinggir. Kepada pihak yang berkenan tolong percepatkan permohonan pihak kami.

Wednesday, July 22, 2009

Tabik Hormat.."BOS"

Kuala Krau, 23 Julai 2009. Baru-baru ini saya berjumpa dengan saudara Yusri bin ahon di kuala Krau. Saya tabik tanda hormat kepada beliau kerana mengagumi keberanian dan kejujuaran beliau dalam memperjuangkan nasib Orang Asli. Beliau boleh dikatakan sebahai pejuang yang sejati dan "Pahlawan Jahut".
Beliau adalah perjuang sejati kerana sanggup berjuang untuk mendapatkan hak dengan mengorbankan teaga, masa dan wang ringgit yang banyak.
Syabas saya ucapkan kepada saudara Yusri bin Hon. Teruskan perjuangan sampai titisan darah yang terakhir.

Tuesday, July 21, 2009

"AKU JAHUT" EPISOD 3

Aku, Yon, Khai, Amli, Amin, Naz dan Anuar adalah pelajar tingkatan 6 atas ekonomi ABS adalah sahabat karib dulu sehingga kini. Aku dan Yon tinggal di Kuala Krau. Khai tinggal di Kampung Bangau Tanjung, Naz tinggal di Kampung Lipat Kajang, Amli di Kampung Batu 11, Anuar di kampung Paya Keladan dan Amin tinggal di Kampung Lubuk Kawah.
ABS sebuah sekolah yang meninggalkan sweet memory kat aku dengan team-team aku. Cikgu-cikgu baik, best dan paling supporting. Masa tu aku tidak belajar sangat, aku banyak relax-relax dengan team-team aku. Study biar lepak result biar gembak konon. Pendek kata kat ABS aku langsung tidak ada tekanan untuk menghadapi STPM.
Masa yang paling lucu aku dan member-member masuk futsal ABS. Si Yon sebagai ketua pasukan beriya-iya ingin masuk kejohanan tersebut. Alamak !! semua member-member aku semuanya kaki bangku kecuali aku dengan Yon yang pernah mewakli sekolah.
Bila tiba time main, hanya aku dengan yon sahaja yang bertindak sebagai pemain tengah dan penyerang. Member-member lain hanya berkubu di depan gawang sendiri. Oleh kerana kitaorang hanya menggunakan taktik bertahan menyebabkan pasukan 6 Atas Kemanusiaan, 6 Atas sastera dan Pasukan Futsal ABS berasa tidak puas hati. Pernah sekali pasukan Futsal ABS yang barisi pasukan sekolah hampir-hampir mencetuskan pergaduhan. Namun, nasib baik ada cikgu Zamzuri yang bijak dan bertindak pantas.
Team aku menang sebagai naib juara kalah kepada 6 Atas Sastera dengan jarangan 0-1. kesimpulannya, walaupun team tidak pandai main tetapi taktik dan semangat berpasukan menyebabkan kejayaan kami. Begitulah juga Orang Asal kena bijak dan bersatu hati dalam perjuangan,

Analisis politik terkini dalam perkampungan Jahut

Kuala Krau, 22 Julai 2009. Jika awal tahun 1980-an sehingga 1990-an perkampungan masyarakat Orang Asli jahut terkenal sebagai kubu kuar BN. Pihak pembangkang sukar memasuki dan menyakinkan masyarakat Jahut di kuala krau. Setiap kali pilihanraya DUN Jenderak berjaya mempertahankan kerusinanya. Faktor kemenangan DUN Jenderak kerana sokongan 100% masyarakat Jahut terhadap BN.
Namun, entah apa silapnya sokongan masyarakat Jahut telah berpecah dua kepada BN dan PR pada PRU yang lalu. Pihak BN bingung kenapa tiba-tiba undi masyarakat Jahut telah berubah. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Perubahan undi masyarakat Jahut juga hampir-hampir membawa PKR di bawah pimpinan Haji Suhaimi Said memperolehi kemenangan cuma dipisahkan oleh majoriti 1000 perbezaan undi.
Faktor perubahan undi masyarakat Jahut adalah kerana tidak percaya lagi dengan janji kosong kerajaan dalam membantu masyarakat Jahut. Malahan dalam setiap konflik yang berlaku misalnya soal saman PERHILITAN terhadap masyarakat Jahut, pihak JHEOA tidak menyokong malahan menyalahkan pihak Jahut.
Sebenarnya, Orang Asli suku kaum Jahut juga perlukan sokongan moral dan perhatian daripada kerajaan untuk membantu mereka setiap masa bukan hanya tiba musim pilihanraya. Walaupun JHEOA juga memberi bantuan kepada Orang Asli tetapi tidak ikhlas dan menyatakan masyarakat tersebut dibelakang dengan ungkapan " masyarakat yang beruntung". Tetapi jangan lupa masyarakat Orang Asli juga boleh menilai keikhlasan pemberian bantuan tersebut. Masyarakat Jahut perlukan "talian jiwa" iaitu kasih dan sayang. Dalam hal ini masyarakat tersebut perlukan sokongan moral dan tempat perlindungan. Dalam hal ini Hj. suhaimi Said dan saudara Yusri Ahon perlu mendekati masyarakat tersebut setiap masa. Masyarakat tersebut perlukan hubungan berbentuk hubungan kekeluargaan yang erat. Misalnya sama-sama duduk berbincang diberanda rumah denagn kata lain "tiada double standart". Makan sama-sama bersila dengan penduduk kampung bukanya melayan pemimpin di tempat yang special.

Friday, July 17, 2009

I'm back...

Asalamuailaikum dan salam sejahera... saya mengucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat baru yang berjaya menjadi pengukut blog saya yang tidak cantik ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya telah kembali. I'm back. saya akan kembali dengan isu-isu yang baru dan bernas untuk tetapan umum. Ramai yang bertanya kepada saya senyap?
Bukan ada apa-apa saya berehat sekejap dan menolong keluarga serta membuat pemerhatian di perkampungan masyarakat orang Jahut di Kuala Krau. Cerita baru yang saya dapat, saya dimarahi oleh seorang pak cik sebab kenapa senyap begitu lama. Saya tidak melenting sangat kerana ini bermakna kehadiran saya mula diterima oleh masyarakat GOLONGAN TUA dalam masyarakat Jahut. TERIMA KASIH kepada sahabat-sahabat baru iaitu cik Lislas, Nur_ oyuki dan Mas. Berjuanglah demi Orang Asal. sekian Wasalam.

Friday, May 22, 2009

Let's go for Perjuangan Orang Asal.


Pendekar Jahut sebagai mewakili penduduk Orang Asal Temerloh mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada NGO yang memberi sumbangan yang tidak terhingga kepada masyarakat Orang Asal Kuala Krau. Ucapan setinggi penghargaan kepada Roptary Club Temerloh kerana memberi sumbangan kepada Pak Faizal Desau dan keluarga. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Suhaimi Said kerana kesusahan dan pengorbanan beliau menjadi pemimpin masyarakat Jahut.

Kepada semua aktivist orang asal marilah kita bersatu dan menjalinkan social network dengan masyarakat semasa kita. Elakkan persengketaan sesama kita dan fokuskan kepada matlamat perjuangan tanpa mencampur aduk dengan kepentingan diri. Bersatu teguh dan bercerai roboh. Kepada golongan muda ayuh kembalikan semangat wajamu menyokong teguh generasi pemimpin kita sekarang.kita adalah pelapis pemimpin akan datang. Semenanjung+sabah+Sarawak= bersatu.

Untuk itu, Marilah kita berjuang untuk Orang Asli di Pahang, kerana kaum kita kaum yang paling tertinggal dan miskin di Negara ini. Marilah hulurkan sumbangan anda kepada Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang d/a F.128 Tingkat 1, Jln Tengku Ismail, Temerloh, hp 0199321260, emel: lksuhaimi@gmail.com atau hubungilah blog ini: http://lubokkawah.blogspot.com/. Kami juga mengumpulkan pakaian terpakai dan beras untuk disumbangkan kepada Orang Asli, maka hulurkanlah sumbangan ikhlas dan jujur. Sumbangan adalah untuk mendapat Keredhaan Allah bagi Orang Muslim dan demi kemanusiaan demi para dermawan pelbagai bangsa untuk satu Malaysia.

Wednesday, May 20, 2009

Episod 1: Aku Jahut.

Orang Jahut kuat mabuk”

Aku terdengar kata-kat beberapa pekerja sebuah gerai di Kuala Krau. Aku memang tidak terkejut dengan andaian seumpama itu. Tapi hairan mereka semua tidak mengenali aku juga seorang Jahut. Aku sedang makan tengah hari setelah balik dari JHEOA Temerloh untuk mendapatkan maklumat tentang tesis. Kenapa orang Islam mudah sangat mengkritik orang? Apa tugas mereka sebenar? Kenapa orang Islam tidak mahu berdakwah tentang kebaikan Islam kepada masyarakat orang asal.? Bila ditanya, jawapan mereka tugas JAKIM DAN MUIP, saya tidak pandai agama dan tidak kuat agama. Aku bingung kerana jawapan tersebut adalah mempunyai persepsi yang tidak betul. Nabi Muhammad S.AW. telah meninggalkan pusaka yang tidak ternilai iaitu Agama Islam. Jesteru, salah satu cara berdakwah ialah menjadi contoh yang baik kepada orang asal bukannya menceroboh dan mengacau anak dara orang asal.. Cara yang mudah pun tidak boleh buat..ah malas memikir perkara ni..

Sampai dirumah aku teringat pesanan seseorang. Abang Mie (Mohd Nazmi Abdul Majid) suruh aku buat memorandum tentang tanah orang asal tapi aku tidak pernah buat benda tersebut. Tugas kat universiti asyik-asyik kuliah dan buat assignment. Em tidak mengapalah, aku patut cuba perkara baru. Abang Mie adalah keturunan Melayu telah berkahwin kakak Gayah di Kampung Lubuk Wong. Abang Mie cakap segala isi memorandum tersebut dia serahkan padaku untuk membentuknya macam mana. Ah pening kepala jugak.
Tepat Jam 9 malam selepas Isyak di Surau Indera Pahlawan, aku terus pergi ke rumah Abang Mie membawa laptop dan kelihatan dia sedang melefon seseorang. Pada waktu tersebut di kampung Lubuk wong line handphone tidak berapa cliear. Jadi abang Mie hanya sangkut tali handphone pada tahan pokok nangka paling rendah. Kakak Gayah cakap, Abang Mie sedang coll Haji Suhaimi. Haji Suhaimi??...aku tidak kenal lah. Siapa dia? Sambung….

SINDIKET PELACURAN DI KUALA KRAU

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak sendikit yang datang ke perkampungan Orang Asal bukan sahaja di Kuala Krau tetapi seluruh Negara. Baru-baru satu sendikit pelacuran datang ke Kuala Krau untuk menipu gadis-gadis remaja untuk bekerja di restoren. Tapi orang yang datang memang tidak dikenali langsung dan datang pula membawa lori untuk mengangkut gadis-gadis macam sampah sahaja. Beberapa orang gadis Jahut terpedaya dengan tipu muslihat tersebut dan dibawa ke bandar besar di Pulau Pinang. Nasib nasib kesemua gadis-gadis tersebut selamat dan dibawa pulang ke Kuala Krau. Faktor kenapa selamat? Mereka cepat-cepat menghubungi pihak polis dan keluarga apabila terdapat keraguan.

Cara-cara mengatasi masalah tersebut .

Pertama, apabila orang luar untuk mencari pekerja dan orang itu memang tidak tidak dikenali-jangan layan langsung.

kedua, kalau ingin juga mencari pekerjaan dengan orang tersebut-minta fotostat KAD PENGENALAN DIA dan alamat dia.

Ketiga, jangan lupa bawa handset-memudahkan menghubungi polis dan keluarga.

Pastikan tempat tersebut mempunyai keluarha rapat yang tinggal.

Kesimpulan

Kepada gadis-gadis remaja berhati-hati dengan pihak luar yang tidak dikenali dan jangan mudah terpedaya. Selamat mencuba.

Monday, May 18, 2009

Persepsi Akhbar Utama

Semakin banyak yang bercakap tentang orang Asli di laman internet. ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Orang Asli adalah satu masyarakat PINGGIRAN yang dilabelkan oleh pengkaji terkenal Hasan Mat Nor (pak hasan). Memang benar kerana rakyat terutama ahli politik tidak memandang sangat tetapi semasa pilihanraya nanti saya berani bercakap macam-macam orang datang, jabatan kerajaan, orang besar dan orang berhormat. Tujuan mereka sama untuk meraih undi. Selepas itu, mereka semua lesap entah pergi kemana? TENTULAH mereka meraih kemenangan parti dengan jamuan di hotel tafaf 5 BINTANG. LUPA JANJI PADA ORANG ASLI. TIDAK percaya kita tengok lah nanti..
saya kecewa juga dengan orang-orang berhormat tetapi tidak menghormati hak orang asli selalu mungkir janji. Namun, kekecewaan terubat dengan perubahan sikap masyarakat sekarang lebih memberi perhatian sedikit berbanding dulu. Satu lagi akhbar arus perdana asyik dan jarang melaporkan keadaan sebenar Orang Asli. Hanya laporan begini YB BLAHH BLAH..BLAH DATANG MELAWAT kampung..Ini hanya motif mengampu sahaja.

Friday, May 15, 2009


Pendekar Jahut sudah 3 tahun bergelumang dengan buku-buku. kadang-kadang rasa bosan juga tetapi demi ilmu dan perjuangan untuk Orang Asli tetap semangat dan tabah. Lega dapat menyiapkan tesis bertajuk PENGARUH KUASA LUAR DAN PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT JAHUT DI KUALA KRAU. Rasa bercampur-campur, sedih dan gembira kerana dapat menghabis study namun sedih juga berpisah dengan kawan-kawan. Harap-harap dapat reunion satu hari nanti. Lama tidak membuka blog ni..kawan-kawan banyak bising, mereka cakap kenapa tidak menulis lagi. Maaflah saya busy sikit nak siap tesis bukannya senang. Kepada warga Jahut terima KASIH diucapkan kerana kerana menyokong tesis saya. Kepada aktivis orang asal teruskan perjuangan untuk masyarakat Orang asal. SEMOGA PERJUANGAN TIDAK AKAN PADAM. Saya pulang ke desa yang permai 26 MEI nanti.

Sunday, May 10, 2009

Marilah kita berjuang untuk Orang Asli di Pahang, kerana kaum kita kaum yang paling tertinggal dan miskin di Negara ini. Marilah. Ulurkan sumbangan anda kepada Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang d/a F.128 Tingkat 1, Jln Tengku Ismail, Temerloh, hp 0199321260, emel: lksuhaimi@gmail.com atau hubungilah bllog ini: http://lubokkawah.blogspot.com/. Kami juga mengumpulkan pakaian terpakai dan beras untuk disumbangkan kepada Orang Asli, maka hulurkanlah sumbangan ikhlas dan jujur..sumber suhaimi Said.

Sunday, May 3, 2009

LAGU PERJUANGAN ORANG ASAL

Lagu Perjuangan Orang Asal
OLEH: JaringanOrangAsal Se-Malaysia.
Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama, )
Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua,
wahai Orang Asal ) Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X
Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal, Mengapa nangis,
matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,)
Adat kami kini hampir hilang.) 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal) Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X

Tindakan Kerajaan Selangor

Kerajaan Selangor menarik balik rayuan terhadap tanah adat kaum Temuan

Kuala Lumpur 30 April, keputusan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap kes Sagong Tasi yang membabitkan pengambilan 38.477 ekar tanah adat kaum Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil pada tahun 1995 mendapat sokongan Majlis Peguam Malaysia (MPM)

Menurut Presidennya, Ragunath Kesavan menyatakan bahawa walaupun Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai, mereka adalah kumpulan masyarakat yang telah diabaikan sekian lama. Tambah beliau lagi, majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan.

Ragunath Kesavan juga bersetuju bahwa amalan tanda dan cakap-cakap kosong yang ditawarkan kepada masyarakat ini harus dihentikan. Beliau meliahat kaedah bagaimana negara ini melayan keperluan-keperluan dan hak-hak masyarakat ini mencerminkan komitmen kita kepada demokrasi dan hak-hak asasi manusia katanya dalam satu kenyataan yang telah dibuat.

Sehubungan itu, majlis tersebut menyeru supaya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengambil tindakan segera untuk menunaikan tanggungjawab fidusiari mereka untuk menghormati, mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli. Sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak yang terkandung dalam pengisytiharan tersebut.

Usul Majlis Peguam Malaysia terhadap tanah adat

1. Majlis itu juga menyeru kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dengan mewartakan tanah adat sebagai kawasan tanah simpanan Orang Asli.

2. Dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

3. Majlis Peguam telah mengemukakan satu usul berkaitan hak-hak masyarakat Orang Asli di Mesyuarat Agung-nya kali ke-63 yang telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Peguam Malaysia.

4. Selaras dengan usul tersebut, Majlis Peguam menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa bersama oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang bertujuan untuk memantau isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli dan kami komited untuk menjadi sekutu kepada inisiatif ini.

3. mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan badan ini tidak berapa lama lagi dan kami berharap Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Selangor.

Rumusan Majlis Peguam mengulangi sokongan dan kesediaan membantu kerajaan persekutuan dan (kerajaan) negeri dalam menjayakan usaha seperti ini yang sewajarnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat.

Sumber : Malaysiakini edisi 30 April 2009.

kejayaan Orang Asal

Kejayaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak masyarakat Orang Asal

Kuala Lumpur 11 Febuari 2009, Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga menyatakan bahawa sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak. Antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

1. Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

2. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

3. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

4. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

5. Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

Rumusan Majlis Peguam menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik. Majlis Peguam juga berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan. Majlis Peguam juga gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

Sumber : Malaysiakini 11 Febuari 2009.

Thursday, April 30, 2009

HANCURNYA KAUM JAHUT

Dalam tulisan Haji Suhaimi Said, seorang ketua PKR Kuala Krau mengatakan bahawa pihak United Malays National Organization telah mengadakan Program Gerak Gempur pada 24 dan 25 April lalu untuk menarik balik ahli-ahlinya yang telah keluar daripada parti tersebut. Saya tidak mahu mengulas secara sebelah pihak tetapi bersikap lebih neutral dalam hal tersebut. Namun saya ingin focus untuk mengulaskan tentang bentuk-bentuk program yang telah dianjurkan oleh parti pemerintah tersebut.
Walaupun saya menulis tentang Orang Asal Kuala Krau namun saya tidak mengetahui dengan jelas kerana saya sekarang berada di seberang laut. Politik dan isu-isu sosial terkini saya perolehi daripada sumber internet dan saudara mara di Kuala Krau. Bentuk-bentuk program yang dianjurkan seperti karaoke, minuman keras dan tari-menari adalah perbuatan yang tidak bermoral. Perbuatan mengadakan majlis seperti itu telah membelakangkan nilai-nilai agama Islam dan norma-norma sosial masyarakat Jahut. Nampaknya pihak tertentu semakin terdesak dan sanggup membuat apa-apa sahaja untuk mempertahankan kuasa. Sebenarnya, masyarakat Jahut telah hancur dari segi moralnya semenjak dari dulu lagi. Kadang-kadang saya sedih melihat kaum saya hancur akhlaknya kerana eksploitasi oleh pihak luar ini.
Tari-menari ialah merupakan budaya luar mempengaruhi kehidupan masyarakat Jahut semenjak tahun 1960an lagi iaitu era Pop Yeh-Yeh, zaman Rock Kapak dan zaman Aternatif Rock. Masyarakat Jahut tidak mempunyai WARISAN seperti tari menari ataupun dikenali sebagai joget lambak pada masa kini. Masyarakat jahut adalah masyarakat bersatu-padu dan mempunyai semangat berderau tetapi budaya luar semakin kuat merobek budaya masyarakat ini. Tidak hairan penjualan minuman keras semakin berleluasa di perkampungan Jahut malahan tidak keterlaluan dikatakan bahawa orang yang mengaku Islam telah menjual arak kepada masyarakat Jahut. Kenapa jadi begini? Kenapa orang-orang ini tidak mempunyai sikap berdakwah kepada masyarakat Jahut? Ada pula pihak yang hanya pandai menuding jari meletak 100% Orang Asli tidak mahu menerima islam? Jawapannya adalah sikap kita…
Tinjauan yang dibuat, saya mendapati orang-orang luar lah yang membawa bahan terlarang seperti dadah, ganja dan minuman keras untuk melalaikan masyarakat Jahut bukan membangunkan masyarakat dari siasah dan modal insan. Parti politik pemerintah juga hanya mementingkan kedudukan dan kuasa, persepsi pihak tersebut adalah seperti “lantak Orang Asli Jahut, mereka bodoh, senang sekali kita pujuk nanti, kita bagi lah RM150 duit kopi, ah diorang penyokong setia masa pilihan raya kita anjurlah karaoke dan joget lambak”. Apa semua ini? inikah yang dikatakan seoarang muslim sebenar?
Kin bin Kasim, seorang ketua PKR Kg. Penderas pernah kecewa yang melampau dengan kehancuran kedua-dua anak lelaki yang disayangi kerana tidak menamatkan pelajaran tingkatn 5 dan beliau mengatakan budaya minuman arak jika tidak dibendung akan menyebabakan Orang Asli tidak maju. Ahmad Bin Ter, pengerusi TSB kampung Lubuk Wong juga melahirkan kebimbangan dengan penularan budaya hedonisme yang menjadi senjata pihak tertentu untuk meraih undi Orang Asli pada masa akan datang.
Kesimpulannya, reformasi sosial perlu untuk masyarakat Orang Asli Jahut dan masyarakat tersebut perlu mempunyai pedoman hidup seperti agama Islam. Untuk merealisasikan ini, memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pihak kerajaan, NGO, dan parti politik. Juga, masyarakat jahut memerlukan seorang pemimpin mempunyai karismatik dan berkaliber dan bukan seorang ketua lebih berorientasikan tugas dan menuntutkan elaun bulanan daripada JHEOA.

Monday, April 27, 2009

Sejuta harapan dalam kenangan

Hati kecil ini berkata..
Saya sayu melihat kaum orang asal kuala krau walaupun sangat peramah dan sentiasa tersenyum tetapi kehidupan mereka lebih kais makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan mereka sangat daif sekali. Walaupun menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti menanam padi tetapi semangat survival menyedarkan saya yang mempunyai sedikit pendidikan tentang survival ini. misalnya Pak Long (Itai) sepupu daripada mak saya iaitu Itai Najim atau Kin bin Kasim kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum walaupun perjuangan beliau mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
Semasa saya bercuti semester lepas saya sempat mengunjungi beliau untuk meneramah tentang tesis saya namun saya terkejut terdapat Hamba Allah datang terus marah-marah Itai Najim depan saya. Kaget saya melihat peristiwa tidak terhingga ini dan tidak menyangka berlaku peristiwa tersebut. Perselisihan faham dan bermula episod bertikam lidah antara kedua pihak namun itai najim masih sempat senyum dan malas untuk melayan orang yang datang itu. Hamba Allah tersebut menggugut untuk melaporkan kepada pihak polis namun dijawab dengan tenang oleh Itai Kasim. Begini gaya bahasanya menjawab “silalah report polis saya tak takut sebab saya tidak buat salah”. Pada waktu masih terkejut itu, saya lihat Itai Kasim sempat menerangkan bahawa Hamba Allah tersebut merupakan seorang ahli PKR yang dilucut keahlian oleh pihak PKR Kuala Krau.
Peristiwa tersebut menyebabkan saya terlalu menghormati beliau kerana berhati waja dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Kin Kasim merupakan seorang Pengerusi PKR cawangan Kg. Penderas dan mempunyai pendidikan sekolah tinggi Cliffort Kuala Lipis sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1960an. kehidupan beliau sangat boleh katakan cukup makan sahaja dan beliau tidak pernah bekerja dengan pihak kerajaan. Keistimewaan, beliau sangat fasih berbahasa Inggeris dan sangat menghormati Haji Suhaimi Said ketua PKR Kuala Krau, merangkap Setiausaha PKR Pahang. Jangan terkejut remaja masa kini bahawa Itai Kasim lebih fasih bahasa Inggeris daripada kalian.
Diakhir temuramah, saya sempat dipelawa oleh Mak Long makan tengah hari, apa lagi pucuk dicita ulam mendatang perut lapar sangat saya pun makan bersama dengan Itai Najim. Walaupun saya seorang muslim tetapi saya tidak berasa prejudice makan dirumah keluarga Itai Kasim kerana saya yakin makanan tersebut halal. Sedap makan lauk sayur pucuk paku dengan gulai ikan air tawar. Pesan Ustaz Tabligh kepada saya menjaga makanan dan minum namun saya kurang mengendahkan kerana saya mempunyai keyakinan diri untuk mendakwah dengan cara sendiri. Niat saya cuma berdakwah dengan cara sendiri kepada mereka dengan membuat Rapport terlebih dahulu. Namun, hati saya terkejut kepada adik-adik sepupu kenapa tidak makan sama. Rupa-rupanya mereka tidak makan bersama kerana menghormati orang tua untuk makan terlebih dahulu. Sungguh unik adapt resam masyarakat Jahut. Dalam perjalanan pulang saya mula berfikir tentang masyarakat Jahut walaupun keadaan kehidupan sangat daif tapi sangat peramah dan sangat menghormati orang lain. Akhirnya saya mendapat jawapan, saya bertekad untuk membantu masyarakat Jahut kerana siapa lagi yang sudi kalau bukan daripada masyarakat sendiri. Saya berazam saya berjuang sehingga ke akhir hayat untuk masyarakat Jahut, negara dan yang penting demi Agama Islam yang tercinta.

Pembangunan politik 2

ISU-ISU POLITIK

Kuala Krau 27 April 2009, persoalan yang ditimbul dalam penglibatan politik masyarakat Orang Asal ialah masa depan komuniti menghadapi cabaran yang kian menghimpit kehidupan mereka. Akhir ini suasana yang tidak menentu telah menghantui suasana selesa kehidupan masyarakat Jahut. Pelbagai isu timbul pada dekat ini terutamanya isu tanah Orang Asal dan kemiskinan Orang Asal. Orang asal dibiarkan sendiri menghadapi suasana yang panik tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang berpentingan dalam hal ehwal Orang Asal. Selagi masyarakat Orang Asli tidak mempunyai parti politik sendiri, selagi itulah kehidupan Orang Asli akan dieksploitasi dan didiskrimasi oleh pihak yang berselindung disebalik pembangunan negara.
Sorotan pembabitan politik masyarakat politik Orang Asli bermula pada tahun 1957 selepas kemerdekaan namun pembabitan kaum ini terhad sekali kerana sikap bergantung pada kerajaan masih menebal dan pekat sekali. Wujudnya hubungan patron-client antara masyarakat Orang Asal dengan pihak pemerintah. Era 2000, kesedaran politik Orang Asal semakin berkembang terutamanya di perkampungan Kuala Krau ini. Ramai penyokong setia parti pemerintah iaitu UMNO telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai parti alternatif iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pergerakan perubahan ini merupakan satu pradigma baru politik orang asal Kuala Krau. Hal ini berlaku kerana kesedaran masyarakat Orang Asli semakin bercambah ekoran rasa KECEWA pada parti terdahulu yang tidak mengambil berat tentang pandangan akar umbi mereka. Kebanyakan ahli parti pemerintah dahulu lebih bersifat Pak Angguk kerana mereka terlalu taksub kepada parti kerana kepentingan diri sendiri bukannya kepentingan bangsa. Lantaran itu, sebahagian ahli yang jujur untuk membangun masyarakat Orang Asal telah keluar daripada parti pemerintah ini.
Muncul pula pandangan baru terhadap anggota UMNO yang keluar sebagai penderhaka, manusia yang tidak mengenang budi dan anak yang lupakan ibu yang memberi susu. Pandangan tersebut sengaja dibuat untuk menutup kelemahan diri sendiri dan merupakan satu serangan psychology kepada masyarakat Orang Asal. Serangan ini dibuat kerana pihak terbabit mengetahui kelemahan masyarakat yang sedikit mudah dipujuk dan mempunyai setia buta kepada pihak pemerintah. Namun semua ini tidak berlaku lagi kerana masyarakat Orang Asal yang berumur 40 tahun tidak lagi terpengaruh langsung dengan pendekatan yang digunakan oleh parti pihak dominan ini. Mereka lebih suka berdiri sendiri untuk mencari tempat bergantung yang benar-benar ikhlas membantu mereka. Kesedaran berpolitik merupakan satu kemajuan dalam masyarakat orang asal. Berpolitik merupakan satu hak asasi orang asal dalam negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Tiada istilah setia tidak bertempat ini lagi.
Harapan muncul dalam jiwa masyarakat Orang Asal yang berhijrah kepada parti pembangkang di Negeri Pahang untuk membela nasib anak-anak buah meraka pada masa akan datang. Persoalannya terdapat kekaburan dan ketikpastian tentang parti baru ini. Benarkah parti ini ikhlas untuk membangunkan masyarakat Orang Asli? Adakah sekadar untuk menggunakan Orang Asal untuk kepentingan diri? Persoalan ini muncul kerana parti pembangkang bukanlah parti pemerintah yang berkuasa daripada kuasa rakyat. Namun, melihat rakan-rakan di Perak semasa kerajaan Pakatan Rakyat masih mempunyai kuasa undang-undang dan kuasa daripada rakyat yang memberi geran tanah masyarakat Orang Asal membuah sedikit harapan. Namun sekarang terdapat dua kerajaan Perak dan keadaan tidak menentu ini menghancur harapan masyarakat Orang Asal perak dan masyarakat harapan Orang Asal di kuala krau ini. Masyarakat orang asal perlu bersabar dan meneruskan perjuangan bangsa kerana politik itu terlaku kotor. Apa-apa sahaja boleh berlaku kerana manusia mempunyai pelbagai sifat SEMULAJADI yang tidak boleh dikawal.
Kesimpulannya masyarakat Orang Asal perlu mempunyai parti politik sendiri atau menyertai mana-mana parti untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan hak masyarakat Orang Asal. Masyarakat Orang Asal sekarang mempunyai kepada negara kerana walaupun dari segi popolusi memang amat kecil tetapi kita melihat masyarakat lain mislnya Melanau di Sarawak mampu menguasai pemerintah walaupun masyarakat Iban populasinya lebih tinggi. Kaum Yahudi juga walaupun jumlahnya kecil tetapi mampu menguasi dunia dan dasar luar Amerika Syarikat. Jesteru, kunci kepada kekuatan ialah kemajuan pendidikan dan kemajuan ekonomi.

Sunday, April 26, 2009

Isu Semasa 2: Status Pembangunan Ekonomi


Gambar 1 rumah trasional masyarakat Jahut di Malaysia mempunyai persamaan dengan rumah trasional masyarakat Orang Rimba di Jambi, Indonesia di gambar 2.

PERANGKAP KEHIDUPAN

Apabila menyebut sahaja pembangunan ekonomi, tidak ada lain yang ada pemikiran ialah projek pembangunan tanah. Pembangunan yang dimaksudkan ini pembangunan tanah perkampungan Orang Asli Kuala Krau, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Perkampungan ini merupakan perkampungan suku kaum orang asal yang disebut masyarakat Jahut. Sungguh unik kerana masyarakat ini hanya terdapat di Pahang sahaja. Namun, terdapat saudara rumpun Jahut yang terdapat di Jambi, Indonesia walaupun tidak dikenalpasti tentang persamaan bahasa mereka sekarang tetapi golongan yang agak berusia di perkampungan Jahut percaya nenek moyang mereka berasal dari Indonesia.

Hal ini, semacam kena pada temapatnya kerana di jampi juga terdapat suku orang asal yang dikenali sebagai Orang Rimba dan suku anak dalam oleh pemerintah repulik Indonesia.Kita tinggalkan bicara tentang asal-usul Jahut namun kita berbicara tentang persamaan ekonomi masyarakat suku Orang Rimba di Indonesia dan Masyarakat Jahut di Malaysia.

Suku anak dalam (SAD) juga telah menghadapi soal yang sama dengan masyarakat jahut di Malaysia. Masyarakat SAD menghadapi kekurangan tanah dan juga soal tanah akibat projek kelapa sawit yang dilakukan di penempatan mereka.

Masyarakat jahut di kuala krau juga menghadapi masalah yang sama namun pola dan situasi masalah adalah berbeza kerana masyarakat Jahut dibawah perlindungan Akta 134 yang tidak pernah menguntungkan mereka. Dibawah akta 134 ini termaktud tentang Tanah Rezab kawasan Orang Asli namun Orang asli Kuala Krau tidak pernah di wartakan tanah mereka sebagai kawasan Rezab Orang Asli. Mereka menghadapi kesukaran untuk melakukan pelbagai aktiviti pertanian kerana akta 134 dan tidak ada kesungguhan pihak kerajaan negeri untuk mewartakan tanah mereka.

Jesteru, masyarakat Jahut telah terperangkap dibawah Akta 134, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (PERHILITAN) di sebelah barat, Kawasan Rizab Hutan (Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) sebelah timur dan pencerobahan kawasan oleh masyarakat jiran di utara (sempadan Jerantut) dan selatan (kawasan Temerloh). Masyarakat sekarang berada dalam ketidakpastian hidup dan keadaan panik dalam menjalankan kehidupan mereka. Mereka tiada tempat bergantung untuk menjalankan kehidupan mereka.

Lebih malang tanah untuk pertanian sekarang diserahkan kepada pihak seperti Risda dan Felcra. Walaupun langkah masyarakat ini untuk menerima pembangunan dilihat positif tetapi implikasinya mereka kehilangan tanah adat turun temurun mereka. Maka dalam hal ini wujud kemiskinan baru dimana kawasan yang dimajukan oleh Risda dan Felcra langsung tidak meningkatkan ekonomi mereka. SIstem saham sebanyak RM1000 setahun bukanlah banyak mana untuk menampung kehidupan mereka.

Secara rumusannya, masyarakat Jahut walaupun bersedia untuk menerima perubahan tetapi implikasi perubahan tersebut memerangkap kehidupan mereka ke dalam bentuk kemiskinan kapItalis yang baru. Sungguh kasihan Orang Asli melarat dibumi sendiri.

Sebutir Kata Penuh Makna.

Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua orang asal dan kepada semua peminat orang asal di Malaysia.

Saya Mohd Ramli Iskandar Abdullah @ Pendekar Jahut menyeru kepada kalian semua, jika terdapat sebarang isu atau masalah berhubung dengan hak orang asal. Sila hantar artikel, pendapat, isu-isu dan masalah tersebut kepada laman blog saya dan juga kepada emel saya ramlilugan@yahoo.com.my atau kepada blog sahabat saya “Orang Asal” denaizal.blogspot.com.my. Terima kasih kepada saudara orang asal dan peminat yang menjenguk blog saya walaupun sekadar untuk membaca sahaja. Sokonglah blog ini untuk kebaikan orang asal.

Warna rasmi blog ini warna hijau sengaja saya pilih untuk menggambarkan suasuana hijau penempatan orang asal. Kawasan indah dan permai kerana terdapat sawah padi dan kawasan padi bukit dan alam semulajadi yang menghijau dan menenangkan jiwa.

Tujuan adalah untuk berkongsi segala masalah orang asal dan memberi maklumat kepada masyarakat civil dan masyarakat ciber tentang masalah dan kehidupan orang asal di semenanjung Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Saturday, April 25, 2009

isu semasa : isu tanah Orang Asal

sebahagian kandungan memorandum tentang isu tanah..

SUDAH 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA NAMUN,

1. Tanah-tanah adat dan perkampunggan kami tidak diiktiraf oleh kerajaan sebagai milik kami secara hitam putih. Malah sehingga saat ini kebanyakan masyarakat Orang Asli tidak tahu apakah status tanah yang sedang kami duduki (gazet/geran/rezab/kawasan simpan???). disebabkan perkara ini.

1.1 ketiadaan perlindungan ke atas tanah kami telah membawa banyak kemudaratan kepada kami. Kami sering kehilangan tanah kepada pihak lain, termasuk yang berkepentingan peribadi tetapi menggunakan alasan ‘demi negara’.

1.2 Apabila tanah kami diambil, kami bukan sahaja kehilangan tanah tetapi segala usaha yang telah kami jalankan ke atas tanah tersebut. Akibatnya kami kehilangan punca saraan hidup, jesteru memudaratkan lagi kedudukan kami yang rata-rata sememangnya daif jika dibandingkan masyarakat perdana di Negara ini.

1.3 Selain itu, tanah-tanah adat dan perkampungan Orang Asli sering bertukar status, samada dipindah milik atau dijual berbagai pihak berkepentingan tanpa sebarang makluman, perbincangan atau perundingan dengan kami terlebih dahulu seperti yang terjadi dalam kes tanah di Kampung Terbol, Kampung Pian, Kampung Lubuk Wong dan Kampung Pasu.

1.4 Kehilangan tanah juga menjejaskan adat resam serta budaya kami kerana aspek kehidupan kami ini amat berkait rapat dengan tanah kami.

1.5 Ketiadaan status tanah juga menjejaskan usaha membangunkan tanah kami bagi tujuan mempertingkatkan kedudukan ekonomi kami. Akibatnya, kami terus berdepan dengan masalah kemiskinan. Segala tindakan sedemikian menggambarkan bahawa pihak-pihak berkenaan tidak pernah memikirkan atau perihatin terhadap keperluan dan kesusahan masyarakat Orang Asli secara ikhlas dan serius.

2. Masyarakat Orang Asli sering dinafikan hak asasi sebagai rakyat Malaysia untuk mendapat pembelaan sewajarnya. Antaranya hak untuk mendapat pengagihan sumber ekonomi secara adil. Taraf ekonomi masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat perdana yang lain. Rata-rata pendapatan bulanan masyarakat adalah dibawah RM350. Ini bermakna sumber ekonomi MOA masih dikategorikan dalam kelompok miskin tegar.

2.2 Jesteru, kami masyarakat Orang Asli Jahut di Kuala Krau membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman terhadap Esah Bte Wek (KP 610630-06-5083) dengan No. saman 87-585 tahun 2008 yang beralamat di Kampong Pasu, Kuala Krau dalam daerah Temerloh. Mengikut pertuduhan kes, bahawa beliau pada tarikh 30.08.2007 jam 3.00 petang didapati menanam getah di dalam kawasan Rizab Krau. Dengan itu, beliau dituduh menyalahi undang-undang masuk ke kawasan rizab hidupan liar tanpa permit dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76 tahun 1972 (seksyen 82).

2.3 Kami membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman mahkamah terhadap Esah Bte Wek di atas rasional yang munasabah seperti di bawah:

2.31 Beliau ialah seorang keturunan Orang Asli suku kaum Jahut. Jesteru beliau adalah dibawah perlindungan Akta 134 1954, Akta Orang Asli. Dalam fasal 14 akta 134 Orang Asli, Kawasan Orang Asli adalah kawasan larangan bagi orang luar termasuk pihak PERHILITAN. Disamping itu, Akta 134 1954 wujud lebih awal daripada Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972. Ini bermakna Orang Asli Jahut tidak menyedari tentang kewujudan Akta Perlindungan Hidupan Liar ini wujud dalam kawasan Kampung Pasu ini.

2.32 Disamping itu, dalam Akta 134 1954 fasal 8(1) menyentuh tentang hak menduduki kawasan Orang Asli. Kandungan ini menyatakan Orang asli bebas daripada membayar sewa atau tertakluk kepada apa-apa sewa yang dikenakan. Ini bermakna saman mahkamah terhadap beliau yang dituduh adalah tidak berasas. Juga dalam Akta 134 1954 fasal 8(3) mengizinkan tanah diberi secara peribadi kepada Orang Asli dengan syarat tidak seorang Orang Asli boleh memindah milik, memajak, menggadai, menjual, memindah hak, menyerah hak, menggadai janji atau dengan cara yang lain melepas tanah kecuali dengan persetujuan Pesuruh Jaya Orang Asli. Sebarang transaksi yang dibuat tanpa persetujuan pesuruh jaya adalah tidak sah. Ini bermakna beliau yang dituduh tidak bersalah kerana menggunakan tanah bukan untuk tujuan menjualnya kepada pihak orang lain tetapi menggunakan tanah adat tersebut untuk keperluan diri sendiri.

2.33 Selain daripada Akta 134 1954, Orang Asli juga mempunyai hak terhadap tanah adat turun temurun. Dimana dalam hal ini, sebelum kewujudan Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972, Orang Asli terlebih dahulu meneroka tanah tersebut untuk tujuan menaman padi (sara diri) dan seterusnya menanam tanaman kekal seperti getah (swidden). Ini bermakna beliau tidak menceroboh atau memasuki kawasan Rizab Krau kerana kawasan perlidungan ini wujud tanpa persetujuan dan pengetahuan masyarakat Orang Asli Jahut keseluruhannya.(grassroot).

2.34 Masyarakat umum mengetahui 80% daripada masyarakat Orang Asli masih berada di bawah paras kemiskinan tegar. Jesteru dalam kes ini beliau yang dituduh mempunyai hak untuk mengusahakan tanah adat mereka tanpa halangan daripada pihak tertentu termasuk Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972 (PERHILITAN). Beliau mengusahakan tanah untuk ikhtiar hidup (survival) untuk keperluan diri dan keluarga beliau. Hal ini berasas kerana tanah di Kampung Pasu semakin terhad berpunca Projek TSK Risda kelapa sawit yang telah dibangunkan. Akibat daripda Projek TSK Risda, Orang Asli bertambah miskin kerana kehilangan pendapatan bulanan mereka. Projek TSK ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian penduduk kerana sistem saham yang memberi komisen sebanyak RM 1000 LEBIH setiap tahun langsung tidak membasmi kemiskinan tegar Orang Asli. RM1000 SETAHUN BUKAN RM 1000 SEBULAN. Nilai RM 1OOO setahun ini adalah tidak mencukupi untuk masyarakat Orang Asli mendapatkan keperluan mereka. Kesimpulannya, mereka masih memerlukan tanah adat di seberang Sungai Krau untuk menampung keperluan hidup mereka.

KESIMPULANNYA

Kami masyarakat Oang Asli Jahut Kuala Krau yang meliputi Kampung Terbol, Pian, Lubuk Wong dan Kampung Pasu membantahkan tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman mahkamah terhadap Esah Bte Wek seorang berketurunan Orang Asli Jahut Kampung Pasu kerana:
1. Beliau keturunan Orang Asli dibawah perlindungan Akta 134 1954, Akta Orang Asli. Dimana dalam hal ini, pihak PERHILITAN tidak berhak untuk mengemukan saman terhadap penduduk orang asal.
2. Beliau juga menanam getah di kawasan tanah adat temurun orang asal yang dahulu kawasan penanaman padi bukit (sara diri) untuk keperluan diri sendiri sebelum di tanaman dengan tanaman kekal seperti getah.
3. Beliau mempunyai hak untuk mengusahakan tanaman getah diatas tanah adat turun temurun untuk menampung dan memenuhi keperluan hidup kerana kekurangan tanah untuk bercucuk tanam (sara diri). Hal ini terjadi kerana beliau tidak mempunyai tanah adat turun temurun setelah berlakunya Projek TSK Risda di Kampung Pasu.

Dengan ini kami masyarakat Orang Asli di Kuala Krau menuntut jasa baik dan keprihatinan YAB MB dan seluruh agensi kerajaan yang terbabit untuk memenuhi tuntutan kami demi keselamatan, kemajuan, dan pembangunan kami sebagai satu kaum pribumi Malaysia dan juga rakyat Malaysia.

Sekian terima kasih.

DEMI INSAN DAN MANUSIA

Jaringan Orang Asal Kuala Krau

Thursday, April 9, 2009

Pembangunan politik 1

Kuala Krau, 10 April. Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi perlembagaan. Demokrasi bermaksud rakyat negara ini bebas memlih pemimpin mereka sendiri. Disinilah apa yang dikatakan hak sebenar rakyat. Persoalannya benarkah rakyat berkuasa?. Gambaran ini saya sorotan untuk melihat penglibatan politik dikalangan masyarakat minoriti iaitu Orang Asli di Malaysia. persoalannya benarkah masyarakat tidak memberi manfaat kepada kepentingan politik negara? jawapan yang kita sering kita dengar ialah masyarakat Orang Asli tidak memberi sumbangan dalam politik Malaysia. Jawapan ini memang boleh kita terima kerana kita mempunyai pemimpin politik dalam Dewan Rakyat ATAU ADUN namun sebenarnya apabila masyarakat itu layak untuk mengudi dalam pilihanraya, maka masyarakat Orang Asli juga berpengaruh dalam politik Malaysia. Persepsi bahawa Orang Asli tidak berpengaruh adalah pradigma top down pihak atasan supaya masyarakat ini menerima bulat-bulat apa yang sesetengah pihak itu kata. Tinjauan yang di masyarakat Jahut di kuala krau mendapati kesedaran berpolitik dikalangan orang kita semakin berkembang dimana mereka menglibatkan diri dalam parti politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Kepada masyarakat Orang Asli yang masih berpeluk tubuh patutlah mempunyai pendirian untuk menyertai mana-mana parti politik kerana politik hak rakyat untuk menyampaikan rasa tidak puas hati. Hak untuk mendapat hak asasi yang sewajarnya. Menurut, Kin Bin Kasim pengerusi PKR cawangan Kg. Penderas mengatakan bahawa perjuangan politik untuk hak masa depan genarasi akan datang. Masyarakat Orang Asli tidak perlu selesa dengan kehidupan sekarang tetapi perlulah mempunyai pemikiran yang kritikal terhadap hak-hak Orang Asli. kita jangan lupa bahawa Orang Asli juga menghantar wakil semasa perhimpunan kemerdekaan 1957. Maka Orang Asli juga berperanan dalam kemerdekaan negara tetapi dilupakan begitu sahaja oleh pihak yang dominan. Rumusannya Orang Asli haruslah mempunyai sifat futuristik terhadap perkembangan politik terkini dan berani membuat pilihan parti mana yang boleh membantu masyarakat PINGGIRAN ini dalam ekonomi, sosial dan politik. Berpolitik adalah HAK RAKYAT tetapi realitinya rakyat berkuasa hanya semasa pilihan raya yang kuasa adalah wakil kapada rakyat.

Wednesday, April 8, 2009

Perpecahan Orang Asli di Malaysia.

Orang Asli dan Perubahan Agama.

Pendahaluan

Orang asal terdiri daripada kaum pribumi sabah juga dikenali Anak Negeri, kaum Dayak
atau Orang Ulu dan Orang Asli di Semenajung Malaysia.

Konsep perubahan sosial
Segala perubahan pada struktur sosial yang boleh mempengaruhi sistem sosial, nilai-nilai sosial dan tingkahlaku masyarakat.

Satu transformation yang berlaku dalam masyarakat secara perlahan-lahan dan membentuk struktur masyarakat yang baru. Ia juga melibatkan autoration dalam struktur masyarakat tersebut.

Teori perubahan agama

Simon (1971), tindakan menukarkan agama akan mengubah bentuk ikatan seseorang daripada satu set simbol yang dianggap suci kepada symbol suci yang lain. Tindakan ini akan mengubah perlakuan, perasaan, pemikirannya dan simbol baru yang dianggap suci.

Perubahan agama dikalangan masyarakat Orang Asli

1. Animisme

- Kepercayaan kepada kuasa-kuasa objek-objek atau benda yang terdapat pada alam sekeliling yang mempengaruhi kehidupan mereka. Teori Animisme ini telah dikemukan oleh Edward B. Taylor menyatakan benda atau makluk yang terdapat pada alam ini mempunyai roh atau semangat yang pelu dihormati.

- Sistem kepercayaan Orang Asli mempunyai mempunyai unsur-unsur kewujudan super being iaitu Nabi Adam dan Siti Hawa serta super being lain iaitu Karei dan Tuan Puteri. Pada masa ini Agama orang asli telah berubah daripada animisme kepada polytheisme dan monotheisme.

2. Agama Islam.

- Agama yang terawal dan mempengaruhi kehidupan Orang Asli.
- Penyebaran agama ini agak lewat selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
- Jakim dan Jabatan Jslam Negeri dengan kerjsama JHEOA.
- penyebaran agama ini kurang berkesan kepada kepada Orang Asli.

3. Agama Kristian

- katolik, Methodist dan SIB.
- Mendapat sambutan
- Penyebaran yang agak berkesan dan cekap.


Punca-punca perubahan agama

1. Persekitaran

- pendidikan.
- mempengaruhi jiwa anak-anak muda.
- Pergaulan dengan kawan-kawan Muslim.

2. Pengaruh masyarakat luar

- orang Melayu/ masyarakat Kristian
- persahabatan
- perdagangan
- Pengaruh globalisasi dan ICT

3. Penyebaran budaya
- kebaikan setiap agama baru
- tingkah laku penganut agama baru

4. Penyebaran ideologi

- peranan badan-badan keagamaan seperti JAKIM dan mubaligh Kristian.
- Peranan yang aktif.

Kesan-kesan positif

1. Perubahan sikap
- mementingkan pendidikan dan kebersihan
- mempunyai moral dan akhlak yang baik

2. Membentuk kesedaran kolektif
- menyedari kepentingan pendidikan
- kesedaran untuk berpolitik dan meningkatkan ekonomi.
- Menyedari tentang hak-hak Orang Asal

Kesimpulan.

Pandangan mengatakan masyarakat Orang Asli sukar untuk menerima pembangunan adalah tidak tepat pada masa ini. Alasan ini semata-mata untuk menutup kelemahan pihak-pihak tertentu. Hal ini kerana Karl Marx menyatakan perubahan material menyababkan perubahan minda seseorang dan Hegel pula menyatakan pembangunan mental adalah pokok kepada pembangunan manusia dan material. Kedua-dua pandangan ini sesuai digambarkan dalam konteks masyarakat Orang Asli untuk melihatkan perubahan institusi pendidikan dan institusi agama mendorong perubahan beragama dan pembangunan material mereka.

Rujukan

Hasan Mat Nor. 2001. Salib Dalam Komuniti Pinggiran, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia
Sabah.

Amran Kasimin. 1993, Agama dan Perubahan Dikalangan Penduduk Asli Di SemenanjungTanah Melayu,
Terjamahan Padilah Haji Ali. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.