Search This Blog

Saturday, July 31, 2010

Akta Orang Asli dipinda tanpa perbincangan?

Siri jelajah untuk menerangkan Dasar Pemberimilikan Tanah kepada Orang Asli telahpun berakhir dan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) dijangka akan dibentangkan pada sesi parlimen yang sedang berlangsung.

Namun, draf pindaan berkenaan setakat ini masih belum dibekalkan kepada masyarakat Orang Asli untuk dinilai, kata seorang pemimpin Persatuan Siswazah Orang Asli (PSOA), Bob Manolan. Beliau memberi contoh, satu program penerangan yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Kuantan pada 6 Mac lalu, yang dihadiri sehingga 80 orang tok batin dan anggota jawatankuasa kemajuan kampung Orang Asli di negeri itu. "Penerangan itu lebih kepada satu input yang diberikan oleh JHEOA, di mana mereka akan ceritakan kebaikannya sahaja -- kenapa mereka perlu pinda Akta Orang Asli dan kepentingannya kepada Orang Asli. "Tetapi pada akhirnya, bila batin minta satu draf cadangan itu, mereka pun tak ada. Pihak JHEOA tiada draf itu. Cuma mereka kata, 'kita akan pinda, beri tanah kepada isi rumah dua hingga enam ekar.' "

Tapi yang lain-lain tidak disebut. Tanah mana yang hendak diberi, adakah tanah yang kita duduk sekarang atau tanah yang baru. Yang saya tahu, program jelajah sudah berakhir, dan sepatutnya draf cadangan sudah siap." katanya yang juga pengerusi biro Orang Asal PKR Pahang. Menurut Bob, draf tersebut sepatutnya diserahkan kepada NGO Orang Asli untuk dikaji bagi membolehkan mereka membuat rujukan dengan majlis peguam, khususnya berkaitan pindaan Akta 134. Tambahnya, pemimpin PSOA juga sebelum ini diumumkan akan menyertai majlis rundingan dengan JHEOA untuk mendapatkan input daripada masyarakat Orang Asli dalam memperbaiki Dasar Pemberimilikan Tanah berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal selepas beliau menerima bantahan daripada sekumpulan 2,000 Orang Asli yang berdemonstrasi di Putrajaya. Ia diumumkan selepas beliau menemui anggota PSOA ketika Konvensyen Tanah dan Akta Orang Asli 2010, anjuran persatuan itu, juga pada 6 Mac lalu. Turut dijemput pada majlis rundingan berkenaan ialah NGO yang mewakili Orang Asli, termasuk Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) serta golongan cendekiawan daripada masyarakat tersebut. "Tapi saya sudah semak dengan presiden POASM, beliau juga belum lagi hadiri apa-apa perbincangan. Memang jawatankuasa itu telah ditubuhkan tapi belum dipanggil untuk buat perbincangan," kata Bob.

Kebimbangan utama yang ditimbulkan oleh masyarakat Orang Asli berhubung pindaan akta tersebut ialah keluasan tanah yang diusahakan dan didiami oleh mereka sekarang. "Dari cadangan (dasar tersebut), tanah yang telah diusahakan sekarang akan dibahagi bahagikan lagi. Ia akan dipecah kepada hanya (seluas) dua hingga enam ekar (untuk setiap ketua isi rumah). Cadangan itu bagaimanapun tidak mengambil kira kawasan tanah adat dan tanah rayau,menurut seorang anggota POASM, Yusri Ahon.


Jelas Yusri, tanah adat merupakan kawasan pertanian yang diusahakan secara nomad oleh Orang Asli, manakala kawasan tanah rayau merupakan kawasan untuk memburu dan mengutip hasil hutan. Katanya lagi, kawasan berkenaan sepatutnya kekal menjadi milik Orang Asli memandangkan mereka bukan saja telah menjalankan aktiviti mereka di situ sejak sekian lama, malah turut mengebumikan saudara-mara mereka di kawasan berkenaan. Sekiranya kawasan tanah ini tidak diambil kira, beliau menganggarkan antara 50 hingga 80 peratus kawasan Orang Asli yang akan 'hilang,' katanya lagi yang juga merupakan seorang pemimpin akar umbi PKR di Jerantut, Pahang.

Himpunan Orang Asal Pahang

Dimaklumkan satu Himpunan/Konvensyen Orang Asal Pahang anjuran Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang adakan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat : Sek. agama Al Mukmin, Jalan Temerloh-Mentakab (belakang Pasaraya Cowboy) Masa : 8.30 pagi- 10 Malam

Ini merupakan yang pertama diadakan bagi Zon Tengah dimana ia akan disusuli oleh Zon Barat dan Zon Timur pada peringkat seterusnya. Beberapa kertas kerja akan diadakan pada hari tersebut. Ia akan dirasmikan oleh President KEADILAN, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. DIJEMPUT SEMUA HADIR

HARI TERAKHIR AYAH


Pagi itu, ayah kelihatan amat gembira sekali. Entah kenapa dia kelihatan gembira kerana sebelumnya beliau jarang terlalu gembira macam hari ini. Hati ini macam tidak sedap walaupun ayah sangat gembira. Pagi-pagi lagi ayah telah ke kebun getah untuk mengutip sekerap bersama seorang kawan rapatnya.
Aku yang sudah siap untuk pergi kerja agak kaget dengan sikap ayah. Masih menunggu Pak kin  sampai kerana motorku ada di workshop. Apabila pak kin sampai, ayah dan kawannya sampai di rumah sambil mengheret dua guni sekerap. Ayah apabila berjumpa dengan abang iparnya, sungguh mesra dan bergurau senda macam tidak ada yang berlaku selepas ini.
Sebelum bertugas ke kawasan Jenderak, kami tiga orang sempat serapan pagi bersama. Aku melihat Pak kin begitu seronok berbincang sesuatu dengan ayah. Memang rasa tidak sedap hati untuk bertugas pada waktu ini namun kerana perjuangan rakyat gagahi juga.
Aku dan Pak kin terus pergi kerja. Semasa dalam dalam perjalanan saya berselisih dengan adik sepupuku merangkap adik angkat kerana sejak kecil mak yang jaga dia. Dia bekerja sebagai pemandu traktor Felcra..rasanya muatan dalam traktor yang dia bawanya guni-guni baja. Seperti biasa adik Lan begitu ceria sambil mengangkat tangan kepada sebagai tanda hormat.
Setelah siap kerja yang dibuat, aku dan kawan-kawan pulang dari Temerloh lebih kurang jam ditangan menunjukan jam 7 malam. Singgah di sebuah gerai di Kuala Krau untuk makan, saya belanja semua kawan-kawan seramai enam orang. Rasa puas dalam hati.
Dalam perjalanan pulang, saya rasa berselisih dengan dua orang sangat kenali. Kalau tidak silap memandu motorsikal jenis Honda EX5. Mungkin perasaan aku sahaja. Sampai di rumah, saya terus tidur kerana benar-benar penat. Adik-adik menonton televisyen sambil berborak dengan agak kuat. Macam nak marah tetapi sabar sahajalah.
Aku terdengar bunyi motorsikal ulang-alik ke rumah Pak Ahmad di sebelah. Kenapa pulak macam tak sedap sahaja hati. Tiba-tiba Em Tam datang ke rumah. Dia memanggilku dan mak. Dia tergagap untuk memberitahu sesuatu, akhirnya ” Mak cik, Lan dah tidak ada lagi dan ada di hospital Temerloh”. Mak tanya lagi, “ Pak cik kamu macam mana?” “ Dia..dia juga pergi bersama adik Lan”.
Tersirap darahku, benar-benar terkejut dan serta-merta mak rebah dan tidak sedar diri lagi. Secara tidak sedar terdapat air jernih keluar daripada kelopak mataku. Aku tidak pernah mengeluarkan air mata sebelum ini. Terasa terlalu pantas untuk semua ini berlaku kerana baru pagi tadi bersama bersarapan. Ayah dan Adik Lan telah pergi untuk selamanya dan pergi tidak kembali lagi. Setiap kenangan menjelma difikiranku..aku berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Tuhan Yang Esa. Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku.


Pengkhianat!

Pengkhianat ialah orang yang tidak memikir nasib sesuatu bangsa malahan sanggup menindas bangsa tersebut untuk kepentingan diri sendiri. Dalam dunia ini terdapat ramai pengkhianat disekeliling kita malahan di Malaysia ramai pengkhianat bangsa Orang Asal adalah bangsa mereka sendiri. Dalam masyarakat Jahut sendiri terdapat mereka yang berlagak sebagai pelindung namun mereka inilah yang berkomplot dengan penyanggak umno-barisan nasional.

Dalam hidup saya telah berjumpa dengan ramai pengkhianat Jahut namun yang paling menonjol ialah Mr. Rahman Yunus. Saya cuba berbaik dengan dia namun tiba-tiba sahaja beliau telah menyerang kehidupan peribadi saya dengan dasyat. Saya nyatakan disini pengkhianat Jahut ialah Mr Rahman Yunus, beliau seoarang yang kurang cerdik yang pernah saya jumpa dalam masyarakat Jahut. Dalam bahasa kasar orang agak bodoh kerana tidak dapat menilaikan yang mana kerajaan, parti politik, kewajipan kerajaan dan keburukan kerajaan.

Saya telah mencabar dia membantu penduduk daerah Pekan namun sampai kini dia langsung tidak pergi berjumpa dengan Pak Long Sudin. Nampaknya beliau hanya pandai menyalak kepada orang lain yang cuba membantu masyarakatnya sendiri. Kenapa saya anggap dia paling bodoh kerana dia mempunyai Diploma dalam bidang pendidikan tetapi berfikiran macam atuk saya yang tidak mempunyai pelajaran. Kalau atuk saya berfikiran macam dia memang saya tidak marah kerana dia tidak memahami apa itu Umno dan kerajaan Malaysia. Umno ialah sebuah parti politik dan Kerajaan Malaysia ialah kuasa rakyat dan Perlembagaan Malaysia dan diketuai oleh Yang Dipertuan Agong. Sebab itu, agensi kerajaan dikenali sebagai Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bukannya Polis Di raja Umno (PDRUM).

Ramai juga kawan-kawan saya yang bekerja sebagai pekerja awam (Kerajaan), namun ada yang menyokong KEADILAN dan menyokong apa yang saya perjuangkan berkaitan status Orang Asli dan dan berkaitan status tanah adat Orang Asli. Malahan ramai pegawai JHEOA yang menghubungi saya memohon maaf kerana berkempen di Hulu Selangor. Kata meraka terpaksa melakukannya kerana arahan pihak tertentu. Saya faham ini merupakan kerja pemimpin Umno yang selalu menggunakan harta rakyat sebagai cawangan mereka. Jika ingkar, habis pegawai terbabit bersoal jawab dengan Special Branch (SB).

Saya berjanji tidak mendedahkan nama mereka kerana bimbang keselamatan dan kerjaya mereka terjejas. Saya tetap menyimpan kukuh nama mereka dalam hati. Hal ini berbeza dengan Mr Rahman Yunus yang jelas mahu menindaskan bangsa Jahut. Misalnya 150 ekar tanah Kg Paya Pelong, kampung beliau sendiri telah dirampas oleh JKKK kampung luar dan kroni Umno namun beliau hanya mendiam diri sahaja. Mana perginya taring yang selalu menyalak keatas usaha orang lain untuk mempertahankan bangsa sendiri daripada ketidakadilan kerajaan UMN0-Barisan Nasional.

Satu yang saya pinta kepada Mr Rahman insaflah dan fahami masalah bangsa sendiri kerana jika membiarkan UMNO terus memerintah tidak mungkin Orang Asal mempunyai hak milik keatas tanah adat. Mohon dia menyokong perjuangan Keadilan secara diam walaupun tidak menjadi ahli keadilan. Janganlah menangis suatu hari nanti jika Orang Asal duduk dibawah Jambatan dan janganlah generasi akan datang cucu-cicit menyalahkan kita dimana hak orang Asal?

Ujian tuhan


Tahun 2010 merupakan tahun yang pahit dalam hidupku. Tuhan yang Maha Esa telah menguji kesabaran, keimanan dan ketabahanku. Percintaanku semenjak di universiti lagi telah hancur secara tiba-tiba. Tidak pernah aku terfikir semuanya akan berlaku dalam sekelip mata. Baru kini aku menyedari kehilangan orang yang bertakhta dihati amat menyakitkan.
Dahulu semasa di sekolah menengah aku melihat kawan-kawan yang putus perhubungan cinta seperti orang bodoh. Ada yang termenung gila dan menjerit tak tentu fasal. Sekarang aku sendiri yang merasainya betapa sakitnya daripada yang tangan yang berdarah. Inilah yang dikatakan manusia yang mempunyai naluri dan perasaan yang  dikurnikan oleh tuhan. Makhluk tuhan yang aneh dan istimewa sekali.
Siapa kata aku tidak sedih.. bohong  jika aku tidak mempunyai sebarang perasaan selepas kehilangan dia. Namun, aku masih waras lagi dan ada sedikit iman yang memboleh aku kuat menghadapinya. Walaupun aku dicemuh dan hina dengan teruk tetapi aku tetap memaafkan dia jauh sekali aku berdendam dengannya.   Aku tahu yang aku amat menyintainya tetapi tidak melebihi cinta kepada tuhan yang  Maha Esa. Aku tekad ingin melupakannya untuk selama-lamanya. Melupakan hari semalam yang amat menyedihkan.
Namun, sebelum sempat aku membina keyakinan baru tiba-tiba ayahanda yang amat dihormati dan disayangi telah pergi untuk selama-lamanya dan pergi tidak akan kembali lagi. Ayahanda pergi telah membawa adik angkatku merangkap adik sepupu bersamanya. Betapa sedih dan luluhnya hatiku saat ini. Kedua-dua mereka merupakan orang yang paling rapat denganku. Hancur luluh hatiku…
Selepas itu, tuhan sekali lagi menguji aku. Mak saudara aku tiba-tiba meninggal dunia pada hari kelima pemergian ayah dan adikku. Sekali lagi hati begitu kusut dan ketenteramanku tidak stabil.Namun, aku sedar perkara tersebut merupakan ujian getir yang perlu aku hadapi. Mak saudara pada waktu itu masih dan kuat dan sempat mandi sungai bersama adik-adikku. Apabila balik rumah dia tiba-tiba dia dijumpai oleh Pakcik sudak tidak bernyawa lagi. Tuhan telah menyayangi mereka daripada aku menyayangi mereka. Dalam tempoh seminggu 3 orang ahli keluarga sudah tidak ada.
Keinsafan menjelma dalam hatiku bahawa tuhan berkuasa melalui malaikatnya mencabut nyawa manusia secara tiba-tiba. Aku juga harus menerima dengan redha ujian yang telah Tuhan berikan kepadaku. Kematian bukan datang kepada orang yang berumur tetapi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Saya tahu apa yang saya perjuangan ialah kebenaran. Aku berjuang kerana Allah. Aku bukan minta wang, pangkat, kemewahan tetapi rezeli yang cukup untuk meneruskan hidup. Jika ditakdirkan aku mati esok hari aku mampu tersenyum kerana dapat berjuang untuk bangsa sendiri. Islam bukan untuk Melayu sahaja. Islam for all kerana perjuangan agama lebih kuat daripada perjuangan perkauman. Malaikat tidak akan akan Tanya kamu kaum apa apabila berada dalam alam kubur nanti.                                                                                                                                      

Juara kehancuran rakyat

Umno sering mengatakan mereka adalah juara rakyat tetapi persoalannya juara dari segi apa? Saya melihat Umno ini juara kehancuran masyarakat, daripada masyarakat yang bersatu padu kepada masyarakat yang berpecah-belah dan masyarakat yang lebih mementingkan nilai materealistik berbanding semangat kekitaan. Budaya yang diamalkan oleh Umno ini telah menyerap pekat dalam masyarakat Orang Asal di Semenanjung Malaysia.

Masyarakat Orang Asal jika dahulu meruapakan sebuah masyarakat yang mempunyai semangat kekitaan yang utuh namun bila Umno memerintah semenjak 50 tahun yang lepas keadaan telah menjadi huru hara. Sikap Umno yang licik hanya memegang dan mengawal ketua masyarakat atau batin telah menyebabkan masyarakat Orang Asal lebih terabai. Apabila keadaan ini berlaku ada segelintir batin yang naik kepala dan mahu mengaut keuntungan peribadi berasakan hubungan kronisme tersebut tanpa mengambil berat kebajikan masyarakatnya sendiri.

Baru-baru ini seorang Ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah iaitu Datuk Hasan Malek telah datang ke kampung saya sempena Program Juara Rakyat yang telah dianjurkan oleh Parlimen kuala krau. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Orang Asal yang terlibat dengan parti pembangkang ialah orang jahat dan perlu dihantuk ke dinding kepala mereka. Saya cabar datuk ini, hantuk kepala saya dahulu sebelum orang lain. Saya tunggu saat itu…??
Siapakah orang yang jahat lagi zalim? Siapakah yang telibat dengan kematian Altuntuya, Teoh Beng Hok, Kugan dan adik Amirulrashid. Siapa?? Bukankah Umno ini yang ada hubungan kaitnya?. Jangan sangka Orang Asal sekarang bodoh. Mereka tahu menilai yang mana baik dan buruk lebih-lebih lagi ada pemimpin yang memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Pemimpin adalah pengadu masalah dan tempat bergantung. Layakkah MP Kuala Pilah menghasut rakyat dengan berkata macam itu? Seorang ahli parlimen berlahak samseng.

Juara rakyat yang telah diadakan di Kampung Lubok Wong tersebut bertindih dengan hari kematian dua orang penduduk kampung itu. Mengikut adat suku kaum Jahut jika berlaku sebarang kematian tidak dibenarkan sebarang muzik dimainkan namun UMNO yang sememang Jahat langsung tidak menghormati adat Jahut malahan telah menganjurkan program hiburan karaoke dengan bunyi bising yang bingit. Umno menyatakan mereka parti Islam namun mementingkan nilai hepotisme dan hiburan yang melampau serta tidak menghormati adat kaum lain. Dasar ini tidak selaras dengan Ideologi 1 Malaysia yang selalu dilaungkan namun tidak ada jiwa langsung. 1 Malaysia = 1 ISRAEL.

Kesimpulannya, umno sekarang semakin terdesak untuk mengekalkan kekuasan mereka dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tetap berkuasa. Intipati ucapan Datuk Hasan Malik lebih fokus kepada pembangunan sedangkan perkara tersebut adalah kewajipan pihak pemerintah kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan. Sedangkan pembangunan Orang Asal masih banyak yang kurang dan selalunya telah didiskriminasi dengan dasyat. Kampung saya juga tidak ada bekalan air jernih dan terdapat banyak rumah hampir roboh. Tidak malukah menteri samseng ini?.

Friday, June 11, 2010

Catatan Kongres KEADILAN ke-6 di Kota Bharu

ehsan Haji Suhaimi
Ramli Lugan, Setiausaha Kerja Biro Orang Asal KEADILAN Pahang mendapat "standing ovation" dari keseluruhan pimpinan dan perwakilan setelah beliau mmengambil bahagian didalam ucapan usul terima kasih kepada ucapan Presiden. Beliau telah mengulas kedudukan Orang Asal selama lebih 50 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional dimana Orang Asal terus dipinggirkan oleh Barisan Nasional.
Dua Orang Perwakilan KEADILAN Cabang Kuala Krau iaitu Kin Kasim dan Nyah Kasim,
dari kaum Orang Asal Jahut.

YB Gobalakrishnan

Dari kiri: Dato Seri Wan Azizah, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Syed Husin Ali dan Sdr Rahman Yusof
Sdr Ramli Lugan dan YB Fuziah Saleh
Sebahagian dari lebih 10000 manusia yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat di Padang Perdana KB
Razak Hussain dan anggota keluarganya didalam lautan manusia di Padang Perdana

Semasa istirihat bersama-sama Dr Syed Husin Ali dan perwakilan Perlis
YB Sivarasa Rasiah juga ada disana

Ketua Wanita Perlis

Menunggu Kongres dimulakan

Menunggu kongres dimulakan
Perwakilan Kuala Krau menikmati minuman pagi sebelum masuk ke Dewan
Perwakilan Wanita KEADILAN Kuala Krau bersama YB Elizabeth Wong



Perwakilan Kuala Krau, Kin Kasim dan Nyah Kasim dari kaum Jahut Kuala Krau


Haji Suhaimi Said bersama perwakilan Kuala Krau


Abang Ali dari Raub juga ada bersama, dan 3 orang kanak-kanak tu?

Minum dulu!
Baru masuk ke Dewan.
Mulai memenuhkan Dewan untuk perasmian
YB Elizabeth Wong memang popular
Perwakilan dibekalkan dengan nasi bungkus. Itulah perjuangan rakyat!